Adakah Demam Malam(Night Fever) Bahaya dan Penyebabnya?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah berusia 32 tahun. Suami saya pula bekerja sebagai seorang pengurus syarikat dan beliau selalu ke luar negara untuk urusan bisnes. Saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 5 bulan. Sejak kebelakangan ini, anak saya sering jatuh sakit. Pada mulanya dia akan sihat sahaja di siang hari bermain dengan alat permainannya walaupun demam yang sikit sahaja tetapi apabila sampai waktu malam, badannya akan mula berasa panas yang amat sangat. Oleh sebab, demam malam yang dia alami tersebut, dia tidak boleh tidur dan asyik nangis sahaja. Saya pun tidak dapat tidur nyenyak dan terpaksa bangun malam untuk menjaganya. 

Selain itu, dia juga akan sering muntah apabila demam dan kurang selera makan. Sejak masalah ini bermula, saya juga mendapati berat badan anak saya pun telah berkurang. Saya berasa sangat bimbang dan tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Ini merupakan anak pertama saya dan saya sangat sayangkannya dan tidak sanggup melihatnya dalam keadaan seperti ini. Bolehkah doktor memberitahu saya cara menyelesaikan masalah ini? Apakah rawatan yang boleh diberikan kepada anak saya untuk memulihkan keadaan anak saya ini?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah berusia 32 tahun. Suami saya pula bekerja sebagai seorang pengurus sy... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, berdasarkan perkara yang diberitahu oleh puan, anak puan mengalami masalah demam malam. Ini merupakan sebuah keadaan di mana pada siang hari anak akan sihat sahaja tetapi pada waktu malam suhu badan akan naik secara mendadak. Hal ini kerana suhu badan kita sememangnya akan naik sedikit pada waktu malam tetapi apabila dicampurkan dengan suhu sewaktu demam, maka kenaikan suhu tersebut akan mengakibatkan demam panas atau lebih dikenali sebagai demam malam. Puan haruslah segera membawa anak puan ke klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan menjalani ujian untuk mencari punca demam malam tersebut.Doktor akan memberikan ubat untuk menurunkan suhu badan anak puan. Sekiranya anak puan tidak dapat mengambil ubat melalui mulut kerana sering muntah maka doktor akan mengajar puan cara memberi ubat suppositori. Ini akan dapat membantu menurunkan suhu badan dengan cepat.

Selain itu, puan bolehlah mengambil tuala dan membasahkannya lalu mengelap badan anak puan untuk menurunkan suhu tersebut. Dengan kaedah-kaedah ni diharapkan suhu badan anak puan dapat diturunkan dengan cepat untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, berdasarkan perkara yang diberitahu oleh puan, anak pua... See More

APAKAH ITU DEMAM MALAM?

Demam merupakan suatu perkara umum dalam kalangan kanak-kanak sekarang. Suhu tubuh badan yang normal adalah dalam 36⁰C-37⁰C. Sebarang kenaikan atau penurunan suhu merupakan suatu keadaan yang serius dan perlu pemerhatian doktor dengan segera. Demam malam merupakan sebuah fenomena di mana anak tersebut akan aktif dan riang pada waktu pagi dan pada waktu malam pula akan mempunyai darjah kepanasan yang sangat tinggi pada tubuh badan. Fenomena ini sememangnya perlu diambil serius oleh para ibu kerana jika tidak dirawat dengan segera untuk menurunkan demam tersebut maka boleh mengundangkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti maut.

APAKAH PENYEBAB DEMAM MALAM?

  • Penyebab utama demam malam ini semestinya merupakan jangkitan kuman bakteria atau virus. Hal ini kerana kanak-kanak lebih senang mendapat jangkitan ini kerana mereka tidak pandai membezakan yang bersih dan kotor. Oleh itu, ia semestinya menjadi tanggungjawab para ibu untuk menghindari anak mereka daripada benda kotor untuk mengelakkan jangkitan ini.
  • Jangkitan kuman yang dihidapi oleh anak-anak boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang teruk seperti infeksi saluran pernafasan, penyakit asma, keradangan, infeksi saluran kencing dan banyak lagi yang boleh memudaratkan kesihatan.
  • Selain itu, kita juga harus memahami bahawa ia sudah menjadi kebiasaan badan kita untuk meningkatkan suhu badan pada waktu petang. Oleh itu, anak anda kemungkinan mempunyai demam yang biasa pada waktu siang dan apabila suhu badan meningkat pada waktu petang ia semestinya akan menyebebakan demam ini naik dengan mendadak sekali gus mengakibatkan badan anak menjadi sangat panas.
  • Penyebab lain yang bagi masalah ini ialah kemungkinan kekurangan vitamin yang diperlukan. Hal ini kerana vitamin amatlah penting terutamanya untuk anak-anak yang sedang membesar. Ini adalah kerana vitamin sangatlah penting dan efektif untuk membina sistem imun yang kuat untuk mempertahankan diri dari serangan bakteria. Oleh itu, para ibu haruslah ambil serius hal ini dan memastikan anak mereka mendapat vitamin yang secukupnya semasa pembesaran.
  • Terdapat juga penyakit yang serius yang boleh mendatangkan demam seperti ini. Penyakit tersebut merupakan penyakit leukemia. Ini merupakan sebuah penyakit di mana sel putih d badan melebihi kadar normal. Penyakit ini juga akan mendatangkan lebam pada badan bersertakan demam malam. Para ibu juga haruslah mengambil serius hal ini dan berkejar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dalam tempoh yang awal.
  • Hypothalamus dalam bahagian otak bertanggungjawab mengawal kenaikan atau penurunan suhu dalam badan. Sekiranya berlaku sebarang kecederaan pada organ tersebut maka ianya boleh menjejaskan kesihatan badan kita. Oleh itu, seseorang itu juga perlulah menjaga diri supaya tidak berlaku sebarang masalah yang tidak diingini.

APAKAH GEJALA DEMAM MALAM KEPADA ANAK?

Gejala demam malam bagi anak-anak ialah seperti:
Sekiranya tanda-tanda ini dijumpai pada anak maka para ibu haruslah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa mereka kepada doktor supaya dapat dirawat dengan segera. Hal ini kerana sekiranya perkara seperti ini berlarutan maka ianya akan menjejaskan kesihatan anak dengan lebih teruk serta boleh mengundang perkara yang tidak diingini.

APAKAH UBATAN UNTUK DEMAM MALAM?

Terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh diberikan kepada individu tersebut untuk menghentikan demam tetapi ianya perlu diberikan atas arahan doktor. Hal ini kerana sekiranya dos yang diberikan terlebih maka boleh mengundang perkara yang negatif kepada yang terlibat. Untuk mengelakkan perkara ini, ubat tersebut hanyalah diambil seperti yang diarahkan oleh doktor.

  • Ubat yang boleh diberikan kepada seseorang yang mengalami masalah ini ialah ubat ‘acetaminophen’. Ubat ini sememangnya merupakan sebuah ubat yang efektif dan sering digunakan oleh banyak orang. Untuk yang dewasa ubat ini bolehlah dimakan dan bagi kanak-kanak terdapat ubat sirap yang boleh diambil untuk memudahkan pengambilan. Hal ini kerana sesetengah anak tersebut akan menangis untuk mengambil ubat kerana rasa ubat yang pahit.

  • Selain itu, terdapat sesetengah budak kecil yang tidak boleh mengambil ubat sirap tersebut kerana tidak pandai menelannya. Terdapat satu lagi cara yang akan diajar kepada para ibu. Kaedah ini ialah dengan memasukkan ubat dengan cara suppositori. Dengan cara ini juga, demam malam anak tersebut akan dapat diredakan.

  • Para ibu juga harus memastikan anak mereka mendapat nutrien badan yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat dan cergas. Hal ini kerana nutrien badan yang mencukupi akan membantu membina sistem imun yang kuat dan boleh mencegah jangkitan bakteria atau virus dalam badan.

  • Ibu haruslah mengamalkan kaedah yang dikenali sebagai ‘tepid sponging’. Ini merupakan sebuah cara untuk menurunkan suhu badan anak-anak kecil. Sebuah tuala yang dibasahkan digunakan untuk mengelap badan anak masing-masing. Ini dilakukan beberapa kali dalam sehari dan didapati kaedah ini dapat menurunkan suhu badan.
Kesimpulannya, jika anak anda sering mendapat demam malam sila berjumpa dengan doktor untuk memastikan tiada punca yang serius dan supaya anak anda mendapat rawatan yang sewajarnya.Saya berharap penerangan yang telah diberikan boleh menyelesaikan sedikit sebanyak keraguan puan. Jika puan masih mempunyai soalan tentang masalah ini,puan boleh berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor kami.Layari laman web www.doctoroncall.com.my 

References