Dikemaskini pada: Jun 10, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang ibu kepada dua orang anak. Suami saya telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Kedua-dua anak saya masih kecil dan di tadika. Sejak belakangan ini, anak saya yang kedua asyik demam sahaja. Dia juga sering kali mengadu sakit kerongkong. Tambahan pula, apabila saya menggosok giginya saya perasan terdapat selaput berwarna kelabu pada bahagian lidah serta lelangit anak saya. Saya berasa sangat terkejut dan bimbang dengan kesihatannya. Sebelum ini anak saya tidak pernah mengalami perkara sedemikian. Saya risau ia mungkin tanda-tanda difteria. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa yang berlaku kepada anak saya ini dan jalan penyelesaiannya?
Difteria merupakan sebuah penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria yang dikenali sewbagai ‘Corynebacterium Diphtheriae. Bakteria ini selalunya menjangkit melalui saluran pernafasan dan akan menyebabkan simptom seperti demam, sakit kerongkong, nafas berbau, bahan berwarna kelabu pada bahagian lidah dan tonsil dan sebagainya.
Bagi pencegahan penyakit membawa maut ini, anak yang baru lahir menerima 3 dos vaksin yang dikenali sebagai DTaP pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan. Vaksin DTaP merangkumi tiga jenis penyakit iaitu difteria, tetatnus dan pertussis. Dengan pemberian vaksin ini, anak puan akan dilindungi daripada penyaki difteria. Buat masa sekarang, puan dengan segera harus membawa anak puan ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Difteria ialah penyakit berjangkit yang membawa maut dalam jangka masa pendek. Oleh itu, anak puan perlu dikuarantin supaya tidak merebak kepada orang lain. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my .
Penyakit difteria ini sekiranya tidak dirawat dengan segera boleh membawa kepada banyak komplikasi yang membahayakan. Antara komplikasi yang dimaksudkan ialah seperti:
Komplikasi yang berikutan sangat berbahaya dan merupakan kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera.
Terdapat beberapa gejala difteria yang harusnya dikenal pasti supaya dapat dikesan dengan awal dan diberi keutamaan dalam rawatan. Antara tanda berikutan penyakit difteria ialah seperti:
Difteria merupakan keadaan yang sangat serius dan memerlukan rawatan serta merta. Antara rawatan yang dapat diberi ialah :
Antara langkah lain untuk mencegah penyakit difteria ini ialah seperti:
Anda juga boleh mendapatkan nasihat dan info lanjut daripada doktor kami di laman webwww.doctoroncall.com.my
Rujukan
Soalan berkenaan - gejala difteria, vaksin difteria, rawatan difteria
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my