Dikemaskini pada: Jun 10, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja lelaki yang berumur 22 tahun. Saya sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi yang jauh dari rumah saya. Sejak belakangan ini, saya mengalami masalah kencing pedih. Bersama gejala ini, saya juga mendapati bahawa saya mengalami kesukaran untuk membuang air kencing dengan lancar. Ada kalanya saya perasan darah dalam air kencing saya. Bahagian bawah perut saya juga sakit dan rasa tidak selesa. Saya selalunya tidak minum air dengan secukupnya. Oleh kerana gejala-gejala ini, saya tidak dapat menghadiri kelas saya kerana keadaan yang tidak selesa. Apakah sebab kencing pedih lelaki, doktor? Apakah harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Terima kasih atas soalan anda. Sebab kencing pedih (Dysuria) yang anda alami adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing atau masalah batu karang dalam pundi kencing. Untuk menentukan masalah anda dengan tepat, anda harus merujuk kepada doktor untuk menjalani beberapa ujian dan penilaian lanjut bagi mendapatkan rawatan yang terbaik untuk keadaan anda.
Berikut adalah antara penyebab kencing pedih yang utama:
Jangkitan
Halangan pada sistem kencing
Kanser
Kencing pedih mungkin merupakan gejala terawal yang disebabkan oleh barah di pundi kencing. Khususnya, kanser pundi kencing perlu dipertimbangkan dalam kalangan perokok lelaki. Karsinoma uretra jarang berlaku dan tidak biasanya menyebabkan kencing pedih. Kanser-kanser lain seperti kanser sel buah pinggang boleh mencetuskan keradangan sel saluran kencing sekali gus menyebabkan kencing pedih.
Batu karang
Apabila batu karang disingkirkan dari buah pinggang atau menjadi besar di pundi kencing, mereka boleh mencederakan permukaan organ tersebut, mengakibatkan keradangan dan kencing pedih. Tabiat kurang minum air adalah penyebab paling biasa untuk serangan batu karang.
“Spondyloarthropaties”
Kombinasi gejala seperti kencing pedih, sakit sendi, sakit belakang atau sakit tumit dan gejala okular adalah biasa dalam keadaan “spondyloarthropathies” seperti sindrom Reiter.
Penyebab kencing pedih yang lain adalah termasuk:
Simptom kencing pedih boleh juga diiringi oleh gejala-gejala yang lain berdasarkan penyakit atau keadaan yang dihadapi.
Para doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal pada bahagian abdomen dan bahagian sulit. Selain itu, beberapa jenis ujian akan dilakukan untuk mencari punca kencing pedih. Antara ujian tersebut ialah:
Rawatan kencing pedih adalah bergantung kepada penyakit yang sedang dihadapi.
Sekiranya gejala anda tidak bertambah baik, anda haruslah berjumpa dengan doktor dengan segera untuk penilaian rawatan yang lebih lanjut. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - ubat sakit kencing, sakit pundi kencing lelaki, kencing sakit dan sedikit, sakit ketika kencing lelaki
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my