Terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang harus dikenalpasti sebelum menggunakan ubat ini walaupun ia disapu pada bahagian kulit yang terjejas.
- Sekiranya anda mengamalkan kontraseptif melalui cara spermisida, anda haruslah berjaga ketika mengambil ubat ini.
- Anda juga harus berhati-hati sewaktu kehamilan kerana ia boleh menjejaskan perkembangan janin dan mengancam nyawa ibu dan bayi.
- Ibu yang menyusu badan juga harus mempertimbangkan kesan sampingan ubat ini kerana kemungkinan ubat ini boleh termasuk dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi dan membawa kesan buruk kepada bayi tersebut.
Apakah Saya Perlu Buat Jika Terlepas Dos?
Jika anda terlepas dos, gunakannya sebaik sahaja anda ingat. Sekiranya ia berhampiran masa dos seterusnya, langkau dos yang terlepas. Gunakan dos seterusnya pada masa yang tetap. Jangan menggandakan dos untuk mengejar.
Bagaimanakah Cara Penyimpanannya?
Ubat krim jenis ini selamat disimpan pada suhu bilik. Simpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan. Selain itu, ia harus disimpan jauh dari cahaya. Ini adalah untuk memastikan fungsi ubat tidak berubah dan membawa kesan padah pada para pengguna.
Sekiranya keadaan anda berlanjutan selepas 2 minggu rawatan (atau selepas 4 minggu rawatan untuk kaki atlet) atau jika ia menjadi lebih teruk, Sila rujuk kepada doktor anda untuk penilaian semula atau juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.