Bagaimana menghentikan hidung berdarah (Nose Bleed) yang datang tiba-tiba?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 32 tahun. Saya berkerja sebagai seorang pemandu kereta. Saya belum berkahwin dan tinggal seorang diri sahaja di rumah saya. Tugas saya ialah memandu kereta dari lapangan terbang hingga ke destinasi pelanggan saya. Jadi, saya sepanjang hari berada dalam ‘air-cond’ sahaja. Ini kadang kala menyebabkan saya berasa sangat haus. Baru-baru ini saya telah mengalami selesema. Masalah ini telah menjadi lebih teruk apabila saya mendapati terdapat darah dalam tisu yang digunakan untuk menghembus keluar lendiran dalam hidung. Ini menjadikan saya lebih bimbang mengenai kesihatan saya. Bolehkah doktor memberitahu lebih lanjut tentang masalah hidung berdarahyang sedang saya alami

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 32 tahun. Saya berkerja sebagai seorang pemandu kereta. Saya belum ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang encik ceritakan saya mendapati encik mempunyai masalah ‘epistaxis’ atau >hidung berdarah (Nose Bleed). ‘Epistaxis’ merupakan sebuah keadaan di mana terdapat kecederaan saluran darah dalam hidung yang menyebabkan berlakunya pendarahan seperti ini.

Perkara ini berlaku kepada encik kerana anda sering berada dalam keadaan yang dingin seperti ‘air-cond’. Hal ini demikian kerana liang hidung menjadi kering dengan cepat apabila berada dalam hawa dingin untuk tempoh waktu panjang. Tambahan pula, selesema yang encik sedang alami menyebabkan keradangan dalam hidung. Jadi apabila encik menghembus keluar lendiran dengan kuat, berlaku kecederaan kepada saluran darah dalam hidung sekali gus menyebabkan epistaxis.

Saya nasihatkan encik menggunakan kaedah mudah seperti memicit hidung selama 5 hingga 10 minit atau meletakkan ais pada hidung untuk menghentikan pendarahan.

Terima kasih atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang encik ceritakan saya mendapati encik mempunyai masalah ‘epist... See More

Apakah itu hidung berdarah?

Hidung berdarah atau lebih dikenali dengan nama ‘epistaxis’ kemungkinan terjadi berikutan komplikasi kecederaan saluran darah dalam hidung. Pendarahan ini selalunya akan berhenti dengan sendiri namun demikian individu terbabit mungkin mengalami kerisauan berlebihan.

Masalah hidung berdarah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira umur. Terdapat dua jenis pendarahan hidung berdasarkan lokasi saluran darah yang tercedera iaitu pendarahan depan (anterior) atau pendarahan belakang (posterior).

Pendarahan Depan (Anterior)

Pendarahan jenis anterior didefinisikan sebagai pendarahan yang berlaku daripada saluran darah bahagian hadapan hidung.

Pendarahan Belakang (Posterior)

Pendarahan jenis posterior ini pula berlaku daripada saluran darah jauh di dalam hidung dan pendarahan akan berlaku di bahagian belakang mulut atau di bahagian tekak.

Apakah penyebab hidung berdarah?

Punca utama masalah ini yang sering kali dialami oleh masyarakat ialah menghembus hidung dengan terlalu kuat. Hal ini selalunya berlaku terutamanya waktu hidung tersumbat misalnya semasa selesema teruk atau rhinitis. Individu tersebut kemungkinan akan menghembus terlampau kuat hingga dinding dalam hidung mengalami kecederaan kerana impak tersebut.

Selain daripada itu, seseorang juga boleh mendapat masalah hidung berdarah ini apabila cuaca persekitaran panas terik. Persekitaran yang terlampau panas akan menyebabkan badan kita menjadi kering dengan cepat. Perkara ini secara tidak langsung juga akan menyebabkan mukosa dalam hidung mengalami kekeringan. Justeru itu, apabila seseorang menghembus nafas terlalu kuat maka ia akan membawa kepada pendarahan.

Di samping itu, punca seterusnya ialah selesema akibat daripada jangkitan bakteria atau virus. Hal ini demikian kerana selesema akan menyebabkan keradangan dalam hidung sekali gus menyebabkan kepecahan saluran darah dalam hidung.

Pendarahan dari hidung juga boleh terjadi sekiranya berlaku sebarang trauma kepada bahagian hidung. Trauma boleh berlaku disebabkan oleh tabiat mengorek hidung sehingga mencederakan struktur dalam hidung atau pun sebarang impak fizikal yang kuat.

Penyebab lain yang membawa kepada hidung berdarah ialah pertumbuhan luar biasa dalam hidung. Pertumbuhan ini boleh berkait rapat dengan kanser. Antara simptom kanser hidung adalah berlakunya pendarahan dari hidung serta hidung berasa tersumbat.

Apakah gejala hidung berdarah?

Masalah hidung berdarah ini harus dikenal pasti dan pendarahan dihentikan dengan serta merta supaya tidak mengganggu rutin harian mereka.

Hidung berdarah ini boleh disertai dengan beberapa gejala yang berikut:

  • Darah jenis cair atau darah pekat
  • Pendarahan yang tidak berhenti
  • Lendiran bercampur darah
  • Hidung berasa tersumbat
  • Susah untuk bernafas
  • Rasa darah dalam mulut atau tekak
  • Demam
  • Liang hidung berasa kering
  • Hidung rasa sakit

Sekiranya anda mengalami gejala berikutan selain daripada masalah hidung berdarah anda perlu segera berjumpa dengan doktor.

Apakah rawatan hidung berdarah?

Masalah hidung berdarah haruslah diambil serius kerana pendarahan yang berlebihan boleh menyebabkan komplikasi serius. Masalah hidung berdarah ini mudah diuruskan dengan rawatan dari rumah jika tidak serius atau berlarutan.

Memicit hidung

Individu terbabit hendaklah memicit hidung mereka untuk 5 hingga 10 minit. Kaedah ini dilakukan tanpa mendongakkan kepala ke atas kerana bimbang darah boleh mengalir ke dalam bahagian mulut atau tekak.

Penggunaan ais

Individu terbabit juga boleh meletakkan ais pada hidung mereka. Kaedah ini akan membantu mendinginkan liang hidung sekali gus mengecutkan saluran darah dalam hidung dan menghentikan pendarahan.

‘Nasal Packing’

Kaedah ini boleh dicuba jika kaedah lain tidak dapat menghentikan pendarahan tersebut. Anda perlu membasahkan sehelai kain dengan ubat ‘epinephrine’ dan masukkan kain tersebut ke dalam hidung. Ubat ini akan membantu mengecutkan saluran darah dalam hidung sekali gus membantu menghentikan pendarahan.

‘Cauterization’

Kaedah ini melibatkan doktor menggunakan sejenis alat pada saluran darah yang terjejas untuk menghentikan pendarahan serta merta.

Apakah cara pencegahan masalah hidung berdarah ini?

Masalah hidung berdarah boleh dicegah dengan beberapa langkah mudah seperti:

  • Elakkan daripada menghembus hidung dengan terlalu kuat.
  • Menggunakan semburan hidung apabila cuaca persekitaran sangat panas.
  • Tidak mengorek hidung dengan terlalu kerap.

Bila anda harus berjumpa doktor?

Anda seharusnya berjumpa dengan doktor segera jika mengalami perkara berikut:

  1. Pendarahan berlebihan dan tidak berhenti.
  2. Pendarahan hidung terjadi selepas trauma/kemalangan.
  3. Gangguan pernafasan sebagai simptom tambahan
  4. Pendarahan lebih daripada 15 minit walaupun sudah mencuba setiap rawatan di rumah.
  5. Kanak-kanak kecil yang mengalami hidung berdarah.
  6. Rasa hendak pitam akibat pendarahan berlebihan.

Kesimpulannya, walaupun hidung berdarah merupakan masalah kesihatan yang kecil sahaja tetapi ia tidak seharusnya diambil remeh dan dibiarkan begitu sahaja. Untuk sebarang persoalan, anda boleh bercakap dengan doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my

References