Bagaimana ingin mengenali gejala kanser mata (Eye Cancer) dan apakah puncanya?

Anonymous
Salam doktor. Saya berumur 31 tahun, bekerja sebagai kontraktor, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai masalah yang berkaitan dengan mata. Baru-baru ini, saya ada mengalami masalah dengan penglihatan kerana kadang-kadang saya terasa seperti penglihatan saya kabur dan keadaan ini agak merisaukan saya dan mengganggu kerja serta rutin seharian. 

Saya ingatkan masalah ini akan pulih tetapi keadaan ini sudah berlanjutan selama 2 minggu dan saya agak sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk ke hospital. Selain daripada itu, selain daripada penglihatan kabur, saya juga ternampak seperti tompokan hitam melalui penglihatan dan ia akan datang secara tiba-tiba. Saya juga ternampak kelip-kelip cahaya kadang-kadang apabila berada di rumah walaupun pada waktu malam. Ini pertama kali saya mengalami keadaan seperti ini. Di samping itu, saya tidak mengalami sakit di bahagian mata, mata tidak kemerahan dan tidak berair. 

Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor beberapa soalan. Apakah punca bagi gejala dan tanda-tanda masalah mata yang saya hadapi ini ? Adakah ia berkaitan dengan penyakit mata yang tertentu atau disebabkan oleh kanser mata? Boleh jadikah ia sesuatu yang serius dan perlukah saya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang terperinci?


Anonymous
Salam doktor. Saya berumur 31 tahun, bekerja sebagai kontraktor, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya i... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, terdapat pelbagai penyakit mata yang boleh menyebabkan gejala-gejala dan tanda-tanda yang anda hadapi tersebut dan termasuklah kanser mata (Eye Cancer). Tetapi, kanser mata sangatlah jarang berlaku dalam kalangan orang ramai. Gejala yang anda hadapi adalah sesuatu yang agak serius jika tidak dirawat dengan cepat kerana komplikasi seperti kehilangan penglihatan boleh terjadi. Jadi, saya mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk menjalankan pemeriksaan dan ujian mata supaya punca bagi penyakit anda dapat dikenal pasti dan seterusnya menjalani rawatan dengan baik.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, terdapat pelbagai penyakit mata yang boleh me... See More

Apakah itu kanser mata?

Terdapat beberapa jenis kanser yang boleh menjejaskan mata, termasuklah:
  • melanoma mata
  • karsinoma sel skuamosa/squamous cell carcinoma
  • limfoma/lymphoma
  • Retinoblastoma - kanser bagi kanak-kanak
Melanoma
  • Kanser juga kadang-kadang terbentuk di dalam tisu di sekeliling bola mata atau tersebar ke mata daripada bahagian lain organ badan, seperti paru-paru atau payudara. 
  • Melanoma mata adalah salah satu daripada jenis kanser mata yang paling biasa terjadi.
  • Melanoma adalah kanser yang terbentuk daripada sel-sel penghasil pigmen yang dipanggil ‘melanocytes’. 
  • Kebanyakan melanoma terbentuk di kulit, tetapi ia juga boleh terjadi di bahagian lain pada badan termasuklah mata. 
  • Melanoma mata biasanya menjejaskan bebola mata. 
  • Doktor kadangkala memanggilnya melanoma ‘uveal’ atau’ choroidal’, bergantung kepada bahagian mata yang terjejas. Ia juga boleh menjejaskan konjunktiva, lapisan nipis yang meliputi bahagian depan mata, atau kelopak mata.

Apakah punca kanser mata?

Punca bagi penyakit kanser mata ini masih belum dikenal pasti, tetapi faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko ia berlaku:
  • Warna mata yang lebih cerah - jika anda mempunyai mata biru, kelabu atau hijau, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat melanoma mata berbanding dengan orang yang mempunyai mata coklat
  • Kulit yang cerah atau pucat - melanoma mata kebiasaannya terjadi dalam kalangan orang yang berkulit cerah termasuklah orang putih di negara Barat.
  • Tahi lalat yang luar biasa - jika anda mempunyai tahi lalat yang agak pelik bentuknya, anda lebih berisiko untuk mendapat kanser kulit dan melanoma mata
  • Penggunaan ‘sunbeds’ - ada beberapa bukti yang menyatakan bahawa mendedahkan diri anda terhadap radiasi ultraviolet (UV) dari ‘sunbeds’ misalnya, dapat meningkatkan risiko melanoma mata.
  • Terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan - ini meningkatkan risiko kanser kulit, dan mungkin juga merupakan faktor risiko bagi melanoma mata.

Apakah tanda-tanda kanser mata?

Kanser mata tidak selalunya menyebabkan gejala atau tanda-tanda yang jelas dan selalunya boleh dikenal pasti semasa ujian mata rutin. Gejala-gejala ini juga boleh disebabkan oleh penyakit mata yang lain, jadi ia tidak semestinya tanda-tanda kanser. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mendapatkan simptom tersebut diperiksa oleh doktor secepat mungkin. Gejala dan tanda kanser mata termasuklah:
  1. ternampak bayang-bayang, kelip-kelip cahaya, atau garis-garis selari dalam penglihatan anda
  2. penglihatan kabur
  3. tompok gelap di mata semakin besar
  4. kehilangan penglihatan sebahagian atau keseluruhan
  5. membonjol satu mata
  6. satu benjolan di kelopak mata atau dalam mata yang semakin membesar
  7. sakit di dalam atau sekeliling mata, walaupun ini jarang berlaku

Apakah rawatan untuk kanser mata?

Rawatan untuk melanoma mata bergantung pada saiz dan lokasi tumor. Doktor anda akan menerangkan setiap pilihan rawatan secara terperinci, termasuk manfaat dan sebarang komplikasi yang ada. Rawatan bertujuan untuk memelihara mata yang terjejas sebaik mungkin. Rawatan utama untuk melanoma mata adalah:
  • ’brachytherapy’ - plat kecil yang dibarisi dengan bahan radioaktif yang dipanggil plak akan dimasukkan berhampiran dengan tumor dan dibiarkan selama satu minggu untuk membunuh sel-sel kanser.
  • radioterapi luaran – sebuah mesin akan digunakan untuk menghalakan sinaran radiasi terhadap tumor untuk membunuh sel-sel kanser
  • pembedahan untuk membuang tumor atau sebahagian daripada mata - ini mungkin boleh dilakukan jika tumor kecil dan anda masih mempunyai sedikit penglihatan di mata
  • pembuangan mata (‘enucleation’) - ini mungkin perlu jika tumor besar atau anda telah kehilangan penglihatan ; mata akhirnya akan digantikan dengan mata buatan yang sepadan dengan mata anda yang lain.
  • Kemoterapi jarang digunakan untuk melanoma mata, tetapi mungkin sesuai untuk jenis kanser mata yang lain.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References