Apakah fungsi jantung (Heart Function) manusia mengikut bahagiannya?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Jun 9, 2020

Soalan:

Selamat pagi, doktor. Saya seorang pesara berumur 65 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya berumur 62 tahun. KBaru- baru ini, saya mendapati saya mempunyai masalah susah untuk bernafas. Ini juga mengakibatkan kesukaran untuk saya tidur pada waktu malam kerana tidak dapat baring. Saya kadang kala menggunakan sampai 4 bantal untuk melegakan masalah sukar bernafas ini. Selain itu, saya juga mempunyai masalah untuk menaiki tangga di rumah saya.

Hanya dalam 5 langkah saya dapat naik dan terus saya akan berasa sukar untuk bernafas. Ini telah menyebabkan bilik tidur saya ditukarkan kepada bilik pada tingkat bawah untuk menjadi mudah untuk saya. Selain itu, saya juga mendapati kaki saya bengkak. Pada mulanya hanya pada tapak kaki serta tumit, tapi lama-kelamaan kaki saya pun mula bengkak dan perut saya telah membuncit. Saya berasa sangat risau mengenai masalah ini kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku. Isteri saya akan menggunakan minyak angin untuk mengurut kaki saya tetapi tiada gunanya kerana ianya masih begitu sahaja.

Bolehkah doktor memberitahu saya apakah masalah yang dialami oleh saya? Adakah ia membabitkan fungsi jantung saya? Saya berharap doktor sudi menjawab soalan saya ini.

Jawapan:

Terima kasih encik atas soalan tersebut. Encik haruslah memahami bahawa jantung ini merupakan organ penting dalam badan manusia. Fungsi jantung (heart function) adalah untuk membekalkan oksigen kepada semua organ dalam badan.Encik haruslah dengan segera pergi ke hospital untuk berjumpa doktor.Di hospital, doktor akan melakukan beberapa ujian termasuk mengenalpasti kapasiti jantung encik.

Apakah fungsi jantung

Jantung merupakan organ berotot terpenting dalam tubuh badan manusia. Sebarang komplikasi yang berkaitan dengan jantung haruslah diawasi dan dapatkan rawatan segera kerana jika dibiarkan, ia boleh membawa maut.

Jantung mempunyai beberapa fungsi utama dalam tubuh badan manusia.

  • Fungsi utama jantung adalah membekalkan oksigen kepada seluruh badan terutamanya organ-organ lain dalam badan. Hal ini dapat dilakukan dengan mengumpul darah kotor dan menghantarnya ke jantung. Jantung kemudiannya akan mengepam darah kotor tersebut ke paru-paru dan menukarkan darah kotor kepada darah yang mengandungi kandungan oksigen yang tinggi serta menghantarnya ke seluruh badan.
  • Jantung juga terdiri daripada bahagian kiri dan kanan. Bahagian kiri mengandungi darah yang kurang kandungan oksigen manakala kanan mengandungi darah yang kaya dengan oksigen yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan kita. Dalam kes ini, jantung mempunyai keupayaan memisahkan kedua-dua darah ini dan memastikan ianya tidak bercampur supaya organ dalam badan akan menerima kandungan oksigen yang mencukupi.
  • Selain itu, jantung juga memastikan darah mengalir searah sahaja dan tidak berpatah. Hal ini kerana jantung mempunyai injap. Darah dalam jantung hanya dapat mengalir setelah injap terbuka. Selepas injap terbuka dan darah mengalir, dengan segera injap tersebut akan tertutup kembali. Ini dapat mencegah darah dari berpatah balik.
  • Di samping itu, jantung juga befungsi untuk mengeluarkan karbon dioksida dari badan. Ini dilakukan dengan membawa darah yang mengandungi kandungan karbon dioksida yang tinggi ke paru-paru dan berlakunya proses penukaran gas dan membawa balik darah dengan kandungan oksigen yang tinggi kembali ke jantung. Ini akan memastikan seluruh badan menerima oksigen secukupnya dan menghalang karbon dioksida dari tekumpul dalam badan.
  • Disebabkan itu, jantung perlukekal berdenyut dan ini menandakan bahawa seseorang itu masih hidup. Selain itu, denyutan jantung adalah selari dengan nadi kita. Ini dapat membantu kita mengetahui samada seseorang individu itu masih hidup atau tidak. Teknik ini memang digunakan sampai hari ini kerana ia merupakan suatu cara mengesan samada seseorang itu masih hidup atau tidak.

Apakah simptom kegagalan fungsi jantung pada manusia

Seseorang yang mengalami kegagalan jantung akan menunjukkan beberapa simptom. Ianya sangat penting untuk mengenal pasti simptom kegagalan jantung kerana ia dapat membantu menyelamatkan nyawa.

Simptom kegagalan jantung/’Heart failure’

Antara simptom kegagalan jantung adalah:

  • Sukar bernafas apabila sedang berbaring atau apabila melakukan kerja berat
  • Letih dan lesu
  • Tidak bermaya
  • Bengkak pada kaki dan tumit atau dikenali sebagai ‘edema’
  • Denyutan jantung atau nadi tidak seragam
  • Tidak berupaya untuk melakukan senaman
  • Batuk berpanjangan dengan kahak berwarna merah jambu atau putih
  • Keinginan untuk kencing dengan kerap pada waktu malam
  • Bengkak pada abdomen atau dikenali sebagai ‘ascites’
  • Berat badan naik secara mendadak
  • Kurang selera makan dan rasa loya
  • Tidak fokus
  • Sakit dada

Apa anda harus buat jika mengalami simptom kegagalan fungsi jantung

  • Masalah ini adalah serius dan lebih baik jika anda segera ke hospital untuk berjumpa dengan doktor.Selain ubat-ubatan, doktor juga akan memberikan nasihat untuk mencegah masalah ini daripada menjadi lebih parah.
  • Salah satu langkah yang harus dipraktikkan untuk membantu melegakan simptom kegagalan jantung adalah mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan garam. Hal ini kerana garam akan menyebabkan tekanan darah menjadi lebih tinggi. Jika tekanan darah menjadi tinggi, maka impaknya kepada jantung kita sememangnya sangat teruk kerana jantung yang sudah lemah terpaksa berkerja dengan lebih kuat sekaligus menyebabkan jantung terus rosak.
  • Individu yang mengalami masalah ini juga harus kurangkan pengambilan air. Hal ini kerana badan mereka tidak dapat mengeluarkan air dan garam berlebihan dalan badan. Jadi, untuk memastikan bengkak badan tidak menjadi lebih teruk, mereka haruslah mengawal pengambilan air dan garam.
  • Selain itu, mereka yang mempunyai simptom kegagalan jantung juga harus mengamalkan gaya hidup sihat. Ini dapat dilakukan dengan melakukan senaman setiap hari. Senaman bagi golongan ini bukanlah senaman berat. Cukup sekadar senaman ringan yang hanya memerlukan mereka berjalan sekurang-kurangnya 20-30 minit sehari. Ini dapat membantu jantung kembali kepada ritma normal dan sekaligus dapat mencegah masalah kegagalan jantung.
  • Individu terlibat juga haruslah mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak serta karbohidrat. Mereka ini haruslah lebihkan memakan makanan yang mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my


Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - penyakit jantung, struktur jantung, anatomi jantung, sistem organ jantung

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20