Dikemaskini pada: Jun 16, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki yang berusia 40 tahun. Saya telah berkahwin. Saya mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Saya sedang mengambil ubat untuk penyakit-penyakit ini dan ia adalah di bawah kawalan yang baik.
Sejak sebulan yang lalu, saya sedang mengalami masalah perut kembung dan susah bernafas. Selalunya saya dapat berjalan sejauh 5km setiap pagi tetapi sekarang saya mengalami kesukaran untuk bernafas selepas berjalan untuk 1km. Saya juga perasan kedua-dua kaki saya bengkak dan ada kalanya, rasa sakit dan tidak dapat bergerak. Saya juga tidak ada selera makan sejak kebelakangan ini. Suami dan anak-anak saya memberitahu saya bahawa saya telah turun berat badan. Mereka juga berkata bahawa kulit saya nampak kekuningan. Saya perasan mata saya semakin menjadi kekuningan. Saya merupakan seorang yang suka merokok, sekurang-kurangnya 10 batang setiap hari. Saya juga kuat minum alkohol, sekurang-kurangnya dua gelas wiski setiap hari. Saya tidak pernah mengalami gejala-gejala seperti ini sebelumnya. Oleh kerana saya mudah menjadi letih dan rasa lemah, saya tidak dapat menjalankan aktiviti harian saya.
Saya telah melayari internet untuk mengetahui masalah yang saya sedang hadapi dan kemungkinannya saya sedang mengalami penyakit hati yang mengganggu fungsi hati yang normal. Apakah itu hati dan fungsi hati? Apakah harus saya lakukan untuk masalah saya?
Rujukan
Soalan berkenaan - fungsi utama hati, fungsi hati dalam sistem pencernaan, fungsi hati dalam sistem ekskresi
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my