Apakah itu gelatin bovine dan dari mana ia diperbuat dan adakah ia halal?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja bangsa Melayu yang berumur 18 tahun. Saya seorang yang minat makanan manis seperti gula-gula dan aiskrim. Baru-baru ini, kawan-kawan telah memperkenalkan sejenis gula-gula yang dikenali sebagai “marshmellow”. Mereka berkata ia mengandungi gelatin tetapi tidak pasti sekiranya ia adalah gelatin bovine.Saya telah makan gula-gula tersebut dan amat menyukainya. Namun, saya berasa ragu-ragu mengenai kandungan gula-gula tersebut. Saya tidak pasti jika ia adalah produk halal. Saya terbaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa terdapat dua jenis gelatin yang diperbuat daripada daging lembu dan khinzir. Oleh itu, saya ingin mendapatkan nasihat doktor mengenai kandungan gelatin dalam gula-gula “marshmellow” tersebut. Saya bimbang termakan kandungan makanan yang tidak halal.

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja bangsa Melayu yang berumur 18 tahun. Saya seorang yang minat makanan manis ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Biasanya, kandungan makanan termasuk gula-gula akan terpapar pada kertas atau bungkusan tersebut. Anda haruslah meneliti maklumat tersebut sebelum makan. Terdapat dua jenis gelatin, iaitu gelatin bovine dan gelatin porcine yang berasal daripada khinzir. Makanan yang mempunyai kandungan gelatin bovine boleh dimakan oleh orang Muslim jika berasal dari lembu yang disembelih dan diuruskan dengan betul. Namun gelatin bovine juga boleh dihasilakan daripada lembu yang tidak disembelih dan sumbernya adalah diragui dan ini perlu dielakkan dari dimakan. Oleh itu, anda haruslah berhati-hati dan memeriksa pek untuk mengetahui status halal sesuatu makanan atau bahan kandungannya.

Terima kasih atas soalan anda. Biasanya, kandungan makanan termasuk gula-gula akan terpapar pada kertas atau bungkusan t... See More

Apakah itu gelatin bovine

  • Gelatin bovine  adalah kolagen yang berasal dari lembu. Kolagen merupakan salah satu bahan yang membentuk tulang rawan dan tulang. Ia diperbuat daripada protein, dan profil asid aminonya yang unik memberi banyak manfaat kesihatan.
  • Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kuantiti paling banyak dalam badan manusia dan haiwan. Ia didapati hampir di mana-mana bahagian badan, tetapi paling banyak pada kulit, tulang, “tendon” dan ligamen.
  • Kolagen dapat diekstrak dari bahagian lembu dengan dididihkan di dalam air. Gelatin yang diekstrak semasa proses ini tidak berperisa dan tidak berwarna. Ia larut dalam air suam, dan membentuk tekstur seperti jeli apabila dalam keadaan sejuk.
  • Justeru itu, gelatin bovine berguna sebagai agen “gelling” dalam industri pengeluaran makanan seperti produk-produk Jell-O dan gula-gula. Ia juga boleh dimakan sebagai sup tulang atau sebagai suplemen.
  • Kadang-kadang, gelatin diproses lebih lanjut untuk menghasilkan bahan yang dikenali sebagai “collagen hydrolyzate” dengan kandungan asid amino dan manfaat yang sama seperti gelatin.
  • Kedua-dua gelatin dan “collagen hydrolyzate” sebagai bahan tambahan wujud dalam bentuk serbuk atau granul malahan dalam bentuk lembaran.
  • Walaubagaimanapun, ia tidak sesuai untuk mereka yang mengambil diet vegan kerana ia diperbuat daripada bahagian haiwan.

Apakah kegunaan gelatin bovine

Gelatin bovine mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan boleh digunakan sebagai rawatan untuk sesetengah keadaan atau penyakit, seperti yang berikut:

  • Meningkatkan kesihatan kulit:  Kolagen adalah elemen utama kulit kelihatan sihat dan muda. Semakin anda berusia, kulit secara semula jadi akan kehilangan kolagen sekali gus menyebabkan kulit menjadi kurang tegang dan berkedut. Oleh kerana gelatin adalah sumber kolagen yang bagus, ia berfaedah untuk memperbaiki penampilan kulit.
  • Sumber protein: Gelatin memberikan hampir 2 gram protein setiap ½ gelas. Protein dianggap sebagai makronutrien yang diperlukan oleh badan dalam kadar yang tinggi. Sesetengah sumber haiwan protein juga mengandungi sejumlah besar lemak yang tidak sihat. Gelatin adalah sumber protein yang tidak mengandungi lemak.
  • Membantu pencernaan: Gelatin boleh membantu masalah pencernaan dalam beberapa cara yang berbeza. Sebagai contoh, gliserin dalam gelatin boleh meningkatkan penghasilan lapisan mukosa sihat di dalam perut. Ia juga merangsang pengeluaran jus gastrik untuk memudahkan proses pencernaan. Tanpa enzim pencernaan yang mencukupi, masalah gastrousus, seperti refluks asid boleh berkembang. Gelatin juga mengalakan penyerapan air agar melancarkan pergerakan makanan melalui sistem pencernaan.
  • Mengurangkan kesakitan sendi: Kolagen dalam gelatin boleh mengurangkan sakit sendi yang dikaitkan dengan keradangan. Beberapa kajian klinikal menunjukkan gelatin dapat mengurangkan kesakitan dan memperbaiki fungsi sendi pesakit osteoartritis.
  • Membantu mengawal tahap gula dalam darah: Walaupun lebih banyak kajian masih diperlukan, terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa gliserin dalam gelatin dapat membantu kawalan gula dalam darah pesakit kencing manis.
  • Mengekalkan tulang yang sihat: Lysine yang terdapat dalam gelatin membantu menguatkan tulang melalui penyerapan kalsium yang diperlukan untuk memastikan tulang kuat. Oleh kerana badan manusia tidak dapat menghasilkan lysine, individu hanya boleh mendapatkan jumlah yang cukup melalui diet. Menambahkan gelatin dalam diet adalah salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan lysine.
  • Meningkatkan kualiti tidur:  Gelatin dapat meningkatkan kualiti tidur disebabkan kandungan gliserin. Beberapa sudu gelatin boleh memberikan kira-kira 3 g gliserin.
  • Membantu mengurangkan berat badan: Gelatin boleh membantu mengurangkan berat badan dengan membantu mempercepatkan proses menjadi kenyang. Gelatin boleh menggalakkan penurunan berat badan disebabkan oleh protein dan kandungan kalori yang rendah dalam gelatin. Gelatin juga mempunyai peranan dalam mengawal hormon yang berkaitan dengan kelaparan.
  • Di samping itu, gelatin juga sering dijumpai dalam gula-gula manis dan “marshmallow” . Orang ramai disarankan untuk mengambil sumber gelatin yang sihat dan dalam bentuk kandungan gula yang rendah.

Apakah kesan sampingan gelatin bovine

  • Gelatin bovine adalah selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut, digunakan pada kulit, atau sebagai suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit untuk tujuan rawatan perubatan.
  • Namun begitu, ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, loya, bengkak, kemerahan, dan kegatalan. Terdapat beberapa kebimbangan mengenai kemungkinan individu menghidap "penyakit lembu gila" (bovine spongiform encephalitis, BSE) atau penyakit lain daripada produk yang mengandungi bahan haiwan.
  • "Penyakit lembu gila" tidak tersebar melalui produk tulang rawan, tetapi orang ramai dinasihati untuk mengelakkan pengambilan produk haiwan dari negara-negara di mana penyakit lembu gila telah ditemui.

Hasil gelatin bovine

  • Haiwan yang dibesarkan dalam keadaan selesa dan kondusif akan mempunyai kolagen berkualiti tinggi untuk dijadikan sebagai gelatin. Gelatin kaya dengan protein, dan mempunyai profil asid amino yang unik untuk manfaat kesihatan.
  • Terdapat bukti bahawa gelatin boleh mengurangkan kesakitan sendi dan tulang, meningkatkan fungsi otak dan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit.
  • Oleh kerana gelatin tidak berwarna dan tidak berperisa, ia sangat mudah dimuatkan dalam diet anda. Seseorang individu boleh menghasilkan gelatin sendiri dengan memasak daging atau tulangayam atau daging lembu selama beberapa jam.
  • Apabila disejukkan, suatu bahan gel akan kelihatan pada permukaan, iaitu kolagen.
  • Gelatin juga mudah ditambah dalam pelbagai jenis hidangan termasuk sup dan juga digunakan untuk membuat sos, “mousse”, dan “smoothies”.
  • Bagi mereka yang tidak mahu membuat gelatin sendiri, ia boleh didapati dalam bentuk kapsul sebagai suplemen tambahan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan mengenai gelatin bovine, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References