Adakah Sakit Gigi Ini Sebab Nak Tumbuh Gigi Geraham Bongsu (Wisdom Teeth)?

Ogos 14, 2020 | Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

Sulit
Salam sejahtera, doktor. Saya Aisa berumur 20 tahun. Baru-baru ini kakak saya mengalami masalah ‘wisdom teeth’. Rupa dia memang sakit sampai tak boleh makan. Akhirnya bila bawa klinik, dia terpaksa menjalani pembedahan. Sebab saya ni memang ada fobia dengan jarum dan saya memang tak suka jejak kaki kat hospital, saya nak tanya, ada tak cara untuk mengelak masalah ‘wisdom teeth’ ni? Saya memang mengamalkan hidup sihat dan berhati-hati agar saya tak sakit dan tak perlu nak jejak kaki dekat hospital. Terima kasih doktor.
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan. Saya memahami fobia anda kepada jarum kerana sememangnya keadaan tersebut wujud. Selain itu, saya ucapkan tahniah atas usaha anda untuk menjaga kesihatan anda. Berbalik kepada soalan anda mengenai ‘wisdom teeth’. Pertama sekali ianya bukan satu penyakit atau masalah sebaliknya hanyalah nama gigi tersebut. Dalam bahasa melayu, ianya dikenali sebagai gigi geraham bongsu. Ianya hanya akan menjadi masalah sekiranya ia tumbuh dengan tidak normal. Keduanya, soalan ini lebih sesuai diajukan kepada doktor pergigian kerana bidang perubatan dan pergigian adalah berbeza. Namun, setakat yang saya ketahui tiada langkah pencegahan untuk gigi ini tumbuh. Untuk mengetahui lebih lanjut, baca penulisan di bawah untuk penerangan ringkas mengenai gigi geraham bongsu ini.

Gigi geraham adalah gigi yang terkuat dan terbesar kerana fungsi gigi geraham yang utama adalah untuk mengunyah makanan. Terdapat 4 gigi geraham dan yang berada di bahagian paling belakang mulut dikenali sebagai gigi geraham bongsu. Kebiasaannya terdapat dua gigi ini di atas dan dua lagi di bahagian bawah sebagai sebahagian daripada set lengkap 32 gigi dewasa. Tetapi, sebilangan orang tidak mempunyai gigi geraham bongsu ini dan ianya adalah normal. 

Dalam bahasa Inggeris, gigi ini dipanggil ‘wisdom teeth’ bukan kerana seseorang akan menjadi lebih bijak setelah tumbuhnya gigi ini tetapi kerana ianya tumbuh saat seseorang sudah lebih matang sekitar 17-21 tahun.

Sekiranya gigi ini tumbuh dengan baik dan normal sama seperti gigi lain yang tumbuh ketika kita masih kecil, ianya tidak akan menjadi isu. Akan tetapi, gigi geraham sakit sekiranya ia tumbuh dengan tidak normal disebabkan ruang yang tidak cukup untuk tumbuh atau untuk berkembang secara normal. Hal ini menyebabkan tekanan kepada struktur sekeliling. 

Kebiasaannya gigi geraham ini tidak akan menunjukkan gejala walaupun ianya menyebabkan tekanan kepada struktur sekeliling. Sehinggalah apabila gigi ini terkena jangkitan, menyebabkan kerosakkan pada gigi sekeliling atau menyebabkan masalah pergigian yang lain. Beberapa tanda atau gejala berikut mungkin akan berlaku:

  • Gusi merah atau bengkak
  • Gusi sakit atau berdarah
  • Sakit rahang
  • Bengkak di sekitar rahang
  • Nafas berbau
  • Rasa yang tidak menyenangkan di mulut anda
  • Kesukaran membuka mulut anda

Sebilangan besar gigi geraham bongsu harus dibuang sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit atau masalah. Antaranya adalah:

  • Jangkitan atau kaviti
  • Lesion (tisu yang kelihatan tidak normal)
  • Menyebabkan kerosakan pada gigi berdekatan
  • Kehilangan tulang di sekitar akar
  • Tidak cukup ruang untuk menggosok gigi

Namun terdapat beberapa doktor gigi mengesyorkan untuk mencabut gigi geraham bongsu ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana ianya boleh menyebabkan masalah pada masa akan datang, seperti:

  • Sebelum gigi tumbuh, tisu di sekelilingnya boleh tumbuh menjadi sista yang boleh menyebabkan kehilangan tulang rahang
  • Sekiranya gigi tersebut berada di bawah gusi, ia boleh merosakkan gigi berdekatan dengan memakan akarnya.
  • Bakteria dan plak boleh tumbuh di sekitar gigi yang hanya tumbuh sebahagiannya.

Akan tetapi, ramai penyelidik dan pakar kesihatan awam tidak menganggap bahawa ianya harus untuk mencabut gigi yang sihat dan belum menyebabkan masalah. Sekiranya doktor gigi anda mencadangkannya dan anda tidak pasti sama, dapatkan pendapat kedua dari doktor lain.

Kaedah untuk mencabut gigi geraham bongsu ini bergantung pada sejauh mana gigi anda keluar dan keputusan doktor gigi anda setelah pemeriksaan dilakukan. Antara kaedah yang ada adalah:

Pengekstrakan Ringkas

Kaedah ini adalah untuk gigi yang berada sepenuhnya di luar gusi. Gusi anda akan diberi ubat bius agar ia kebas, kemudian menggunakan jarum untuk meletakkan ubat kebas yang lebih kuat di kawasan tersebut. Gigi kemudian akan dilonggarkan dengan alat dan sebelum dicabut keluar. Kawasan tersebut kemudiannya akan dibersihkan itu dan diletakkan kain kasa untuk menghentikan pendarahan.

Pembedahan

Sekiranya gigi masih berada di dalam gusi, pembedahan mungkin diperlukan. Pesakit akan diletak di bawah pelalian supaya tidak merasa sakit. Gusi akan dipotong dan tulang gigi akan dipotong untuk sampai ke akar. Gigi mungkin akan dipotong kepada beberapa kepingan agar lubang yang terhasil adalah kecil.

  • Kerosakan beberapa saraf semasa mengeluarkan gigi geraham bawah. Hal ini boleh menyebabkan bibir, lidah, atau dagu kebas untuk selamanya. 
  • Bahaya cabut gigi geraham atas dengan cara pembedahan pula boleh merosakkan sinus iaitu rongga pernafasan udara di bawah mata anda. 
  • Soket kering yang berlaku sekiranya gumpalan darah hilang terlalu cepat dan mendedahkan saraf dan tulang anda. Hal ini boleh menyebabkan sakit dan ianya boleh berlaku sama ada dengan pengekstrakan ringkas atau pembedahan

Rujukan

Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)