Walaupun Gigi Susu Hanya Sementara, Namun Ianya Wajib Dijaga Dengan Baik

Julai 23, 2020 | Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

Sulit
Salam sejahtera doktor. Saya ibu kepada bayi berumur 1 tahun. Semasa remaja saya terseksa dengan penggunaan pendakap gigi selama bertahun dan sehingga sekarang saya masih memakai pendakap gigi di waktu malam semasa tidur. Jadi, saya tak nak anak saya melalui hal yang sama. Adakah betul sekiranya saya memberi anak saya pepet, ia akan menyebabkan gigi anak saya jongang kelak? Selain itu, dari umur bilakah saya harus menggosok gigi anak saya? Terima kasih.
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih kerana menggunakan servis DoctorOnCall untuk mengajukan soalan anda. Sebelum itu, ingin saya jelaskan terlebih dahulu, bidang perubatan dan bidang pergigiaan adalah berbeza. Untuk jawapan yang lebih tepat, saya sarankan untuk anda mengajukan masalah anda kepada doktor gigi. Sebenarnya, penggunaan pepet hingga usia kanak-kanak 4 tahun (sebelum gigi kekal mula tumbuh) tidak mempengaruhi bentuk gigi. Hanya selepas umur tersebut, sekiranya anak anda masih menggunakan pepet, anda harus berhati-hati. Selain itu, anda digalakkan untuk mula membersihkan mulut anda sebaik sahaja gigi anak anda mula tumbuh. Anda boleh lap dengan kain lembut atau sikat dengan berus gigi lembut dan air. Pada usia 18 bulan anda boleh menggunakan sedikit ubat gigi dengan kandungan fluorida rendah untuk menggosok gigi anak anda. Untuk lebih lagi maklumat, sila baca artikel di bawah.

Maksud gigi susu adalah gigi pertama yang tumbuh sebelum adanya gigi kekal. Gigi susu ini mula tumbuh ketika bayi berumur 6 bulan dan lengkap ketika berumur 2-3 tahun. Namun, tempoh ini mungkin berbeza mengikut individu. Jumlah gigi susu adalah 20 batang. Jenis gigi susu yang lengkap adalah dua gigi seri tengah, dua gigi seri lateral, dua gigi taring, dan empat geraham di bahagian atas dan bawah. 

Fakta mengenai gigi susu ini:

  • Secara amnya, setiap 6 bulan kira-kira 4 batang gigi susu akan tumbuh.
  • Pertumbuhan gigi dalam kanak-kanak perempuan biasanya mendahului kanak-kanak lelaki.
  • Gigi bawah biasanya tumbuh dahulu sebelum gigi atas.
  • Gigi di kedua rahang biasanya tumbuh berpasangan - satu di sebelah kanan dan satu di sebelah kiri.

Gigi kekal akan mula tumbuh untuk menggantikan gigi susu sekitar kanak-kanak berumur 6 tahun. Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua gigi ini.

Warna gigi susu adalah putih bersih dengan saiz yang lebih kecil. Gigi kekal pula berwarna krim atau putih kekuningan dan bersaiz lebih besar. Bilangan gigi susu adalah 20 batang manakala gigi kekal adalah 32. Tetapi, sekiranya anda mengira gigi anda dan ianya hanya 28 batang, jangan risau. Sekiranya anda tidak pernah mencabut gigi, variasi ini berlaku kerana terdapat individu yang tidak ada gigi bongsu (wisdom teeth). 

Dapat dilihat juga antara keduanya, perbezaan anatomi lapisan enamel (luar) dan dentina (tengah) sebagai pelindungan serta pulpa (dalam) yang mempunyai saraf serta saluran darah bagi membekalkan nutrisi. Gigi susu mempunyai lapisan enamel dan dentina yang nipis. Hal ini menyebabkan gigi susu lebih mudah terkena karies gigi. Pulpa yang besar pula mendedahkan gigi dengan kecederaan urat saraf jika berlaku trauma. Manakala gigi kekal pula mempunyai enamel dan dentina yang tebal serta pulpa yang nipis berbanding dengan gigi susu.

Walaupun gigi susu akan tertanggal, ini tidak bermakna fungsi gigi susu ini tidak sepenting gigi kekal. Ianya membantu kanaka-kanak yang sedang membesar untuk mengunyah, bercakap, penampilan, dan mengekalkan ruang untuk gigi kekal tumbuh kelak. Jadual di bawah merujuk kepada masa gigi susu dijangka akan tumbuh dan juga tercabut bagi diggangtikan dengan gigi kekal.



Gigi Atas

Masa Tumbuh (Bulan)

Masa Tertanggal (Tahun)

Gigi Seri Tengah

8 - 12 

6-7 

Gigi Seri Tepi

9-13 

7-8 

Gigi Taring

16-22 

10-12

Gigi Geraham Pertama

13-19 

9-11 

Gigi Geraham Kedua

25-33 

10-12 



Gigi Bawah

Masa Tumbuh (Bulan)

Masa Tertanggal (Tahun)

Gigi Seri Tengah

23-31 

10-12

Gigi Seri Tepi

14-18

9-11

Gigi Taring

17-23 

9-12

Gigi Geraham Pertama

10-16

7-8

Gigi Geraham Kedua

6-10

6-7



Dalam keadaan biasa, gigi susu akan tercabut dengan sendirinya dan proses ini tidak memerulukan bantuk doktor gigi. Akan tetapi, terdapat beberapa situasi di mana gigi susu ini harus dicabut.

  • Karies gigi- Gigi yang rosak atau berlubang menyebabkan lapisan pulpa terdedah serta boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf. Hal ini boleh menyebabkan sakit gigi dan ianya perlu dicabut untuk mengelakkan kesakitan yang boleh mengganggu selera makan dan tidur kanak-kanak.
  • Gusi menjadi bengkak, merah dan bernanah- radang gusi akibat dari karies gigi yang merebak ke lapisan pulpa. Oleh itu gigi harus dicabut untuk mengelak kerosakan saraf di lapisan pulpa tersebut
  • Gigi kekal tumbuh sebelum gigi susu tertanggal- Hal ini akan menyebabkan gigi kekal tumbuh di belakang atau hadapan gigi susu. Ini menjadikan susunan gigi kekal tidak teratur dan berlapis-lapis. Bukan sahaja menyebabkan penampilan kurang menarik, ianya juga menyulitkan proses pembersihan gigi dan seterusnya boleh menyebabkan karies pada gigi kekal.
  • Gigi kekal tidak tumbuh sehingga kanak-kanak berumur 8 tahun- Hal ini berlaku kerana gigi kekal berada terus di bawah gigi susu dan menyukarkanyya untuk keluar dan tumbuh. Dalam situasi ini, doktor gigi akan mencabut gigi susu bagi memberi ruang untuk gigi kekal tumbuh.

Rujukan

Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)