Dikemaskini pada: Februari 6, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berumur 36 tahun dan bekerja sebagai seorang jurutera. Saya sudah berkahwin dan isteri saya berumur 34 tahun. Kami mempunyai 3 orang anak yang bersekolah di sekolah rendah berhampiran taman yang kami tinggal. Baru-baru ini, saya mendapati ibu jari kaki saya berasa sakit yang melampau. Sakit tersebut membuatkan saya tidak boleh berjalan dan terpaksa mengambil cuti dari tempat kerja saya. Selain itu, saya juga perasa terdapat kemerah-merahan pada tempat tersebut dan ianya berasa panas apabila disentuh. Kesakitan yang dialami juga bertambah sakit apabila tiba waktu malam dan ini menyebabkan saya tidak boleh tidur lena. Saya berasa sangat bimbang mengenai masalah ini. Mungkinkah ia gout? Bolehkah doktor memberitahu saya apa masalah yang sedang saya alami?
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, berdasarkan keterangan encik, saya mendapati encik mempunyai masalah gout. Gout merupakan sejenis penyakit yang melibatkan keradangan pada bahagian sendi. Dalam kes encik, encik mempunyai keradangan pada bahagian ibu jari kaki. Gout terjadi apabila tahap ‘uric acid’ dalam badan melebihi kadar normal. Ini sekali gus akan membawa kepada pembentukan kristal oleh ‘uric acid’ yang telah terkumpul secara berlebihan.
Ini seterusnya akan menyebabkan berlakunya keradangan serta kesakitan seperti yang dialami oleh encik. Kesakitan tersebut akan bertambah sakit pada waktu malam kerana suhu menjadi rendah. Encik tidak perlu bimbang dan saya nasihatkan encik segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut bagi menyelesaikan masalah ini. Selain itu, encik juga harus mengawal pemakanan seharian dan tidak banyak mengambil makanan yang mengandungi "uric acid" yang tinggi.
Gout merupakan sejenis keradangan pada bahagian sendi yang akan berlaku secara tiba-tiba. Namun demikian, bahagian badan yang sering menjadi mangsa penyakit gout ini ialah bahagian sendi pada ibu jari kaki.Untuk membuat diagnosis gout, ia juga dapat dikenalpasti dengan mengukur jumlah ‘uric acid’ dalam badan kita yang akan menyebabkan pengumpulan kristals secara berlebihan pada bahagian sendi kita.
Gout boleh berlaku pada bila-bila masa dan pada sesiapa sahaja. Terdapat beberapa gejala yang berikutan penyakit gout seperti:
Kesimpulannya, kita harus berwaspada dan mengambil tahu mengenai masalah gout ini kerana ia boleh membawa kepada pelbagai masalah yang boleh memudaratkan kesihatan. Rawatan dan nasihat doktor juga seharusnya diambil untuk mengelakkan komplikasi yang teruk pada masa hadapan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my
Soalan berkenaan - sakit sendi, penyebab gout, rawatan gout
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my