Dikemaskini pada: Februari 6, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah tangga. Saya telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Anak kelima saya baru berumur 2 tahun. Pada minggu lepas, saya telah menghantar anak saya ke rumah ibu saya di kampung. Setelah kembali ke rumah, dia mengalami demam bersuhu 38 darjah celsius. Dia juga sering menangis dan hilang selera makan atau minum. Saya perasan terdapat beberapa lepuh kemerahan di dalam mulutnya dan ruam-ruam di bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Walaupun ruam ini tidak menyakitkan, ia juga =kelihatan kemerahan. Gejala- gejala tersebut telah mengurang selepas saya memberi ubat demam kepada dia. Namun, anak saya masih tiada selera makan dan minum dan tidak aktif seperti dahulu. Saya ingin bertanya kepada doktor sekiranya gejala anak saya ini menandakan penyakit hfmd. Adakah penyakit ini sangat serius?
Penyakit tangan, kaki, dan mulut berpunca daripada “coxsackievirus” jenis A16.“Coxsackievirus” adalah sebahagian daripada kategori enterovirus. Dalam sesetengah kes, enterovirus jenis lain juga boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki, dan mulut. Enterovirus 71 juga merupakan sejenis virus yang boleh mengakibatkan penyakit hfmd dengan komplikasi yang lebih serius.
Virus mudah tersebar dari orang ke orang. Anda atau anak anda mungkin mendapat penyakit tangan, kaki, dan mulut daripada orang yang telah dijangkiti melalui:
Gejala penyakit hfmd mula muncul tiga hingga tujuh hari selepas jangkitan awal. Sesetengah orang tidak akan mempunyai gejala, tetapi mereka masih boleh menyebabkan penyebaran virus. Virus tersebut paling berjangkit semasa 7 hari pertama setelah terdedah kepada HFMD. Antara simptom penyakit hfmd termasuk:
Penyakit hfmd tersebar dari orang ke orang melalui hubungan langsung dengan sama ada Coxsackievirus A16 atau kurang lazim enterovirus 71.. Virus ini paling biasa dijumpai di kawasan hidung dan kerongkong tetapi juga dalam cecair atau najis individu yang dijangkiti. Virus ini boleh bertahan pada permukaan objek seperti komputer, meja, pensel dan lain-lain. Virus kemudiannya dipindahkan dari tangan yang telah menyentuh permukaan yang tercemar dan kemudian menyentuh hidung, mulut atau mata sebelum mencuci tangan.
Begitu juga, menukar lampin bayi yang dijangkiti tanpa memakai sarung tangan atau tanpa mencuci tangan dapat menyebarkan penyakit hfmd. Air tercemar dengan virus juga boleh menyebarkan jangkitan ini. WWanita yang dijangkiti tidak lama sebelum kelahiran boleh menyebarkan jangkitan kepada bayi mereka.
Dalam kebanyakan kes, penyakit hfmd boleh sembuh tanpa rawatan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari. Rawatan utama penyakit hfmd adalah untuk melegakan simptom demam dan sakit tekak. Antibiotik tidak disyorkan dalam rawatan penyakit virus ini. Intravena imun globulin (IVIG) telah diuji sebagai terapi untuk pesakit yang menghidap tahap serius atau golongan tua yang mempunyai sistem imunisasi lemah. Antara rawatan lain untuk penyakit hfmd termasuk:
Sesetengah rawatan di rumah juga membantu melegakan gejala penyakit tangan, kaki, dan mulut. Anda boleh mencuba rawatan berikut untuk menringankan gejala lepuh supaya kurang mengganggu:
Komplikasi penyakit hfmd agak jarang berlaku. Berdasarkan statistik, Coxsackievirus A16 kurang kemungkinan menyebabkan komplikasi jika dibandingkan dengan Enterovirus-71.
Sekiranya gejala yang anda alami menjadi semakin teruk atau tidak bertambah baik, anda harus berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan supaya komplikasi yang serius dapat dielakkan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat di laman web kami diwww.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Soalan berkenaan - simptom hfmd, gambar penyakit tangan dan mulut, demam campak, ulser mulut kanak-kanak
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my