Bagaimanakah saya merawat tangan kebas (Hand Numbness) dan penyebab utama?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 34 tahun. Saya bekerja sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Suami saya seorang peguam yang berumur 35 tahun. Pekerjaan saya memerlukan banyak masa di hadapan komputer di mana saya harus menaip dokumen klien saya yang bertimbun-timbun. Baru-baru ini saya mendapati tangan kanan saya berasa kebas secara tiba-tiba. Tangan kebas ini selalunya bertambah teruk pada waktu malam. Ini menyebabkan saya mempunyai kesukaran untuk tidur malam. Selain itu, kekebasan ini mengganggu saya melakukan tugas di tempat kerja. Bolehkah doktor memberitahu saya mengapa saya mengalami masalah ini?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 34 tahun. Saya bekerja sebagai seorang kerani di sebuah firma guama... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih puan atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh puan kepada saya, saya mendapati tangan kebas (Hand Numbness) puan adalah disebabkan oleh masalah ‘carpal tunnel syndrome’. Ini merupakan sebuah masalah dimana saraf pada tangan mengalami sedikit ‘compression’. Selalunya ia berlaku kepada orang yang kerap kali menggunakan tangan mereka untuk melakukan kerja secara berterusan dan tanpa sebarang rehat. Puan tidak perlu risau kerana keadaan ini ada penyelesaiannya. Puan dikehendaki segera berjumpa dengan seorang doktor di hospital. Mereka akan memberikan ubat untuk menghilangkan kebas tersebut. Tangan kebas ini sebaiknya jangan diabaikan kerana bimbang keadaan tersebut akan bertambah teruk dan mendatangkan kesan negatif yang tidak diingini.

Terima kasih puan atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh puan kepada saya, saya mendapati tangan kebas (hand numbness) puan adalah disebabkan oleh masalah ‘carpal tunnel syndrome’. Ini merupakan sebuah masalah dimana saraf pada tangan mengalami sedikit ‘compression’. Selalunya ia berlaku kepada orang yang kerap kali menggunakan tangan mereka untuk melakukan kerja secara berterusan dan tanpa sebarang rehat. Puan tidak perlu risau kerana keadaan ini ada penyelesaiannya. Puan dikehendaki segera berjumpa dengan seorang doktor di hospital. Mereka akan memberikan ubat untuk menghilangkan kebas tersebut. Tangan kebas ini sebaiknya jangan diabaikan kerana bimbang keadaan tersebut akan bertambah teruk dan mendatangkan kesan negatif yang tidak diingini. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

Terima kasih puan atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh puan kepada saya, saya mendapati <stron... See More

Apakah itu tangan kebas?

Tangan kebas merupakan sebuah keadaan di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti cucuk-cucuk. Lokasi kebas ini boleh merebak dari jari tangan ke lengan dan bahu. Ianya bergantung kepada keseriusan masalah yang dialami.

Apakah penyebab tangan kebas?

Tangan kebas selalunya disebabkan oleh kompresi, kecederaan atau irritasi pada saraf di bahagian tangan. Ianya sangat penting untuk mengetahui punca berlakunya masalah tangan kebas ini kerana ia akan dapat membantu dalam proses rawatan. Antara punca berlakunya tangan kebas kanan, kiri atau kedua-duanya ialah seperti:

  1. Minuman alkohol yang diambil secara berlebihan dan tidak terkawal. Golongan alkoholik yang berada dalam tahap yang serius selalunya akan mengadu tangan mereka kerap kebas.
  2. ‘Amyloidosis’. Ini merupakan sebuah penyakit di mana berlakunya pertambahan protein ‘amyloid’ dalam tisu di badan. Salah satu kesan sampingan berikutan penyakit ini ialah tangan kebas.
  3. Kecederaan pada ‘brachial plexus’. ‘Brachial plexus’ merupakan cawangan saraf pada bahu, lengan serta tangan kita. Oleh itu, jika saraf pada cawangan ini mengalami sebarang kecederaan, ianya akan membawa kepada tangan menjadi kebas.
  4. ‘Carpal tunnel syndrome’. Ini merupakan sebuah masalah umum yang menimpa orang yang kerap menggunakan tangan serta jari mereka tanpa sebarang rehat. Kesan sampingannya ialah tangan kebas selalunya pada waktu malam.
  5. Kekurangan vitamin B12 dalam badan. Vitamin tidak kira vitamin apa sahaja pun, diketahui oleh semua orang iaitu ianya penting untuk tubuh badan. Kekurangan vitamin khususnya vitamin B12 dalam badan boleh membawa kepada masalah tangan kebas.
  6. Sebarang kecederaan pada tulang belakang. Kecederaan serius pada tulang belakang bukan sahaja akan membawa kepada masalah tangan kebas malah kaki dan tempat lain juga boleh turut berasa kebas dalam situasi ini.
  7. ‘Ganglion cyst’. Ini merupakan sebuah ketulan kecil yang selalunya timbul pada pergelangan tangan. Ketulan ini kadang kala akan memberikan tekanan kepada saraf berhampiran sehingga menjadikan tangan kebas.
  8. Kencing manis. Masalah ini memang boleh mendatangkan kebas bukan sahaja pada bahagian kaki malah tangan juga boleh turut terlibat. Ia akan mula pada kaki dan perlahan-lahan naik sehingga ke tangan.
  9. Strok. Masalah strok ini juga boleh menyebabkan tangan menjadi kebas. Hal ini kerana sebarang kecederaan yang dialami oleh otak boleh membawa kepada masalah kebas pada tangan sebagai kesan sampingan.
  10. Penyakit jenis ‘auto immune’. Penyakit ‘auto immune’ seperti ‘Guillain Barre Syndrome’, SLE dan ‘Rheumatoid arthritis juga boleh menyumbang kepada masalah tangan kebas.
  11. Toksin. Toksin seperti plumbum, merkuri, arsenik dan banyak lagi jika memasuki tubuh badan kita oleh mendatangkan kesan sampingan seperti tangan kebas dan juga impak yang lebih serius yang dapat mengundang maut.

Apakah gejala tangan kebas?

Gejala yang berikutan masalah tangan kebas ini tidak banyak dan selalunya tangan kebas merupakan kesan sampingan daripada penyakit besar yang lain. Tangan kebas ini tidak hanya wujud dengan sendirinya. Antara gejala tangan kebas ialah seperti:

  • Kebas yang dirasa pada tangan berikutan sakit
  • Kebas pada tangan merebak ke tempat lain seperti lengan dan bahu
  • Kebas sampai tidak dapat menggerakkan jari atau tangan
  • Kebas sehingga hilang deria rasa
  • Pening kepala
  • Demam
  • Loya
  • Muntah

Individu terbabit haruslah mengambil tahu gejala seperti di atas atau lain-lain masalah yang berlaku beriringan tangan kebas ini. Hal ini akan membantu para doktor mengenal pasti masalah yang menyebabkan tangan kebas ini.

Apakah penyiasatan yang dilakukan untuk tangan kebas?

Penyiasatan yang dilakukan untuk masalah tangan kebas selalunya ialah untuk memastikan kebas yang berlaku disebabkan oleh saraf otak atau saraf peripheri. Antara rawatan yang akan dilakukan ialah seperti:

  • Sampel darah. Ini akan dapat memberitahu kita mengenai kadaar gula seseroang itu, serta bahan dalam darah seperti toksin, bahan metabolik, kerosakan pada hati dan sebagainya.
  • Air tulang belakang. Ini akan memberitahu kita jika terdapat sebarang jangkitan ataupun masalah saraf peripheri.

Terdapat juga kaedah imbasan yang boleh dilakukan untuk melihat struktur dalam badan dan otak bagi menemui masalah yang mendatangkan tangan kebas ini:

  • CT
  • MRI

Apakah rawatan tangan kebas?

Seperti yang dinyatakan, tangan kebas selalunya tidak akan wujud dengan sendiri. Ia selalu berlaku beriringan penyakit atau masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, rawatan juga akan berpandukan punca berlakunya tangan kebas. Antara rawatan yang dapat diberikan ialah seperti:

  1. Kencing manis. Kawalan gula harus dilakukan untuk memastikan masalah tangan kebas dapat diselesaikan. Jika tidak ianya akan bertamabah teruk dan memudaratkan kesihatan.
  2. Kekurangan vitamin B12. individu terbabit hendaklah mengambil supplemen vitamin untuk memastikan kadar vitamin dalam badan tidak berada di bawah kadar normal.
  3. Strok. Masalah serius seperti ini haruslah mendapat rawatan dan ubatan daripada doktor untuk membantu masalah tanagn kebas dan masalah lain.
  4. Alkohol. Pada alkoholik hendaklah berhenti minum supaya dapat menyelesaikan masalah tangan kebas. Jika tidak, ianya masih akan berlaku dan menyusahkan kita.
  5. Kecederaan pada saraf pada bahagian tangan. Ini haruslah segera dilihat oleh seorang doktor pakar dan dengan seger harus diselesaikan supaya masalah tangan kebas akan sembuh dan tidak membawa kepada masalah lain.
  6. Toksin. Toksin dalam badan yang menyebabkan berlakunya tangan kebas haruslah dikeluarkan daripada aliran darah bagi memastikan tangan kebas dapat dihentikan.
  7. ‘Ganglion cyst’. Masalah seperti ini yang menyebabkan tangan kebas haruslah dikeluarkan dan ini akan mengurangkan tekanan pada saraf dan sekali gus menghilangkan rasa kebas pada tangan.

Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

Apakah itu tangan kebas?

Tangan kebas merupakan sebuah keadaan di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti mencucuk-cucuk. Lokasi kebas ini boleh merebak dari jari tangan ke lengan dan bahu. Ia bergantung kepada tahap betapa seriusnya masalah yang dialami.

Apakah penyebab tangan kebas?

Tangan kebas selalunya disebabkan oleh tekanan fizikal, kecederaan atau irritasi pada saraf di bahagian tangan. Ianya sangat penting untuk mengetahui punca berlakunya masalah tangan kebas ini kerana ia akan dapat membantu dalam proses rawatan. Antara punca berlakunya tangan kebas kanan, kiri atau kedua-duanya ialah seperti:

  1. Minuman alkohol yang diambil secara berlebihan dan tidak terkawal. Golongan alkoholik yang berada dalam tahap yang serius selalunya akan mengadu tangan mereka kerap kebas.
  2. Kecederaan pada ‘brachial plexus’. ‘Brachial plexus’ merupakan sekumpulan saraf untuk fungsi pada bahu, lengan serta tangan kita. Oleh itu, jika kumpulan saraf ini mengalami sebarang kecederaan, ianya akan membawa kepada tangan menjadi kebas.
  3. ‘Carpal tunnel syndrome’. Ini merupakan sebuah masalah umum yang menimpa orang yang kerap menggunakan tangan serta jari mereka tanpa sebarang rehat terutamanya untuk menaip. Kesan sampingannya ialah tangan kebas ketika bekerja. Ini adalah disebabkan oleh tekanan pada saraf ketika tangan berada dalam posisi tertentu.
  4. Kekurangan vitamin B12 dalam badan. Vitamin adalah micronutrisi penting untuk tubuh badan. Kekurangan vitamin khususnya vitamin B12 boleh membawa kepada masalah saraf tubuh badan lalu menyebabkan simptom seperti tangan kebas.
  5. Sebarang kecederaan pada tulang belakang. Kecederaan serius pada tulang belakang bukan sahaja akan membawa kepada masalah tangan kebas malah kaki dan bahagian lain juga turut berasa kebas dalam situasi ini disebabkan saraf tulang belakang merupakan salah satu saraf komunikasi utama.
  6. ‘Ganglion cyst’. Ini merupakan ketulan cecair kecil jenis tidak agresif yang selalunya timbul pada bahagian pergelangan tangan. Ketulan ini kadang kala akan memberikan tekanan kepada saraf berhampiran sehingga menjadikan tangan kebas.
  7. Kencing manis. Masalah ini memang boleh mendatangkan kebas bukan sahaja pada bahagian kaki malah tangan juga boleh turut terlibat. Simptom kebas akan mula pada kaki dan perlahan-lahan naik sehingga ke tangan.
  8. Strok. Masalah strok ini juga boleh menyebabkan tangan menjadi kebas. Hal ini kerana sebarang kecederaan yang dialami oleh otak boleh membawa kepada masalah fungsi saraf pada tangan atau pada bahagian badan sebagai kesan sampingan.
  9. Penyakit jenis ‘auto immune’. Penyakit auto- imunisasi adalah disebabkan oleh sistem imunisasi menyerang sel atau tisu organ dalaman sendiri dan menyebabkan keradangan pada sel atau tisu organ tertentu sahaja seperti saraf. Contohnya, ‘Guillain Barre Syndrome’, SLE dan ‘Rheumatoid arthritis’ yang boleh menyumbang kepada masalah tangan kebas.
  10. Toksin. Toksin seperti plumbum, merkuri, arsenik dan banyak lagi jika memasuki tubuh badan kita oleh mendatangkan kesan sampingan seperti tangan kebas dan juga impak yang lebih serius yang dapat mengundang maut.

Apakah gejala tangan kebas?

Gejala berikutan masalah tangan kebas ini tidak banyak dan selalunya tangan kebas merupakan salah satu kesan sampingan daripada penyakit utama yang lain. Tangan kebas ini tidak wujud dengan sendirinya. Antara gejala tangan kebas ialah seperti:

  • Kebas yang dirasa pada tangan berikutan sakit
  • Kebas pada tangan merebak ke tempat lain seperti lengan dan bahu
  • Kebas sampai tidak dapat menggerakkan jari atau tangan
  • Kebas sehingga hilang deria rasa
  • Pening kepala
  • Demam
  • Loya
  • Muntah

Individu terbabit haruslah mengambil tahu gejala seperti di atas atau lain-lain masalah yang berlaku seiring dengan simptom tangan kebas ini. Hal ini akan membantu para doktor mengenal pasti punca tangan kebas tersebut.

Apakah penyiasatan yang dilakukan untuk tangan kebas?

Para doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal pada sistem saraf. Selain itu, beberapa jenis ujian akan dilakukan untuk memastikan kebas yang berlaku bukan disebabkan oleh saraf otak atau saraf peripheri. Antara ujian tersebut ialah:

  • Sampel darah. ni akan dapat memberitahu kita kadar gula dalam badan pesakit serta sebarang bahan merbahaya dalam darah seperti toksin, bahan metabolik dan sebagainya.
  • Air tulang belakang. Ini akan memberitahu kita jika terdapat sebarang jangkitan pada saraf utama.

Terdapat juga kaedah imbasan yang boleh dilakukan untuk melihat struktur dalam badan dan otak bagi menemui punca masalah tangan kebas ini:

  • CT
  • MRI

Apakah rawatan tangan kebas?

Seperti yang dinyatakan, tangan kebas selalunya tidak akan wujud dengan sendiri. Ia selalu berlaku seiring dengan penyakit atau masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, rawatan juga akan berpandukan punca berlakunya tangan kebas. Antara rawatan yang dapat diberikan ialah seperti:

  1. Kawalan gula Kawalan gula harus dilakukan untuk memastikan masalah tangan kebas dapat diselesaikan. Jika tidak ianya akan bertamabah teruk dan memudaratkan kesihatan.
  2. Kekurangan vitamin B12. individu terbabit hendaklah mengambil supplemen vitamin untuk memastikan kadar vitamin dan micronutrisi lain dalam badan tidak berada di bawah kadar normal.
  3. Strok. Masalah serius seperti ini haruslah mendapat rawatan daripada doktor dengan segera bagi mencegah pelbagai komplikasi lain.
  4. Menghentikan pengambilan alkohol. Penagih alkohol hendaklah mengambil langkah untuk berhenti minum supaya dapat mengelak masalah daripada menjadi semakin serius.
  5. Kecederaan pada saraf pada bahagian tangan. Sebarang kecederaan haruslah segera dilihat oleh seorang doktor pakar supaya masalah tangan kebas akan sembuh dan tidak membawa kepada masalah lain.
  6. Toksin. oksin dalam badan yang menyebabkan berlakunya tangan kebas haruslah dikeluarkan daripada aliran darah bagi memastikan masalah tangan kebas dapat diatasi.
  7. ‘Ganglion cyst’. ‘Ganglion cyst’ yang menyebabkan tangan kebas disebabkan oleh tekanan pada saraf harus dikeluarkan melalui pembedahan kecil. Prosedur pesakit luar tersebut hanyalah mengambil masa yang singkat berdasarkan size dan lokasi ketulan cecair kecil tersebut. Proses pemulihan juga tidak memerlukan masa yang panjang atau kaedah yang rumit.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

References