Dikemaskini pada: Jun 22, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berusia 67 tahun. Saya sudah pun bersara dan isteri saya berusia 62 tahun. Beliau seorang suri rumah sahaja dan sentiasa menjaga saya di rumah. Kami mempunyai 3 orang anak yang sudah besar dan menjalani kehidupan masing-masing.
Sejak kebelakangan ini, saya mempunyai masalah sesak nafas. Masalah ini awalnya sedikit sahaja dan saya abaikannya tetapi lama kelamaan masalah ini lebih menjadi-jadi. Sekarang apabila saya berjalan ke bilik air pun saya sudah mengalami sesak nafas yang kritikal. Tambahan pula, saya juga mula mengalami sakit dada. Sakit dada tersebut dirasa di bahagian tengah dada saya. Sakit ini selalunya datang apabila saya sedang melakukan kerja seperti mengangkat barang atau pun berjalan merintangi angin. Kadang kala sakit dada yang datang terlampau sakit sehingga saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya juga pernah sekali ingat bahawa saya akan mati kerana sakit tersebut.
Selain itu, saya juga selalu suka makan makanan yang berkolesterol tinggi. Ini memang sudah dinasihatkan oleh anak-anak saya agar berhenti tetapi saya tidak boleh melakukannya. Saya memang gemar makan ayam goreng sambil menonton televisyen. Kemungkinan ini telah menjadi punca saya mendapat sakit dada seperti ini. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya punca berlakunya sakit dada ini dan cara menyembuhkannya dengan cepat? Mungkinkah ia sakit jantung?
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang encik ceritakan, saya mendapati encik mempunyai risiko tinggi menghadapi sakit jantung (Heart Attack).Sakit dada yang dialami encik ini dipanggil sebagai angina.
Sakit jantung ini boleh berpunca daripada pelbagai sebab tetapi dalam kes encik, mungkin encik mendapat serangan ini disebabkan oleh kolesterol yang tinggi.
Hal ini kerana kolesterol yang tinggi dalam badan akan menyebabkan ‘atherosclerosis’ di mana kolesterol yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah menjadi tebal dan perlahan-lahan menyekat aliran darah.
Jika ini berlaku pada saluran darah di jantung akan mengakibatkan sakit jantung.
Sakit jantung merupakan satu penyakit yang sangat kronik serta kritikal yang boleh mengundang maut jika tidak mendapat rawatan dengan segera. Berdasarkan statistik, sakit jantung merupakan punca nombor 2 kematian dalam kalangan masyarakat. Ianya merupakan sebuah langkah yang baik untuk mengenal pasti penyebab sakit jantung ini supaya dapat memudahkan kita nanti. Serangan sakit jantung ini juga dikenali sebagai ‘Acute Coronoary Syndrome (ACS)’.
Acute Coronary Syndrome (ACS)
ACS ini pula terbahagi kepada tiga jenis di bawahnya iaitu:
Artherosclerosis
Punca utama berlakunya masalah ini ialah sebuah keadaan yang dinamakan ‘atherosclerosis’. ‘Atherosclerosis’ ini merupakan sebuah fenomena di mana saluran darah akan menjadi tebal disebabkan oleh pengumpulan kolesterol secara berlebihan pada bahagian tersebut. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan tekanan aliran darah meningkat untuk mengatasi halangan tersebut justeru membawa kepada serangan sakit jantung ini.
Aneurisma
Selain daripada itu, terdapat sebuah keadaan yang dipanggil sebagai anuerisma. Keadaan ini terjadi apabila saluran darah menjadi lemah dan apabila darah melaluinya dengan tekanan yang agak tinggi maka ia akan membawa kepada retakan saluran darah. Keadaan ini jika berlaku pada saluran darah koronari sangat berbahaya dan hal ini sekali gus akan membawa kepada fenomena serangan sakit jantung tersebut.
Seperti yang kita ketahui, sakit jantung ini sesuatu yang sangat membahayakan dan harus dirawat dengan segera. Namun demikian terdapat beberapa tanda yang boleh memberikan sedikit tunjuk ajar kepada kita mengenai gejala sakit jantung ini. Gejala sakit jantung adalah seperti berikut:
Kesemua gejala ini merupakan tanda bahawa serangan sakit jantung telah terjadi dan dengan segera perlu berjumpa dengan seorang doktor pakar jantung supaya dapat dirawat.
Rawatan pembedahan
Antara pembedahan yang dilakukan ialah seperti:
Seterusnya, pesakit yang mengalami masalah sakit jantung ini juga harus mengubah suai gaya hidup mereka. Hal ini kerana mereka harus berusaha ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang boleh diikuti untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini.
Secara kesimpulannya, saya berpendapat encik haruslah kurangkan makanan berkolesterol.Encik juga haruslah mengamalkan gaya hidup sihat dengan banyakkan makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Selain itu juga, encik haruslah sentiasa melakukan senaman ringan bagi menguatkan otot jantung supaya darah akan berjalan lancar dalam tubuh badan. Encik juga haruslah berjumpa dengan seorang doktor pakar jantung untuk lawatan lanjut. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di lamanwww.doctoroncall.com.my
Rujukan
Soalan berkenaan - penyakit kencing manis, penyakit tidak berjangkit, gejala penyakit jantung koroner, cara mengatasi penyakit jantung
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my