Dikemaskini pada: Jun 11, 2020
Salam doktor. Saya berumur 55 tahun, pesara tentera, sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai gejala-gejala yang saya hadapi sejak sebulan yang lepas . Saya ada perasan 1 benjolan di celah kelengkang bahagian kiri berdekatan tulang kemaluan saya. Benjolan tersebut agak besar berbentuk seperti bola pingpong dengan saiz lebih kurang 5 cm. Selain itu, saya juga berasa sakit di kawasan benjolan tersebut setiap kali saya melakukan senaman atau mengangkat sesuatu yang sangat berat. Saya juga mendapati bahawa benjolan itu akan hilang setiap kali saya menolaknya ke dalam semula, tetapi ia akan muncul kembali terutamanya selepas saya batuk berterusan atau bersin dengan kuat. Jadi, apakah penyebab atau punca bagi gejala yang saya hadapi ini? Mungkinkah ia penyakit angin pasang atau adakah ia sesuatu yang sangat serius? Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk menghilangkan benjolan ini?
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan besar penyebab atau punca bagi masalah yang anda hadapi ini adalah kerana penyakit angin pasang (Hernia). Ia berlaku apabila organ menolak pada pembukaan pada otot atau tisu pada dinding abdomen.Hernia sering terjadi di bahagian berdekatan tulang kemaluan, tetapi ia juga boleh terjadi di abdomen,bahagian atas paha dan pusat. Kebanyakan hernia tidak begitu serius hingga boleh mengancam nyawa, tetapi ia tidak boleh sembuh dengan sendirinya. Kadang-kala hernia memerlukan pembedahan untuk mencegah komplikasi yang merbahaya.
Hernia berlaku apabila terdapat kelonggaran atau lubang di bahagian peritoneum, dinding otot yang biasanya memastikan organ dalaman berada pada tempatnya. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan organ-organ dan tisu tertolak ke dalam bahagian lain,seterusnya menghasilkan kebengkakan atau bonjolan.
Benjolan itu mungkin hilang apabila seseorang itu baring, dan kadang-kala ia boleh ditolak semula. Batuk boleh menyebabkan benjolan itu muncul kembali
Hernia disebabkan oleh gabungan kelemahan otot dan ketegangan. Bergantung kepada sebabnya, hernia boleh terbentuk dengan cepat atau memerlukan masa yang lebih lama.
Penyebab atau punca bagi kelemahan otot termasuklah:
Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan hernia, terutamanya jika otot-otot anda sudah lemah, termasuklah:
Gejala yang paling biasa terjadi bagi hernia adalah bengkak atau benjolan di kawasan yang terjejas. Bagi kes hernia “inguinal”, anda mungkin dapat melihat benjolan di bahagian sisi kanan atau kiri pada tulang kemaluan di mana paha dan kawasan kemaluan bertemu.
Anda lebih senang untuk merasa hernia tersebut apabila anda berdiri, membongkok, atau batuk.
Sekiranya bayi anda mempunyai hernia, anda mungkin hanya boleh merasai benjolan tersebut apabila dia menangis.
Gejala-gejala yang lain dalam hernia “inguinal” termasuklah:
Gejala lain bagi hernia “hiatal”(hernia di bahagian hujung esofagus berdekatan dengan perut) termasuklah:
Bagi sesetengah kes, hernia tidak mempunyai sebarang gejala. Anda mungkin tidak tahu yang anda mempunyai hernia melainkan ia muncul semasa pemeriksaan fizikal atau pemeriksaan kesihatan untuk masalah yang tidak berkaitan.
Sama ada perlu atau tidak untuk menjalani rawatan bergantung kepada saiz hernia anda dan keparahan gejala yang dialami. Doktor mungkin akan memantau hernia anda untuk sebarang komplikasi yang mungkin muncul. Pilihan rawatan bagi hernia termasuklah perubahan gaya hidup, ubat, ubat-ubatan atau pembedahan.
A) Perubahan gaya hidup
B) Ubat-ubatan
Jika anda mengalami hernia “hiatal”, ubat-ubatan yang mengurangkan asid perut boleh melegakan rasa tidak selesa dan mengurangkan gejala yang ada. Ini termasuklah antacid, “H-2 receptor blocker”, dan “proton pump inhibitors”.
C) Pembedahan
Di samping itu, tidak semua hernia sesuai untuk pembedahan laparoskopi. Ini termasuklah hernia di mana sebahagian daripada usus telah bergerak ke dalam skrotum.Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - punca hernia, gejala hernia, rawatan hernia
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my