Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah- Hipotensi

Hipotensi - Gejala, Penyebab & Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah - DoctorOncall
Anonymous

Selamat sejahtera doktor. Saya seorang lelaki yang berumur 55 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya mengalami gejala seperti pening kepala hampir setiap kali saya bangun daripada tidur. Kadangkala, gejala ini menjadi teruk kerana penglihatan saya menjadi kabur seperti hendak pitam dan saya juga berasa loya. Saya baru berjumpa dengan doktor 3 bulan yang lepas kerana masalah tekanan darah tinggi yang saya hadapi sejak 5 tahun yang lalu. Doktor juga telah menukar ubat tekanan darah tinggi saya kepada yang lain kerana ubat yang saya ambil selama ini tidak merawat masalah darah tinggi saya dengan baik. Bolehkah doktor terangkan apakah yang menyebabkan gejala yang saya alami ini? Adakah ia berbahaya?

Anonymous
Selamat sejahtera doktor. Saya seorang lelaki yang berumur 55 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya mengalami gejala se... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih kerana mengajukan soalan tersebut kepada pihak kami. Berdasarkan gejala-gejala yang anda hadapi, terdapat pelbagai kondisi yang boleh menyebabkan masalah tersebut. Antaranya:

  • Masalah hipotensi ortostatik
  • Kurang kandungan gula dalam darah 
  • Strok

Walaubagaimanapun, berdasarkan keterangan tentang penyakit darah tinggi yang anda hadapi berserta preskripsi ubat hipertensi yang baru sahaja ditukar, punca gejala yang anda hadapi adalah menjurus kepada tekanan darah rendah ortostatik. Namun, pemeriksaan yang lebih teliti adalah diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar gejala yang anda hadapi dan mengecualikan senarai punca di atas. 


Terima kasih kerana mengajukan soalan tersebut kepada pihak kami. Berdasarkan gejala-gejala yang anda hadapi, terdapa... See More

Apakah Hipotensi/Tekanan Darah Rendah?

Hipotensi atau turut dikenali sebagai tekanan darah rendah adalah masalah tekanan darah yang memberi bacaan kurang daripada 90/60. Dalam mengenal pasti bacaan tekanan darah rendah seseorang pesakit, terdapat dua bacaan yang ditiitkberatkan iaitu bacaan sistolik dan juga bacaan diastolik. Bacaan sistolik adalah bacaan tekanan darah pada salur arteri ketika jantung sedang mengecut, manakala bacaan diastolik adalah bacaan tekanan darah pada salur arteri ketika relaksasi jantung. 

Apakah Gejala Hipotensi/ Tekanan Darah Rendah?

Tekanan darah rendah jarang memberi sebarang gejala. Walaubagaimanapun, jika ia teruk sehingga menyebabkan gejala, ia boleh menyebabkan gejala seperti pening kepala, loya atau mual, badan menjadi letih, pitam, jantung berdebar kencang, hilang keseimbangan, muka menjadi pucat serta kedinginan, sesak nafas dan penglihatan menjadi kabur.

Apakah Penyebab Hipotensi/Tekanan Darah Rendah?

Tekanan darah rendah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira lapisan umur. Jika ia berlaku kepada pesakit yang berusia, hal ini perlu dititikberatkan bagi mengecualikan sebab-sebab tekanan darah rendah yang membimbangkan dan berisiko tinggi seperti masalah jantung dan sebagainya. 

  • Usia

 Risiko penyakit ini kebiasaannya meningkat selaras dengan usia. Hal ini disebabkan kekurangan sensitiviti baroreceptor iaitu sistem kawalan tekanan darah dalam salur arteri apabila usia meningkat. Dalam tubuh badan yang sihat, jika badan menghadapi kekurangan tekanan darah, sistem kawalan tekanan darah akan mengenal pasti tekanan darah tersebut dengan serta merta dan menyebabkan tindak balas yang akan menyelaraskan tekanan darah kembali kepada normal. Namun, semakin meningkat usia, sensitiviti sistem ini semakin merudum sehingga menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.

  • Kegagalan sistem autonomik

Sistem autonomik adalah sistem yang mengawal tekanan darah dalam tubuh badan manusia. Dalam kalangan pesakit sistem autonomik yang telah gagal, penyakit ini berlaku kerana kegagalan tindak balas yang menyumbang kepada peningkatan tekanan darah kepada normal seperti kegagalan pengecutan salur arteri, kegagalan peningkatan kandungan darah dalam salur arteri dan sebagainya. 

Bagi mengenal pasti kegagalan fungsi sistem autonomik, kadar denyutan jantung kebiasaannya dijadikan penanda aras. Sebagai contoh, jika fungsi sistem autonomik masih lagi baik, kadar denyutan jantung akan meningkat sebagai respon terhadap tekanan darah yang rendah. Namun, hal ini berlaku sebaliknya kepada pesakit yang mengalami kegagalan sistem autonomik.  

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kegagalan sistem autonomik. Antaranya:

  1. Masalah kerosakan saraf otak secara progresif (Neurodegenerative disease) seperti Parkinson, Dementia jenis Lewy Body, Sindrom Shy-Drager.
  2. Masalah kerosakan saraf periferi iaitu cabang saraf ditubuh badan (Peripheral neuropathy) disebabkan penyakit kronik seperti kencing manis, kekurangan vitamin B12, Sindrom Guillain Barre.
  • Kekurangan air dalam badan

Kandungan cecair yang mencukupi dalam badan boleh menyumbang kepada tekanan darah yang optimum. Masalah kekurangan cecair boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti muntah yang berlebihan, pendarahan kerana kecederaan, kadar kandungan gula yang tinggi dalam darah dan rawatan darah tinggi seperti diuretik yang bertindak untuk menambah aliran kencing. Masalah kekurangan cecair dalam saluran darah secara kronik juga boleh disebabkan kegagalan sistem autonomik kerana kegagalan tindak balas buah pinggang mengekalkan cecair badan. 

  • Ubat-ubatan 

Hipotensi merupakan kesan sampingan yang lazim berlaku melalui ubat-ubatan. Kebanyakan ubat-ubatan boleh menyumbang atau meningkatkan keterukan gejala tekanan darah rendah dengan vasodilasi iaitu menambahkan diameter salur darah khususnya arteri, mengganggu sistem autonomik dan mengurangkan kandungan cecair dalam badan. Antara ubat-ubatan yang boleh menyumbang kepada penyakit ini adalah alkohol, antidepresif, rawatan antihipertensif seperti penghalang alfa, penghalang beta, diuretik dan sebagainya. 

  • Lain-lain

Kegagalan fungsi pam jantung boleh menyebabkan kekurangan darah mengalir ke dalam saluran arteri sehingga menyebabkan masalah hipotensi. Selain itu, masalah kekurangan fungsi adrenal juga boleh menyumbang kepada kondisi tersebut kerana kekurangan hormon seperti adrenalin yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tekanan darah. Sesetengah pesakit yang mengalami masalah varikos vena juga mengalami gejala kondisi tersebut kerana darah yang bertakung pada vena tersebut. 

Apakah Langkah-Langkah Pencegahan Hipotensi?

Jika seseorang itu memiliki risiko gejala hipotensi, dia dinasihatkan untuk mengamalkan perkara berikut: 

  • Kurangkan minuman beralkohol
  • Mengambil masa untuk bangun daripada posisi tidur bagi mengelakkan risiko hipotensi postural
  • Posisi tidur yang betul iaitu ketinggian kepala melebihi daripada badan
  • Mengamalkan pemakanan yang kurang karbohidrat serta memiliki ukuran catuan yang kecil bagi mencegah penurunan tekanan darah dengan mendadak. 

Apakah Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah?

Lazimnya, tekanan darah rendah tidak memberi sebarang gejala. Namun, jika pesakit mengalami gejala, rawatan perubatan kemungkinan diperlukan bagi mengatasi masalah tersebut. Terdapat pelbagai cara untuk menangani kondisi ini. Cara untuk mengatasi hipotensi boleh dibahagi secara konservatif dan rawatan perubatan. 

Setelah disahkan menghidap hipotensi, pesakit akan dinasihatkan untuk melakukan perkara berikut:

  • Meningkatkan pengambilan garam dalam makanan 

Garam yang berlebihan boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi. Walaubagaimanapun, dalam kalangan pesakit darah rendah makanan untuk hipotensi seperti meningkatkan kandungan garam boleh membantu memberi tahap tekanan darah yang optimum. 

  • Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan 

Selain daripada makanan hipotensi, kadar air yang mencukupi akan meningkatkan kandungan darah serta mengelakkan dehidrasi. 

  • Memakai stoking elastik

Jika punca hipotensi ini disebabkan oleh masalah vena varikos iaitu vena kaki yang timbul dan berpintal, pemakaian stoking tersebut boleh mengatasi masalah tersebut. 

  • Rawatan perubatan 

Ubat seperti Fludrocortisone boleh digunakan untuk merawat tekanan darah rendah yang memerlukan rawatan. Ubat ini berfungsi untuk meningkatkan kandungan darah dalam salur darah dan secara tidak lansung meningkatkan tekanan darah. 

Ubat Midrodrine juga berfungsi untuk meningkatkan tekanan darah kerana berfungsi untuk mengawal kebolehan salur darah untuk mengembang serta mempengaruhi tekanan darah. 

Apakah Komplikasi Tekanan Darah Rendah?

Kondisi ini menyumbang kepada gejala yang boleh meningkatkan risiko kecederaan akibat jatuh. Jika pesakit kerap terjatuh, hal ini meningkatkan risiko trauma di badan dan kepala. Hal ini lebih membimbangkan jika pesakit adalah seorang yang berusia dan lemah kerana golongan pesakit ini mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh. Masalah ini juga boleh menyumbang kepada masalah kognitif kerana kekurangan darah yang memberi aliran oksigen bagi organ otak untuk berfungsi dengan baik.

References