Rawatan jantung berlubang bergantung kepada beberapa faktor iaitu jenis, saiz dan lokasi jantung berlubang. Doktor perlu juga mengambil kira status kesihatan anak anda, umur dan saiz badan. Ini memerlukan nasihat dari doktor pakar kanak-kanak dan pakar bedah.
“Catheter procedure”
Ini merupakan rawatan di mana lubang tersebut akan ditutup dengan sebuah alat. Alat ini akan dimasukkan mengguna teknik “catheter” di mana sebuah dawai dimasukkan melalui saluran darah.
Dawai ini akan melalui saluran darah sehinggalah ke jantung. Di penghujung dawai ini terdapat sebuah alat yang berfungsi sebagai penutup di mana lubang tersebut akan ditutup. Apabila lubang ini tutup, tisu jantung akan tumbuh di bahagian tersebut untuk menutup lubang.
Pembedahan
Semasa pembedahan, sebuah mesin akan mengambil alih fungsi jantung untuk mengepam darah semasa doktor bedah menutup lubang tersebut. Sebelum pembedahan dilakukan, doktor akan memastikan bayi dapat menangani tekanan pembedahan.
Antara cara memastikan perkara ini adalah dengan memberi makanan dan khasiat yang cukup kepada bayi supaya membesar.
Sebagai kesimpulan, jantung berlubang adalah penyakit yang melibatkan ‘septum’ iaitu dinding pemisah antara jantung belah kiri dan kanan. Rawatan bergantung kepada jenis dan saiz lubang tersebut. Kondisi ini memerlukan pemantauan rapi oleh doktor pakar kanak-kanak. Anda juga boleh bercakap dengan doktor di
www.doctoroncall.com.my untuk nasihat umum.