Dikemaskini pada: Jun 10, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang peniaga yang berumur 58 tahun. Saya mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan gout. Sejak 2 bulan yang lalu, berat badan saya semakin meningkat walaupun diet saya adalah seperti biasa dan saya kerap bersenam. Saya juga mengalami tanda-tanda seperti keletihan yang berlebihan, masalah sembelit, dan perubahan emosi. Saya juga perasan bahawa saya tidak dapat bertahan lama dalam keadaan sejuk.
Oleh itu, saya telah berjumpa dengan doktor dan menjalani ujian darah untuk mengenalpasti masalah saya. Beliau mengatakan bahawa saya mempunyai penyakit hipotiroid dan telah memberikan sejenis ubat sebagai rawatan. Walaupun sudah satu bulan sejak saya mengambil ubat tersebut namun gejala saya masih berlarutan dan bertambah buruk. Saya ingin bertanya mengapakah saya sedang mengalami masalah sebegini walaupun saya sedang menjalani rawatan?
Terima kasih atas soalan anda. Hipotiroid (Hypothroidism) adalah istilah yang digunakan apabila kelenjar tiroid anda kurang aktif dan tidak menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya. Walaupun anda sedang mengambil ubat untuk keadaan ini dan masih mengalami gejala tersebut, ia bermakna dos yang diberikan oleh doktor mungkin tidak cukup dan perlu diselaraskan semula untuk keadaan anda. Oleh itu, anda harus berjumpa dengan doktor untuk menambah dos ubat untuk kawalan gejala yang lebih efektif.
Hipotiroid primer disebabkan oleh masalah dengan kelenjar tiroid itu sendiri. Hipotiroid sekunder berlaku apabila masalah lain mengganggu keupayaan kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormon tiroid. Sebagai contoh, masalah kepada kelenjar pituitari atau hipotalamus yang menjejaskan fungsi tiroid secara keseluruhan. Masalah dengan salah satu kelenjar ini boleh menyebabkan kelenjar tiroid anda kurang aktif. Kadangkala, kelenjar tiroid yang tidak aktif yang disebabkan oleh masalah dengan hipotalamus.
Penyebab utama hipotiroid adalah
Kebanyakan orang akan mengalami gejala hipotiroid secara beransur-ansur untuk jangka masa panjang. Anda perlu menjalani ujian darah untuk menentukan tahap hormon tiroid dan rawatan bagi keseriusan gejala hipotiroid.
Tanda-tanda dan gejala hipotiroid berbeza antara individu berdasarkan tahap tiroid dalam badan. Antara gejala hipotiroid adalah termasuk:
Sekiranya gejala yang anda alami menjadi semakin teruk atau tidak terkawal, anda harus berjumpa doktor dengan segera dan menjalani ujian darah untuk menentukan tahap hormon tiroid dalam badan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - penyebab hipotiroid, tanda hipotiroid, rawatan hipotiroid
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my