Cacing Pita Hidup Dalam Tubuh Manusia? Adakah Infeksi Parasit Ini Berbahaya?

Cara Kenali Cacing Pita, Rawatan Dan Pencegahan Infeksi Dalam Tubuh Manusia
Anonymous

Selamat petang doktor, saya seorang remaja lelaki yang berumur 18 tahun. Kebelakangan saya mengalami gejala yang tidak pernah saya hadapi sebelum ini. Saya perasan pakaian saya telah menjadi longgar dan berat badan saya telah turun mendadak sehingga 10kg dalam masa 2 bulan. Saya memang tiada pelan untuk mengurangkan berat badan. Kadang kala, saya juga sering berasa sakit perut, muntah dan cirit-birit terutamanya selepas makan. Saya amat runsing kerana ia sudah berterusan selama 3 bulan dan tidak bertambah baik. Saya sudah Google tentang gejala saya dan ianya menunjukkan saya mungkin menghidapi kanser atau cacing dalam usus. Adakah tabiat saya yang suka makan daging masak ""rare"" menyebabkan penyakit ini? Saya amat stres, tolong saya doktor!

Anonymous
Selamat petang doktor, saya seorang remaja lelaki yang berumur 18 tahun. Kebelakangan saya mengalami gejala yang tida... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Selamat petang dan terima kasih soalan yang diajukan. Saya amat memahami kebimbangan yang anda hadapi ini kerana gejala-gejala ini amat membataskan kehidupan seharian. Berdasarkan keterangan anda, saya boleh memberikan beberapa diagnosa yang mungkin berlaku pada anda:

  • Irritable Bowel Syndrome (Sindrom Rengsa Usus)
  • Coeliac Disease (Alergi pada “gluten”)
  • Malabsorption (Masalah penyerapan nutrien)
  • Jangkitan cacing dalam usus
  • Kanser usus (Sangat jarang dalam golongan muda seperti anda)

Tabiat anda yang suka makan daging yang tidak dimasak dengan sepenuhnya mungkin meningkatkan risiko untuk menghidapi infeksi cacing, terutamanya cacing pita yang boleh didapati dalam daging lembu atau khinzir. Namun, pemeriksaan yang lebih terperinci dan pengimejan harus dilaksanakan untuk menentukan masalahnya sebelum membuat keputusan dari segi rawatan.

Sekiranya gejala anda alami masih tidak bertambah baik, anda haruslah mengunjungi ke klinik-klinik yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci. Anda juga boleh mengunjungi laman web kami https://www.doctoroncall.com.my/ untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor kami melalui forum, live chat, sesi audio atau video. 

Selamat petang dan terima kasih soalan yang diajukan. Saya amat memahami kebimbangan yang anda hadapi ini kerana geja... See More

Apa Itu Cacing Pita?

Pernahkah anda tengok video tentang jangkitan cacing yang serius dalam manusia dimana doktor terpaksa membedah untuk mengeluarkan cacing yang tersumbat dalam usus pesakit tersebut? Betapa dahsyatnya kesan cacing pita pada manusia! Cacing pita ini merupakan cacing parasit dalam kelas Cestoda dan mempunyai lebih seribu spesis telah dikenalpasti yang boleh menjangkiti haiwan-haiwan yang lain. Spesis cacing pita yang boleh berjangkit manusia ialah cacing pita sapi (Taenia Saginata) dan cacing pita babi (Taenia Solium), biasanya melalui pemakanan daging mentah yang telah dicemarkan. Panjang cacing-cacing ini boleh mencapai 25 meter dan jangka hayat cacing ini boleh mencecah 30 tahun dalam tubuh badan manusia. Habitat cacing pita dalam tubuh manusia adalah sistem pencernaan dimana mereka mampu bercangkuk pada dinding usus dan bertelur. Dalam kes yang lebih teruk, cacing ini boleh merebak ke seluruh badan atau menjangkiti individu yang berdekatan dengan pesakit itu.

Bagaimana Untuk Mengenali Tanda-Tanda Infeksi Cacing Pita?

Ciri-ciri cacing pita adalah seperti panjang, rata dan mempunyai kepala (Scolex), leher dan badan yang bersegmen (Stobila dengan Proglottids). Seseorang yang dijangkiti cacing pita ini seringkali tidak akan mengalami sebarang gejala. Ianya mengambil masa untuk menunjukkan tanda-tanda selepas cacing ini telah menggandakan jumlahnya atau membesar dalam saiznya. Mereka akan menyerap kebanyakan nutrien daripada makanan seharian yang dimakan oleh manusia. Hal ini akan menyebabkan gejala seperti: 

  • Perasaan mual
  • Sakit perut
  • Kehilangan nafsu makan
  • Penurunan berat badan dengan drastik dalam tempoh masa yang pendek
  • Cirit-birit (Kadang kala cacing atau telur cacing boleh dilihat dalam tahi)
  • Buang air besar berdarah 
  • Perasaan lemas
  • Cepat berasa penat

Apa Komplikasi Yang Dibawa Oleh Infeksi Cacing Pita?

Bahaya cacing pita ini akan ditonjolkan semasa ia mulai merebak ke tempat lain selain daripada sistem pencernaan. Komplikasinya lebih serius semasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak, orang tua atau individu yang mempunyai sistem imun yang lemah. Komplikasinya adalah seperti:

  1. Pembentukan kista cacing
  2. Dalam sesetengah kes, cacing akan menembusi dinding usus dan bergerak ke otot-otot berhampiran selepas telur cacing menetas. Ianya juga boleh merebak ke mana-mana organ seperti otak atau mata dan membentuk kista yang mengandungi larva. Kondisi ini dikenali sebagai Cysticercosis. 

  3. Alahan
  4. Reaksi alahan ini akan berlaku semasa kista yang dibentuk pecah dan larva cacing terlepas ke dalam saluran darah. Ini akan mencetuskan sistem imun untuk menghasilkan bahan imun yang akan menyebabkan gejala seperti kegatalan kulit, bengkak badan atau sesak nafas. Bahan imun ini sebenarnya adalah berperanan untuk membasmi larva dalam saluran darah tetapi ianya turut memberikan kesan negatif terhadap pesakit ini. 

  5. Gangguan sistem saraf dalam otak
  6. Jika kista terbentuk dalam otak, ianya dikenali sebagai Neurocysticercosis dan ini merupakan komplikasi yang berbahaya. Kista ini akan memberi tekanan pada otak dan mencederakan otak yang turut mendatangkan gejala seperti:

    • Sakit kepala
    • Sawan
    • Gangguan penglihatan
    • Keradangan otak dan struktur di sekitar
    • Strok 
    • Kekeliruan
    • Koma
  7. Kegagalan organ
  8. Cysticersosis ini juga boleh terjadi di organ yang lain seperti jantung. Seseorang dengan kista cacing dalam jantungnya akan mengalami masalah ritma jantung yang tidak teratur. Ketidakaturan ini turut boleh mengurangkan aliran darah ke seluruh badan dan akhirnya menyebabkan kegagalan jantung jika tidak dirawat pada peringkat awal.

Bagaimana Anda Boleh Merawat Dan Mencegah Infeksi Cacing Pita?

Selepas mengetahui betapa menakutkan kesan negatif yang boleh ditimbulkan oleh cacing ini, mesti anda tertanya-tanya tentang cara nak tahu cacing dalam perut! Untuk mendiagnosa penyakit ini, anda memerlukan pemeriksaan fizikal yang terperinci daripada doktor. Doktor akan meninjau kawasan dubur pesakit kerana seringkali telur, larva atau cacing boleh dilihat pada kawasan tersebut. Jika doktor menjumpai objek-objek yang disyaki daripada cacing, mereka akan mengambil sampel dan seterusnya menjalankan analisis untuk memastikan jenis cacing yang menyebabkan infeksi ini. Selain itu, ujian darah dan ujian imbasan seperti ultrasound juga boleh menunjukkan tanda-tanda infeksi cacing. 

Apakah cara membunuh cacing pita? Dalam dunia perubatan, terdapat dua jenis ubat cacing yang selalunya diberi oleh pesakit iaitu, Praziquantel dan Albendazole. Pesakit harus mengambil ubat ini dengan dos yang betul dan nasihat doktor supaya tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Bagi pesakit yang mendapat komplikasi seperti Cysticercosis atau Neurocysticercosis, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang kista-kista cacing yang terbentuk sebelum mencetuskan sebarang komplikasi. 

Mencegah lebih baik daripada merawat. Cara pencegahan jangkitan ini amat senang untuk diamalkan dalam kehidupan seharian dan ianya dapat mengurangkan risiko jangkitan cacing pita dengan berkesan. Cara pencegahan termasuklah:

  • Membeli daging yang dijamin kebersihan dan kualitinya. 
  • Bersihkan daging dengan garam dan membekukan daging tersebut sebelum dimasak.
  • Memasak daging dengan suhu yang panas (melebihi 70 degree celcius) sampai ianya menjadi matang. 
  • Menjaga kebersihan diri dengan selalu mencuci tangan atau membersihkan badan selepas bermain di tempat berlumpur.

References