Dikemaskini pada: Jun 2, 2020
Selamat sejahtera doktor, saya seorang ibu yang sedang dalam kerisauan. Anak saya, Adam yang berumur 4 tahun sedang mengalami penyakit kulit yang menyakitkan. Masalah ini berlaku seminggu yang lalu, kaki dia tercalar selepas jatuh ketika bermain. Dia asyik menggaru luka itu dan selepas beberapa hari, luka itu menjadi lebih besar dan mulai bernanah. Luka ini merebak ke tubuh badan dan Adam juga mengalami demam panas. Gejala ini tidak bertambah baik sehingga ke hari ini dan saya sedih melihat anak saya menderita sebegini. Apakah yang sedang berlaku kepada Adam dan bagaimana untuk mengubati masalah ini?
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan. Sebagai seorang ibu, saya amat memahami kebimbangan anda terhadap anak yang sakit ini dan saya akan mencuba sedaya upaya untuk membantu anda. Berdasarkan keterangan anda, kemungkinan anak anda menghidapi jangkitan kulit amatlah tinggi kerana dia mempunyai luka semasa terjatuh dan permukaan lantai itu tidak bersih. Terdapat beberapa jenis penyakit kulit yang boleh terjadi dalam situasi ini, antaranya:
Kemungkinan msalah kudis api ialah tinggi kerana sifatnya yang mudah merebak. Namun, saya perlu melihat dan memeriksa luka-luka yang merebak itu supaya saya boleh mengenalpasti diagnosa kerana penyakit-penyakit ini mempunyai sifat luka yang berlainan.
Kudis api merupakan penyakit kulit yang selalunya menjangkiti golongan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai Impetigo dalam bidang perubatan dan ia disebabkan oleh jangkitan kuman yang bernama Staphylococcus Aureus atau Streptococcus Pyogenes. Kudis bernanah ini mudah merebak ke kawasan badan yang lain kerana kanak-kanak yang sering menggaru dan kurang pandai menjaga kebersihan diri. Ramai ibu bapa selalu terkeliru kudis api dan kudis buta, kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh jangkitan yang berlainan!
Jenis kudis boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:
70 peratus kes jangkitan kudis api terdiri daripada jenis ini. Kudis bernanah dan melecetini selalunya berlaku pada kawasan muka, tangan dan kaki kanak-kanak selepas kecederaan yang menghasilkan luka. Dalam bidang perubatan, ianya dikenali sebagai Impetigo Contagiosa yang membawa maksud mudah merebak kepada individu lain atau ke kawasan kulit sekitar.
Luka yang dijumpai dalam jenis ini ialah kudis berair dan ianya selalu dikeliru dengan cacar air atau kayap. Kudis ini boleh timbul tanpa sebarang luka atau trauma pada kulit. Cecair yang terkumpul dalam kudis ini akan semakin mengembung dan akan pecah sekiranya terlalu tegang. Ulser akan terbentuk selepas kudis ini pecah dan meningkatkan risiko jangkitan oleh kuman yang lain. Cecair ini terbentuk kerana toksin kuman Staphylococcus Aureus yang merekah lapisan kulit dan mengeluarkan airnya.
Seperti yang dinyatakan di atas, kudis api ini disebabkan oleh jangkitan kuman. Namun, bagaimanakah kuman-kuman ini menyerang kulit kita? Terdapat beberapa cara bakteria ini boleh menceroboh kulit kita, antaranya:
Terdapat juga beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan jangkitan ini berlaku, iaitu:
Luka badan disebabkan penyakit kulit amat berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh bakteria Staphylococcus Aureus. Bagi individu yang mempunyai sistem imuniti yang lemah seperti pesakit kencing manis, HIV, kanser atau golongan kanak-kanak, mereka adalah lebih cenderung untuk menghidapi penyakit kudis api ini.
Sifat kudis api pada kanak-kanak adalah seperti:
Bagi orang dewasa, ada lagi sejenis impetigo yang lebih serius iaitu dikenali sebagai Ecthyma. Ecthyma menembus lebih dalam ke lapisan kulit dan menyebabkan pengumpulan nanah atau cecair, seterusnya menyebabkan kesakitan yang teramat. Kadang kala, Ecthyma ini boleh bertukar menjadi ulser yang dalam.
Secara umum, Impetigo ini bukan penyakit yang membahayakan. Namun, ada juga peluang yang rendah pesakit ini akan mendapat komplikasi. Komplikasi seperti:
Sekiranya anak anda menghadapi masalah ini, anda harus membawa anak anda untuk berjumpa doktor supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Ibu bapa pasti akan gelisah jika anak berjumpa dengan doktor kerana mereka akan menangis semasa prosedur klinikal. Saya menyeru bahawa ibu bapa supaya tidak merisaukan perkara ini, tindakan anda untuk mendapatkan rawatan adalah betul, anda tidak mahu anak anda menderita dengan lebih lama. Bagi kes yang lebih ringan, krim antibiotik akan dipreskripsikan untuk disapu di kudis, manakala bagi kes yang lebih serius, ubat antibiotik makan adalah penting untuk membunuh kuman yang telah merebak ke seluruh badan. Antibiotik ini berperanan untuk membasmi bakteria supaya kudis boleh sembuh dengan cepat.
Bak kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada merawat”. Ibu bapa perlu lebih peka tentang cara pencegahan penyakit kulit ini. Antaranya ialah:
Untuk diagnosa yang lebih tepat, anda boleh mengunjungi laman web kami https://www.doctoroncall.com.my/ untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor kami melalui forum, live chat, sesi audio atau video supaya doktor boleh melihat luka anak anda dengan lebih teliti.
Rujukan
Soalan berkenaan - contoh kudis api, kudis api di hidung, jenis kudis, kudis berair, kudis kaki
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my