Bagaimana Mengetahui Jenis Darah? Apa Perbezaan Kumpulan Darah A, B, AB Dan O?

Jenis Darah - Perbezaan Kumpulan Darah Manusia A, B, AB Dan O - DoctorOnCall
Anonymous

Doktor, saya sedang hamil 2 bulan, ni kandungan kedua saya. Saya baru lepas buka buku pink dan check up dekat KK kali pertama. Saya memang darah jenis resus negatif, tahu masa mengandung kali pertama dulu. Nurse kata kena ambik suntikan masa 14 dgn 28 minggu nanti. Kenapa ya? Masa first time mengandung dulu tak payah pun? Boleh doktor terangkan apa beza resus ni dengan jenis darah biasa tu? Yang biasa dengar ABO. Apa beza pulak resus? Kenapa masa mengandung je cek resus ni? Ada apa2 efek kat baby ke? Suntikan yang nak dibagi tu pula suntikan apa? Vaksin ke? Kawan saya resus positif, xkena pun apa-apa suntikan pun masa mengandung. Darah saya ni ada risiko apa-apa ke sampai kena suntikan? Lagi satu, kalau jenis resus ni akan ada efek ke masa derma darah atau nk terima darah? 

Anonymous
Doktor, saya sedang hamil 2 bulan, ni kandungan kedua saya. Saya baru lepas buka buku pink dan check up dekat KK kali... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, kumpulan darah terbahagi kepada beberapa kategori dan antaranya adalah ABO dan rhesus. Bagi jenis ABO ia dibahagikan mengikut kewujudan antigen permukaan A dan B di dalam sel darah merah, manakala rhesus pula dibahagikan mengikut kewujudan rhesus (rh) antigen pada membran sel darah merah. Kedua-dua kumpulan darah ini amat penting untuk dikenal pasti terutamanya dalam proses pendermaan atau transfusi darah. 

Jenis rhesus darah penting ketika hamil terutamanya bagi ibu yang berdarah jenis rhesus negatif. Ini bermaksud ibu tersebut tiada antigen rhesus di dalam darahnya. Sekiranya dia mengandungkan bayi dengan rhesus positif yang didapati dari genetik suami, percampuran darah antara ibu dan anak ketika kehamilan atau ketika kelahiran boleh menyebabkan tubuh ibu membina antibodi terhadap darah rhesus negatif ini. Sekiranya bayi kedua yang dikandungkan turut mempunyai rhesus positif, antibodi yang terbina ini akan menyerang bayi dan ini boleh menyebabkan kematian bayi. Oleh itu, suntikan untuk menyahkan antibodi yang terbina ini perlu diberikan kepada ibu yang berdarah rhesus negatif yang hamil buat kali kedua.

Saya akan terangkan lebih lanjut mengenai kumpulan darah dan pendermaan darah dalam artikel di bawah.


<span style="font-size: 18px;"></span><span style="font-size: 18px;"></span>Salam sejahtera puan. Untuk maklum... See More

Ketahui Jenis Kumpulan Darah Anda

Apa itu jenis kumpulan darah? Tentu ramai yang tertanya-tanya, bagaimana darah seseorang dikelaskan. Bagaimana kita boleh tahu jenis darah kita? Apa pula bezanya darah A, B, AB atau O? Kemudian ada juga pernah terdengar tentang rhesus negatif dan positif. Apa pula tu? 

Biasanya kumpulan darah ABO dan Rhesus adalah kelas darah yang paling biasa digunakan. Namun, terdapat pelbagai jenis lagi kelas darah yang terdapat dalam dunia perubatan, dan digunakan dalam kes-kes tertentu.

  • ABO

Kelas jenis darah ABO dibuat berdasarkan kewujudan antigen di permukaan sel darah merah. Antigen ini terdiri daripada jenis A atau B. Bagi darah yang mempunyai antigen jenis A, darah ini dikelaskan sebagai darah A, begitu juga bagi antigen B. Sekiranya kedua-dua antigen wujud, darah inilah yang dikelaskan sebagai darah AB. Darah O pula adalah darah yang mempunyai antigen H. 

Apa pentingnya kelas darah ABO ini? Kumpulan-kumpulan darah ini penting kerana sewaktu transfusi darah, pesakit dari kumpulan jenis darah tertentu boleh menerima darah dari kumpulan darah tertentu sahaja. 

Kumpulan Darah

Darah Yang Boleh Diterima

A

A,O

B

B,O

AB

A,B,AB,O

O

O Sahaja

Hal ini adalah kerana, darah yang tidak mempunyai antigen sejenisnya akan menghasilkan antibody terhadap darah yang mempunyai antigen yang lain. Sebagai contoh, sekiranya mereka yang berdarah jenis A mendapat darah jenis B, tubuh mereka akan bertindak menghasilakn antibodi terhadap sel darah ini. Akibatnya, darah yang diterima akan dihancurkan (haemolysed). Oleh sebab itu, mereka yang berdarah jenis AB digelar “Penerima Universal” kerana mereka boleh menerima semua jenis darah disebabkan mereka mempunyai kedua-dua antigen A dan B. Namun mereka boleh menderma kepada mereka yang berdarah jenis AB sahaja. Mereka yang berdarah jenis O pula digelar “Penderma Universal” kerana boleh menderma kepada semua jenis darah lain, tetapi hanya boleh menerima darah jenis O sahaja. 

  • Rh

Kelas darah mengikut jenis rhesus juga adalah salah satu pengelasan penting dalam perubatan. Bagi kategori ini, darah dikelaskan bedasarkan kewujudan antigen rhesus atau tidak pada membran sel darah merah seseorang individu. Bagi mereka yang mempunyai antigen rhesus ini, mereka dikategorikan sebagai rhesus positif, yang tiada pula dikenali sebagai rhesus negatif.



Bagaimana Menentukan Kumpulan Darah Anak?

Kumpulan darah seorang bayi ditentukan bedasarkan jenis darah ibu bapanya. Setiap ibu dan bapa mewariskan salah satu dari 2 gen yang akan menentukan jenis darah anak ini kelak. Untuk pengetahuan anda, gen A dan B adalah dominan, manakala gen O adalah recesif. Lihat jadual dibawah untuk melihat bagaimana ciri ini mempengaruhi jenis kumpulan darah.

Genetik Darah Ibu Bapa

AA

BB

AB

AO

BO

OO

AA

AA

AB

AA,AB

AA,AO

AB,AO,BO

AO

BB

AB

BB

AB,BB

AB,BO

BB,BO

BO

AB

AA,AB

AB,BB

AA,BB

AA,BO,AB,AO

AB,AO,AA,BO

AO,BO

AO

AA,AO

AB,BO

AA,AB,BO,AO

AA,AO,OO

AB,AO,BO,OO

AO,OO

BO

AB,AO

BB,BO

AA,BB,AO,BO

AB,BO,AO,OO

BB,BO,OO

BO,OO

OO

AO

BO

AO,BO

AO,OO

BO,OO

OO

                                             Hasil kemungkinan darah anak

Jenis Darah Berdasarkan Gen

Genetik

Jenis Darah

AA

Darah Jenis A

BB

Darah Jenis B

AO

Darah Jenis A

BO

Darah Jenis B

AB

Darah Jenis AB

OO

Darah Jenis O

Apa Kepentingan Mengetahui Jenis Kumpulan Darah?

Kumpulan darah ABO adalah penting untuk mengetahui darah yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit sewaktu transfusi darah terutamanya ketika transfusi kecemasan. Dengan mengetahui jenis kumpulan darah seorang pesakit, transfusi darah dapat dilakukan dengan lebih cepat ketika kecemasan.

Apa Itu Darah Jenis Rh Negatif dan Risikonya?

Darah jenis Rh negatif, seperti yang telah diterangkan di atas adalah darah yang tidak mempunyai Rh antigen yang juga dipanggil faktor Rh. Tubuh mereka yang mempunyai darah jenis Rh negatif ini akan menghasilkan antibodi sekiranya terdedah kepada darah Rh positif. Mengapa ini penting? Biasanya ibu-ibu mengandung tentu pernah tertanya-tanya tentang perkara ini. Apa tidaknya, bagi ibu hamil yang berdarah Rh negatif, mereka akan diarahkan untuk mengambil sejenis suntikan pada kehamilan kedua. 

Sebenarnya begini, apabila seorang wanita berdarah rhesus negatif mendapat anak dengan pasangan yang berdarah rhesus positif, anak yang dikandungnya boleh mewarisi darah Rh negatif atau darah Rh positif. Jika anak ini mewarisi darah Rh negatif, maka ini tidak menjadi masalah. Namun jika anak ini berdarah Rh positif, sekiranya terdapat percampuran darah anak ini dengan darah ibu ketika kehamilan atau proses bersalin, tubuh ibu akan menghasilkan antibodi terhadap darah ini dan memusnahkannya. Pada kehamilan pertama, ini tidak menjadi masalah. Namun, sekiranya ibu mengandungkan anak yang juga Rh positif pada kehamilan kedua, kandungan ini akan berisiko untuk gugur kerana antibodi yang dihasilkan dalam tubuh ibu pada kehamilan pertama akan terus menyerang bayi ini. Oleh itu, bagi memastikan perkara ini tidak terjadi, setiap ibu hamil berdarah Rh negatif akan diberikan suntikan yang dipanggil anti-D bagi kehamilan kedua dan seterusnya. Ini bertujuan untuk membersihkan antibodi yang terhasil di dalam tubuh ibu agar tidak menyerang bayi. 

Saya Ingin Menderma Darah, Apakah Kriteria Seorang Penderma Darah?

Bukan semua orang boleh menderma darah ya. Jangan pelik jika kadang kala anda tidak dibenarkan menderma darah walaupun anda rasa tubuh badan anda sihat. Berikut adalah kriteria-kriteria penderma darah di Malaysia. Selepas ini, periksa dulu semua kriteria ini, barulah pergi menderma.

  1. Individu yang sihat tubuh badan
  2. Umur 
    • Kali pertama menderma : 18 - 60 tahun
    • Pernah menderma : 18 - 65 tahun
    • Perlu dapat kebenaran ibu bapa : 17 tahun
  3. Berat badan : 45 kg atau lebih
  4. Mendapat tidur yang cukup (sekurangnya 5 jam)
  5. Tiada masalah kesihatan
  6. Telah makan sebelum menderma darah
  7. Tidak terlibat dengan aktiviti berisiko seperti:
    • Hubungan seks sesama jantina
    • Hubungan seks bebas (bertukar-tukar pasangan)
    • Hubungan seks dengan kedua-dua jantina
    • Hubungan seks dengan pekerja seks komersial
    • Mengambil dadah terutamanya secara suntikan
    • Pasangan kepada golongan di atas
  8. Jarak antara masa pendermaan sekurang-kurangnya 3 bulan
  9. Wanita: 
    • Tidak mengandung
    • Tidak haid
    • Tidak menyusukan anak

    Tidak boleh menderma:

  10. Seorang yang pernah tinggal di United Kingdom atau Republik Ireland antara tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih
  11. Seorang yang pernah tinggal di mana-mana kawasan di Europah dari tahun 1980 hingga kini untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih

Sumber : Pusat Darah Negara KKM

Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Perhatian Apabila Berlaku Pendarahan Hidung Pada Anak

Anda pernah dengar tentang darah Bombay? Kumpulan darah Bombay adalah satu lagi kumpulan darah yang terdapat di dunia dan kumpulan darah jenis ini adalah sangat jarang ditemui. Ia digelar bombay kerana pertama kali ditemui di Mumbai, India yang dahulunya dikenali sebagai Bombay. Mereka yang berdarah jenis Bombay mempunyai tidak mempunyai antigen A,B atau H, tetapi mempunyai antibodi terhadap antigen H. Ini adalah jenis darah yang sukar dicari. Oleh itu, sekiranya mereka yang berdarah Bombay memerlukan darah, mereka amat sukar untuk mencari penderma kerana mereka boleh menerima darah daripada mereka yang berdarah Bombay sahaja dan bilangan mereka yang berdarah Bombay di dunia ini amatlah sedikit! 

References