Jenis Jerawat Umum Pada Kulit Muka Anda Yang Harus Ketahui! Apa Rawatannya?

Julai 24, 2020 | Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Sulit
Salam doktor, saya amat runsing terhadap masalah jerawat yang saya alami ini! Saya seorang perempuan umur 16, mungkin disebabkan oleh fasa puberti ini, saya selalu mempunyai masalah jerawat pada muka saya. Flare up ni bukan sebarangan, ia akan meliputi seluruh muka saya dan muka akan kenampakan seperti tomato! Lagi-lagi, jerawat-jerawat ini akan menyebabkan kesakitan. Saya sudah cuba menggunakan krim-krim jerawat yang dibeli di farmasi, ia akan berguna semasa ada flare up sahaja, tetapi selepas beberapa minggu, ia akan datang lagi. Doktor, boleh saya tahu apa jenis jerawat yang saya alami ini dan apa yang perlu saya buat? Saya telah hilang keyakinan diri dan kurang membuat aktiviti luar rumah kerana masalah ini. Tolong saya doktor.
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam sejahtera cik, saya amat memahami kerunsingan anda kerana saya juga pernah mengalami masalah ini semasa zaman puberti saya. Pertama sekali, saya ingin memaklumkan bahawa terdapat banyak jenis jerawat dan kaedah rawatan yang diperlukan mungkin berlainan. Cara rawatan ini juga bergantung pada faktor yang lain seperti tahap keterukan jerawat atau punca jerawat ini. Untuk menjawab persoalan anda, saya akan menerangkan jenis jerawat muka dengan lebih lanjut dalam artikel di bawah. Nasihat saya kepada anda pada masa ini ialah anda perlu mencari keyakinan diri anda semula kerana keupayaan anda tidak terbatas oleh penampilan fizikal anda!

Kebanyakan orang akan mengalami masalah bebintik hitam ini terutamanya di hidung, pipi dan dagu. Ia juga merupakan jenis jerawat di dagu yang umum. Punca jerawat ini adalah kerana folikel rambut yang terbuka ini tersumbat dengan sebum (minyak semula jadi yang dihasilkan di lapisan kulit) dan sel-sel kulit yang mati. Oleh itu, ianya juga dikenali sebagai komedo terbuka. Penampilan hitam ini bukan disebabkan oleh sisa-sisa tetapi ia merupakan hasilan melanin yang terdedah pada oksigen.

Jerawat jenis ini merupakan variasi daripada bintik hitam yang telah diterangkan, perbezaannya ialah bintik putih merupakan folikel rambut tertutup yang tersumbat. Ia terjadi apabila lapisan kulit mati atau sebum menutupi dan menyumbat pori-pori, seterusnya menyebabkan gumpalan putih di permukaan kulit. Dalam sesetengah kes, pengaruh hormon turut boleh menjadi salah satu faktor. Ianya sering muncul sebagai jerawat di dahi, pipi atau kawasan di bawah mata, dan ia tidak meradang serta tidak menyebabkan kesakitan.

Jerawat pustula timbul apabila pori-pori folikel rambut yang tersumbat ini dijangkiti oleh organisma seperti bakteria. Jerawat jenis ini akan mulai meradang dan kemerahan akan terjadi di kulit sekitarnya. Individu ini mungkin akan mengalami kesakitan di jerawat-jerawat tersebut. Dalam gumpulan ini, nanah akan terbentuk dan pesakit ini disaran supaya tidak memicitnya kerana risiko jangkitan oleh kuman lain adalah tinggi dan proses pemulihan kulit akan terganggu.

Jenis jerawat ini seringkali dikelirukan dengan jenis pustula. Jerawat papula merupakan jerawat yang bertimbul di bawah permukaan kulit dan ia tidak mengandungi nanah seperti jenis pustula. Ia kenampakan seperti gigitan nyamuk yang bersifat bintik merah kecil tetapi tidak nampak nanahnya. Ini tidak bermaksud anda boleh memicitnya kerana keradangan akan berlaku dan meninggalkan parut di permukaan kulit muka anda.

Jerawat jenis ini secara umum akan terbentuk di bawah permukaan kulit, saiznya lebih besar berbanding dengan jenis lain dan ianya bersifat lebih keras. Pada peringkat awal, individu ini akan merasakan kesakitan di satu kawasan sahaja dan tidak dapat berasa benjolan tersebut. Ia akan bertumbuh dalam saiz secara progresif, kadang kala muncul hanya selepas berbulan-bulan. Jerawat nodul yang kronik akan menyebabkan trauma yang lebih besar pada kulit dan berisiko untuk menjadi semula walaupun sudah kecut. Yang paling teruk sekali, parut yang ditinggalkan adalah lebih besar jika tidak dirawat dengan betul.

Jerawat kista atau jerawat batu boleh diklasifikasikan sebagai jenis yang lebih teruk tahapnya selain jerawat nodul. Kedua-dua jenis ini terbentuk di bawah permukaan kulit, namun perbezaannya ialah penampilan mereka. Bagi jenis kista, mereka mengandungi cecair atau nanah dan bersifat lebih lembut semasa ditekan. Jerawat ini akan pecah dan senang terdedah pada jangkitan kulit. Selepas ia pecah, cecair yang lendir akan menjejaskan kulit di sekeliling dan jerawat akan tersebar ke kawasan lain.

Jerawat mechanica ini merupakan jenis yang sering berlaku terutamanya pada ahli olahraga kerana jerawat ini disebabkan oleh kepanasan dan geseran dengan pakaian yang ketat. Jerawat ini juga boleh dikenali sebagai jerawat sukan atas sebab ini. Untuk mencegah masalah ini, kebersihan diri adalah sangat penting di mana olahraga dinasihat supaya tidak mandi kerbau selepas bersukan dan memakai pakaian yang lebih longgar semasa tidak bersukan.

Untuk mendapat rawatan yang paling sesuai untuk masalah jerawat anda, jenis jerawat perlu diketahui kerana rawatan bagi setiap jenis adalah berlainan. Bagi jerawat yang lebih ringan, terdapat banyak ubat yang boleh menghilangkan mereka seperti Benzoyl Peroxidase, Salicylic acid atau Retinol. Bagi kes yang lebih serius melibatkan jangkitan kulit, doktor mungkin akan memberi ubat antibiotik untuk membasmi kuman dahulu sebelum merawat jerawat. Mestilah banyak orang tertanya-tanya tentang petua untuk menghilangkan jerawat. Sebagai seorang pengamal perubatan, saya lebih yakin dengan keputusan penyelidikan dan tiada petua yang menunjukkan kesan yang menonjol dalam rawatan jerawat. Bagi cara menghilangkan parut jerawat, anda boleh merujuk ke artikel yang ditulis oleh doktor lain di sini.


Anda tidak perlu risau tentang masalah anda kerana semasa fasa puberti ini, peningkatan tahap hormon ini mungkin merupakan faktor untuk masalah jerawat anda. Sekiranya anda mempunyai persoalan yang lebih lanjut tentang masalah anda, anda boleh berbincang dengan doktor di hospital atau anda juga boleh mengunjungi laman web kami https://www.doctoroncall.com.my/ untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor kami melalui forum, live chat, sesi audio atau video sebelum membuat sebarang keputusan untuk anak anda.

Rujukan

Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Soalan berkenaan -

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)
Need Help?