Punca Jerawat (Acne) Di Dagu dan Cara Menghilangkannya?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Jun 5, 2020

Soalan:
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah yang berusia 29 tahun. Suami saya seorang pensyarah dan beliau berumur 30 tahun. Kami baru saja berkahwin dan tidak mempunyai anak lagi. Sejak kebelakangan ini, saya perasan saya mempunyai banyak jerawat pada dagu saya. Jerawat yang timbul kadang-kadangnya besar dan bernanah. Saya tidak tahu mengapa jerawat tersebut kebanyakan kali hanya datang pada dagu saya sahaja. Oleh sebab jerawat seringkali timbul di dagu saya maka saya sentiasa mendapat parut pada bahagian dagu saya. Ini menjejaskan muka saya dan sememangnya tidak cantik untuk dilihat. Saya rasa ia ada kena mengena dengan kitaran haid saya dan saya sentiasa mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Contohnya, sekiranya bulan ini saya datang haid maka selepas dua bulan haid saya tidak akan datang dan kemudian datang lagi. Beginilah kitaran haid saya sejak kebelakangan ini juga. Selain itu, kadang-kadang bila saya mendapat jerawat tersebut saya akan memicitnya untuk mengeluarkan nanah tersebut. Nanah yang terkeluar amat banyak dan melekit. Keesokan harinya ianya akan meninggalkan parut yang sangat hodoh. Bolehkah doktor memberitahu saya sebab saya sering mendapat jerawat pada muka saya? Bagaimanakah cara merawat masalah ini dan mengembalikan keserian muka?
Jawapan:
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Berdasarkan butiran yang diberi oleh pihak puan, saya mendapati puan mempunyai masalah jerawat di dagu. Hal ini kemungkinan kerana kitaran haid puan yang tidak teratur. Kemungkinan besar kitaran haid puan ini tidak sekata kerana gangguan hormon atau penyakit berkaitan dengan ovari atau rahim.

Puan tidak perlu risau mengenai masalah ini. Puan hendaklah berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor. Doktor selalunya akan memberikan ubat untuk jerawat tersebut serta ubat untuk menghilangkan parut. Selain itu, doktor tersebut juga akan membuat beberapa pemeriksaan untuk mencari punca kitaran haid tidak sekata. Apabila masalah tersebut dapat diselesaikan maka jerawat di dagu juga akan dapat diselesaikan

Seperti yang kita sedia maklum,bahagian bawah dagu merupakan salah satu tempat yang sentiasa berminyak pada muka. Ini kerana terdapat banyak kelenjar sebum pada bahagian dagu. Jadi apabila sebum dihasilkan secara berlebihan maka ia akan menyebabkan tercetusnya jerawat yang banyak pada dagu.Selain mengambil ubat doktor, puan juga bolehlah mengamalkan petua penyapuan gel aloe vera pada permukaan dagu yang berparut itu.

Hal ini kerana gel aloe vera sangatlah terkenal dengan khasiatnya dan kandungan vitamin E yang banyak dapat membantu memudarkan serta hilangkan parut tersebut. Puan juga haruslah memastikan kebersihan muka puan sentiasa terjaga dan sentiasa mencuci muka untuk mengelakkan muka daripada sentiasa berminyak. Permukaan yang berminyak merupakan sebuah suasana yang sangat sesuai untuk pembiakan bakteria. Oleh itu, masalah ini haruslah dibendung dengan menggunakan ubat yang doktor berikan.

APAKAH PUNCA JERAWAT DI DAGU

Jerawat merupakan perkara biasa yang sentiasa menjadi masalah kepada semua orang. Jerawat boleh terjadi di pelbagai tempat pada badan kita dan tempat yang paling biasa ialah muka. Muka merupakan anggota badan yang sentiasa dan paling terdedah kepada bahan-bahan kimia yang terdapat di udara. Antara tempat-tempat di muka yang kerap terjadinya jerawat ialah dagu.

  • Antara punca masalah jerawat di dagu ialah kitaran haid yang tidak sekata. Hal ini kerana wanita tersebut mungkin mempunyai masalah haid yang berpunca daripada masalah pada ovari atau rahim. Ini jika tidak dirawat dengan segera boleh mendatangkan masalah seperti jerawat di dagu dan banyak lagi.
  • Masalah jerawat di dagu ini boleh disebabkan oleh permukaan dagu yang sentiasa berminyak. Ianya memang terbukti berdasarkan beberapa kajian yang dibuat bahawa dagu, dahi dan hidung merupakan kawasan yang sentiasa berminyak pada muka. Hal ini kerana terdapat banyak kelenjar sebum yang terdapat pada permukaan tersebut. Sebum merupakan sejenis cecair berminyak yang dihasilkan oleh muka.
  • Selain itu, punca lain ialah hormon.Hormon ini akan menjadi sebuah masalah yang ketara pada remaja yang baru akil baligh. Hal ini kerana badan mereka mengalami pelbagai pertukaran hormon dan badan mereka sememangnya tidak dapat menyesuaikan diri lagi pada fenomena tersebut lalu ini boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat terutamanya di permukaan yang berminyak seperti dagu.
  • Seterusnya, masalah lain yang mendatangkan jerawat di dagu ialah stressIanya memang benar bahawa rasa tertekan boleh menghasilkan banyak jerawat di muka terutamanya di dagu. Hal ini kerana sewaktu seseorang itu mengalami stress yang berlebihan, ini akan mengakibatkan kelenjar sebum di muka untuk menghasilkan sebum secara berlebihan. Hal ini jika berlarutan akan mendatangkan jerawat. Oleh itu, ini merupakan sebuah perkara yang umum dalam kalangan pelajar yang menduduki peperiksaan kerana mereka akan berasa sangat tertekan dengan peperiksaan mereka lalu mengakibatkan pertumbuhan jerawat.
  • Di samping itu, terdapat beberapa ubat yang kesan sampingannya ialah pertumbuhan jerawat di muka atau tertumpu kepada dagu. Ubat tersebut ialah ‘corticosteroid’, ubat perancang, vitamin B, ‘anti depressants’. Ubat-ubat ini sememangnya sangat penting untuk merawat penyakit-penyakit tersebut tetapi kesan sampingannya seperti pertumbuhan jerawat haruslah dipertimbangkan.
  • Pencetusan jerawat tersebut boleh dihentikan dengan menghentikan ubat-ubatan tersebut tetapi perlu dibincang dengan doktor terlebih dahulu kerana menghentikan pengambilan ubat-ubat tersebut secara mengejut sangat berbahaya.
  • Seterusnya, penyebab jerawat yang lain ialah makanan yang tidak seimbang. Kita seharusnya mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk memastikan kulit muka kita sentiasa sihat dan berseri. Oleh itu, makanan yang tidak berkhasiat dan yang boleh mengundang ketumbuhan jerawat terutamanya di dagu haruslah dielakkan seperti makanan laut serta makanan yang mengandungi kacang.

APAKAH RAWATAN JERAWAT DI DAGU

Rawatan untuk masalah jerawat di dagu ini ialah ubat yang diberikan atas arahan doktor. Arahan pengambilan ubat yang diberikan haruslah dipatuhi dan diikuti pada setiap masa. Hal ini kerana dengan menggunakan ubat tersebut, maka bakteria yang ada pada kulit muka dapat dibunuh dan mengembalikan keserian pada muka.

  • Ubat yang dapat hilangkan jerawat ini ialah ‘benzyl peroxide’.Ubat yang dapat hilangkan jerawat ini ialah ‘benzyl peroxide’. Ubat ini sememangnya sangat bekesan dan digunakan untuk beberapa tahun dan hasilnya sangat efektif. Ubat ini haruslah diambil atas arahan doktor dan sentiasa dipatuhi untuk mengelakkan tercetusnya lagi banyak jerawat di dagu.
  • Selain itu, sekiranya jerawat yang tumbuh bernanah, maka dinasihatkan menggunakan ubat yang berunsurkanantibioti.Ubat ini haruslah disapukan pada bahagian dagu yang berjerawat dan dibiarkan. Ubat ini dapat mengecutkan jerawat dan sekaligus menghilangkan jerawat tersebut tanpa meninggalkan sebarang parut. Unsur antibiotik dalam ubat ini dapat membantu membasmikan kuman pada kulit muka.
  • Di samping itu parut-parut yang timbul pada permukaan dagu bolehlah dihilangkan menggunakan ubat penghilang parut yang dijual di farmasi. Hal ini kerana parut-parut yang ditinggalkan akan menyebabkan kulit menjadi tidak cantik dan kelihatan kusam. Selain menggunakan ubat untuk menghilangkan parut, seseorang itu juga bolehlah menggunakan gel aloe vera. Gel ini sememangnya sangat ternama dan seringkali digunakan untuk mengembalikan keserian muka. 
  • Gel ini bolehlah digunakan setiap hari pada permukaan muka yang terjejas untuk menghilangkan parut. Ianya memang akan mengambil masa yang lama tetapi tidak perlu dirisaukan kerana lambat laun parut tersebut akan hilang.

Sebagai kesimpulan, masalah jerawat di dagu merupakan sebuah masalah yang umum dalam kalangan masyarakat kita. Kita untuk mengelakkan masalah ini daripada berleluasa haruslah mengambil langkah-langkah efektif supaya kecantikkan muka dapat dipelihara.Saya berharap penerangan yang telah diberikan boleh menyelesaikan sedikit sebanyak keraguan puan. Jika puan masih mempunyai soalan tentang masalah ini,puan boleh berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor kamiLayari laman web www.doctoroncall.com.my .

Rujukan

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tebus baucar RM15 di e-farmasi