Apa pentingnya kadar kolesterol normal bagi mengelakkan penyakit jantung dan darah tinggi

Apa Anda Perlu Tahu tentang Kadar Kolesterol Normal & Tinggi? - DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera doktor, nama saya Amir Salman bin Ahmad Tarmizi dan saya berumur 53 tahun. Saya menghidapi penyakit darah tinggi dan kencing manis sejak lima tahun yang lalu. Oleh sebab itu, saya perlu mengambil ubat sebagai tujuan rawatan untuk setiap sakit yang saya alami. Baru-baru ini, saya ada melakukan pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital sebagai langkah berjaga-jaga kerana ayah saya meninggal dunia akibat daripada sakit jantung. Keputusan pemeriksaan kesihatan itu menunjukkan bahawa paras kolesterol dalam tubuh saya terlalu tinggi. Oleh hal yang demikian, bolehkah doktor terangkan kepada saya dengan lebih lanjut tentang kolesterol dan apakah cara untuk menurunkan kadar kolesterol yang tinggi? Terima kasih.
Anonymous
Salam sejahtera doktor, nama saya Amir Salman bin Ahmad Tarmizi dan saya berumur 53 tahun. Saya menghidapi penyakit dara... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam sejahtera dan terima kasih Encik Amir atas soalan yang diajukan. Untuk makluman anda, risiko seseorang untuk mengalami masalah kadar kolesterol tinggi meningkat selaras dengan usia. Apabila seseorang menghidapi masalah kolesterol tinggi berserta kencing manis dan darah tinggi, keadaan ini akan meningkatkan risiko seseorang untuk menghidapi penyakit jantung ataupun angin ahmar. Untuk pengetahuan anda, kolesterol digunakan oleh badan untuk menghasilkan pelabagai hormon, Vitamin D dan bahan yang digunakan untuk mencerna sebahagian makanan. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menurunkan kadar kolesterol kepada tahap yang normal. Kadar kolesterol normal beserta kaedah bagi mengurangkan paras kolesterol tinggi boleh dibaca dalam kandungan artikel ini.
Salam sejahtera dan terima kasih Encik Amir atas soalan yang diajukan. Untuk makluman anda, risiko seseorang untuk menga... See More

Tahukah anda apa itu kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis bahan yang terdiri daripada unsur lemak yang dihasilkan pada hati kita. Kolesterol boleh didapati dalam darah dan juga sel-sel badan kita. Badan kita memerlukan kolesterol untuk berfungsi dengan baik. Kadar kolesterol normal menurut hospital di Malaysia adalah kurang daripada 5.2mmol/l. Kadar kolesterol tinggi pula adalah lebih daripada 6.2mmol/l.



Apakah jenis-jenis kolesterol?

Terdapat dua jenis kolesterol di dalam badan kita iaitu LDL (Low Density Lipoprotein) dan HDL (High Density Lipoprotein). LDL juga dikenali sebagai “kolesterol jahat” kerana kadar LDL yang tinggi mampu memudaratkan kesihatan. HDL pula dikenali sebagai “kolesterol baik” kerana HDL amat bermanfaat untuk kesihatan kita jika paras HDL adalah tinggi di dalam badan kita. 



Bagaimana kita boleh menurunkan kadar kolesterol tinggi?

Terdapat pelbagai cara untuk seseorang mencapai kadar kolesterol normal. Jika seseorang itu telah berjumpa dengan doktor dan doktor menyarankan untuk mengambil ubat bagi mengurangkan kolesterol di dalam badannya ke paras normal, pesakit tersebut hendaklah berbuat sedemikian. 

Cara yang tidak memerlukan ubat-ubatan pula menyentuh aspek diet dan cara hidup seseorang. Umumnya, orang yang mahu mencapai kadar kolesterol normal boleh meningkatkan pengambilan ikan salmon, buah oren, kacang almond, teh hijau, buah pisang, buah pear, buah aprikot, oat, soya dan kacang pistachio dalam diet mereka. Anda juga digalakkan untuk mengelakkan daripada selalu makan makanan berlemak. 

Kajian telah menunjukkan mereka yang jarang melakukan aktiviti riadah dan bersenam boleh mengurangkan kadar kolesterol mereka dengan selalu bersenam dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang memerlukan stamina seperti berlari, berenang atau mendaki bukit. Aktiviti lasak amat bermanfaat untuk mengekalkan ketahanan jantung kita supaya kita berasa lebih cergas dan sihat. 



Ketahui tanda kolesterol tinggi

Berikut merupakan tanda-tanda yang terdapat pada seseorang yang mempunyai kadar kolesterol tinggi di dalam badan mereka:

  • Mudah berasa penat

  • Tekanan darah tinggi

  • Ketulan yang tidak sakit di bahagian mata

  • Ketulan yang tidak sakit di bahagian tangan

  • Buih-buih di air kencing

  • Lapisan minyak di bahagian najis

Ketahui kesan kolesterol tinggi dalam badan

Bacaan kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan risiko seseorang untuk menghidapi strok dan penyakit jantung. Hal ini boleh berlaku kerana apabila kadar bacaan kolesterol tinggi, lemak akan terkumpul dan lekat pada dinding salur darah. Seterusnya, salur darah akan tersumbat kerana darah sudah tidak boleh mengalir lagi. Jika salur darah itu berada di otak, sel sel otak tidak akan menerima Oksigen yang terdapat dalam darah akibat terhentinya pengaliran darah. Kesannya, strok akan berlaku. 

Kedua, penyakit jantung juga boleh berlaku akibat tingginya kadar kolesterol dalam badan. Salur darah di jantung yang mengalirkan Oksigen yang diperlukan sel badan untuk berfungsi boleh tersumbat dan seterusnya, sel-sel jantung akan mengalami nekrosis (kematian sel) akibat ketiadaan Oksigen. Sesetengah orang yang mengalami serangan jantung akibat kadar kolesterol tinggi boleh mengalami simptom sakit di bahagian rahang.

Ketiga, kadar kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko pembentukan batu hempedu di organ-organ seperti perut dan hempedu. Pesakit yang mempunyai pembentukan batu hempedu di kawasan perut boleh mengalami sakit perut manakala pesakit yang mengalami pembentukan batu hempedu di hempedu boleh mengalami sakit abdomen dan sakit di bahu pada waktu yang sama. Risiko untuk pembentukan batu hempedu ini akan meningkat jika pesakit itu terdiri daripada kalangan wanita, berat badan berlebihan, subur dan usia lanjut. 

Seterusnya, kadar kolesterol tinggi juga boleh menyumbang kepada kebas di bahagian kaki. Hal ini kerana salur darah yang berada di kawasan kaki kita boleh tersumbat akibat kolesterol ini mengecilkan kawasan pengaliran darah. Pesakit juga akan berasa sakit untuk berjalan dan kesakitan itu boleh hilang apabila pesakit itu berehat semula. Jika hal ini tidak dirawat dan berterusan, pesakit tersebut akan berasa sakit di bahagian kaki walaupun tidak berjalan kerana kadar kolesterol tinggi menyumbang kepada pengecilan pengaliran darah. Sel-sel tisu di otot kaki yang memerlukan bekalan Oksigen daripada pengaliran darah dengan banyak akan tidak lagi dapat menerima bekalan Oksigen kerana pengaliran darah ke kaki sudah tersumbat akibat kolesterol.

Selain itu, kadar kolesterol tinggi boleh menyebabkan seseorang akan mengalami penyakit Alzheimer’s kerana kadar kolesterol tinggi akan mempercepat pembentukan Beta Amyloid Plaque yang menyumbang kepada kerosakan otak. Kesannya, fungsi memori seseorang akan menurun dan meningkat risiko cepat lupa.



Mengapakah kadar kolesterol tinggi bahaya?

Baru-baru ini, American College of Cardiologists (ACC) dan American Heart Association (AHA) telah membangunkan garis panduan baharu untuk merawat kadar kolesterol tinggi. Garis panduan baharu ini merangkumi rawatan untuk kolesterol tinggi bukan sahaja perlu mengambilkira kadar kolesterol di dalam badan seseorang, tetapi perlu menitikberatkan risiko-risiko penyakit jantung seperti penyakit kencing manis dan anggaran risiko 10 tahun penyakit berkaitan jantung seperti strok atau serangan jantung. Namun begitu, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat terbaik jika paras kolesterol tinggi di dalam badan


References