Isteri saya mengandung 7 bulan dan mengalami kaki bengkak saat hamil (Swollen Feet During Pregnancy).

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang ibu hamil yang berumur 30 tahun. Sekarang, tempoh kehamilan saya adalah 6 bulan. Ini adalah kandungan pertama saya. Sejak kebelakangan ini, kedua-dua kaki saya bengkak. Kedua-dua kaki bengkak sampai aras buku lali saya. Saya berbincang dengan ibu saya tentang masalah ini. Ibu saya berkata kaki bengkak saat hamil adalah perkara biasa dan tidak perlu bimbang. Walaubagaimanapun, kaki bengkak saya menjadi semakin teruk. Kaki bengkak juga diiringi oleh kesakitan. Kesakitan ini selalunya berlaku sekiranya saya berdiri untuk tempoh yang panjang. Saya bekerja sebagai kerani dan selalunya bekerja “overtime”. Untuk memastikan saya tidak rasa letih, saya minum kopi kira-kira 2 kali sehari. Selain itu, saya pernah mengalami kemuntahan yang teruk pada awal kehamilan dan terpaksa masuk wad untuk dipantau dengan rapat. Saya juga mengalami sakit kepala yang kadang-kala menjadi teruk. Kemungkinan sakit kepala ini adalah kerana saya banyak menghadap skrin komputer. Saya perasan penglihatan saya juga menjadi semakin kabur dan tidak jelas. Sejak dua hari yang lalu, saya sedang mengalami sakit perut yang tidak menyenangkan. Saya bimbang gejala-gejala ini menandakan sesuatu penyakit yang serius. 

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang ibu hamil yang berumur 30 tahun. Sekarang, tempoh kehamilan saya adalah 6 bulan. I... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda tentang kaki bengkak semasa hamil (Leg Swelling During Pregnancy). Semasa kehamilan, badan menghasilkan kira-kira 50% lebih banyak darah dan cecair badan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang berkembang. Bengkak adalah bahagian normal kehamilan yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ini. Bengkak yang biasa, yang juga dikenali sebagai edema, boleh dialami di tangan, muka, kaki, pergelangan kaki, dan kaki. Jumlah cecair tambahan adalah kira-kira 25% daripada berat badan wanita semasa mengandung. Walaubagaimanapun, berdasarkan simptom yang anda sedang alami, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan segera.
Terima kasih atas soalan anda tentang&nbsp;<strong>kaki bengkak semasa hamil</strong>&nbsp;(Leg Swelling During Pre... See More

Mengapakah kaki menjadi tapak pertama bengkak?

    • Pergelangan kaki dan kaki adalah tapak biasa yang membengkak kerana kesan graviti pada cecair di dalam badan anda. Walau bagaimanapun, pengekalan cecair bukanlah satu-satunya punca pergelangan kaki atau kaki yang bengkak.
    • Kecederaan dan keradangan juga boleh menyebabkan pengekalan cecair dan bengkak. Pergelangan kaki atau kaki bengkak boleh menyebabkan bahagian bawah kaki kelihatan lebih besar daripada biasa. 
    • Bengkak boleh membuatnya sukar berjalan. Ia mungkin menyakitkan dan membuat kulit berasa ketat dan regang. Walaupun keadaan itu tidak selalu merisaukan mengetahui sebabnya dapat membantu mengatasi masalah yang lebih serius.

Apakah penyebab kaki bengkak saat hamil?

Bengkak boleh dialami pada bila-bila masa sewaktu mengandung, tetapi ia cenderung diperhatikan kira-kira bulan kelima dan bengkak tersebut boleh menjadi semakin ketara semasa anda berada di trimester ketiga. Penyebab-penyebab berikut juga boleh mengakibatkan kaki bengkak saat hamil:

  • Pengekalan cecair semulajadi dalam badan
  • Tekanan pada urat akibat tambah berat badan
  • Pertukaran hormon
  • Musim panas
  • Berdiri untuk jangka masa yang panjang
  • Hari aktiviti yang panjang
  • Diet rendah kalium
  • Tahap pengambilan kafein yang tinggi
  • Tahap pengambilan natrium yang tinggi
Bengkak sedikit dijangkakan semasa hamil. Walaubagaimanapun, jika anda mengalami bengkak secara tiba-tiba di tangan dan muka anda dan bengkak ini rasa kesakitan, ia mungkin menjadi tanda preeklampsia. 
  • Perkara ini adalah penting untuk merujuk kepada doktor anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang secukupnya sebelum keadaan anda menjadi lebih teruk. Preeklampsia adalah satu keadaan yang boleh berlaku semasa mengandung yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi (hipertensi) dan protein dalam air kencing (proteinuria).
  • Jika tidak dikenalpasti dan diuruskan dengan betul, preeklampsia boleh berkembang menjadi eklampsia, yang melibatkan perkembangan sawan dalam wanita yang menghadapi preeklampsia. 
  • Eklampsia boleh menjadi serius bagi ibu dan bayi dan boleh membawa maut. Preeklampsia berlaku selepas minggu ke-20 kehamilan dan boleh berlaku pada hari-hari selepas kelahiran.
  • Sesetengah laporan menggambarkan preeklampsia boleh berlaku kira-kira 4 hingga 6 minggu selepas bersalin, walaupun kebanyakan kes preeklampsia selepas kelahiran berlaku dalam tempoh 48 jam selepas bersalin.
  • Preeklampsia dan eklampsia adalah paling biasa terjadi dalam kehamilan kali pertama. 

Apakah gejala kaki bengkak saat hamil?

Kaki bengkak yang mendadak atau berlebihan di tangan dan muka anda boleh menjadi tanda preeklampsia. Ini adalah keadaan yang serius di mana anda mengalami tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing. Ia biasanya berlaku selepas minggu kehamilan ke-20. Gejala-gejala preeklampsia yang lain adalah:

  • Pertambahan berat badan yang cepat disebabkan oleh peningkatan ketara dalam cecair tubuh
  • Sakit perut
  • Sakit kepala yang teruk
  • Perubahan dalam refleks
  • Pengurangan air kencing atau tiada pengeluaran air kencing
  • Pening
  • Kemuntahan yang berlebihan dan rasa loya
  • Perubahan penglihatan
Eklampsia pula melibatkan ciri-ciri preeklampsia serta tanda-tanda yang berikut:
  • Sawan
  • Kekejangan
  • Sakit kepala
  • Gangguan penglihatan

Apakah cara mengatasinya?

Bengkak pada kaki selalunya akan hilang setelah anda melahirkan bayi anda. Namun, semasa anda mengandung, anda boleh mencuba beberapa cara untuk mengurangkan bengkak atau mengatasinya. Antara rawatan yang boleh dipertimbangkan semasa kehamilan anda adalah:
  • Jangan mengurangkan pengambilan air. Anda memerlukan banyak cecair semasa kehamilan, biasanya sekurang-kurangnya 10 cawan setiap hari
  • Pengambilan makanan yang tinggi kalium, seperti pisang
  • Elakkan pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kafein
  • Elakkan berdiri untuk tempoh yang panjang
  • Kurangkan meluangkan masa di luar apabila musim atau cuasa panas
  • Rehat dengan kaki anda dinaikkan. Dua bantal biasanya akan memberikan anda ketinggian yang mencukupi. Ini menggalakkan cecair bergerak jauh dari kaki anda.
  • Pakai kasut yang selesa dan elakkan tumit tinggi
  • Pakai stoking ketat yang boleh menyokong dan membantu aliran darah
  • Elakkan pakaian yang ketat di pergelangan tangan atau pergelangan kaki anda
  • Rehat atau berenang di kolam
  • Gunakan pemampat sejuk di kawasan bengkak. Letakkan ais di kawasan bengkak secepat mungkin selama 15-20 minit. Kemudian, ulang setiap tiga hingga empat jam.
  • Kurangkan pengambilan natrium (garam) dan elakkan penambahan garam tambahan kepada makanan
Tiada ubat untuk preeklampsia dan eklampsia selain melahirkan bayi dengan segera. Keputusan mengenai sama ada ibu menjalani proses perlahiran melalui faraj atau menjalani pembedahan Cesarean bergantung kepada keterukan keadaan, serta usia kehamilan dan kesihatan janin. 
  • Wanita yang menghadapi preeklampsia ringan sering diinduksi pada kehamilan 37 minggu. Sebelum ini, mereka boleh diuruskan di rumah atau di hospital dengan pengawasan yang rapat. Ubat steroid boleh diberikan untuk mempromosikan pematangan paru-paru bayi. Wanita yang menghadapi preeklampsia ringan sebelum kehamilan minggu ke-37 sering kali dinasihatkan rehat tidur dengan pemantauan perubatan yang kerap.
  • Dalam kes preeklampsia yang teruk, perlahiran (induksi untuk perlahiran melalui faraj atau pembedahan Cesarean) biasanya dipertimbangkan selepas 34 minggu kehamilan. Risiko kepada ibu dan bayi dari penyakit itu mesti seimbang dengan risiko prematur dalam kes ini.
  • Magnesium sulfat intravena boleh diberikan kepada wanita dengan preeklampsia yang teruk untuk mencegah sawan. Ubat ini selamat untuk bayi. Suplemen oral yang mengandungi magnesium tidak berkesan dalam mencegah sawan dan tidak digalakkan. 
  • Ubat-ubatan seperti hydralazine untuk menurunkan tekanan darah juga boleh diberikan. Eclampsia adalah kecemasan perubatan. Ia dirawat dengan ubat-ubatan untuk mengawal sawan dan mengekalkan tekanan darah yang stabil dengan matlamat mengurangkan komplikasi untuk ibu dan bayi.
  • Magnesium sulfate digunakan sebagai rawatan pertama apabila sawan eklampsia berlaku. Sekiranya sawan tidak dikawal oleh magnesium sulfat, ubat lain seperti lorazepam (Ativan) dan phenytoin (Dilantin, Dilantin-125) boleh diberikan.
  • Pemeriksaan kehamilan rutin haruslah dijalani oleh para wanita yang mengandung semasa tempoh kehamilan mereka. Ini adalah untuk memantau kesihatan ibu dan janin serta memastikan perkembangan janin yang baik. Pemeriksaan rutin juga boleh mengenalpasti masalah atau penyakit yang dihadapi serta menjalani rawatan yang secukupnya untuk mencegah masalah kaki bengkak.

Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my mengenai kaki bengkak dan cara mengatasinya.Terima kasih. 

References