Bagaimana saya boleh mengesan tanda-tanda awal kanser pankreas(Pancreatic Cancer)?

Anonymous
Salam doktor. Ayah saya berumur 60 tahun dan merupakan pesara tentera, sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Baru-baru ini, ayah saya ada mengadu mengenai cirit-birit dan ia sudah berlanjutan selama 2 minggu, dan dia turut memberitahu tiada darah atau lendir yang kelihatan di najis tersebut. Dia turut cuba untuk membeli ubat anti cirit birit daripada farmasi tetapi ia tetap tidak sembuh. Selain daripada itu, ayah saya turut mengalami penurunan berat badan yang sangat mendadak iaitu sebanyak 10kg dalam masa sebulan. Ayah saya juga mengalami sakit-sakit di bahagian belakang yang terasa seperti sengal-sengal. Ia akan menjadi semakin teruk apabila ayah saya berbaring dan dia terpaksa tidur bersandar untuk mengurangkan kesakitan itu.
Disebabkan ayah saya terlalu risau dengan keadaan kesihatannya, dia telah mengambil keputusan untuk pergi ke hospital swasta untuk menjalani ujian imbasan CT. Hasil daripada ujian tersebut, ayah saya didiagnosis dengan kanser pancreas.

Saya ingin bertanya kepada doktor, apa itu kanser pankreas? Apakah tanda awal dan gejala untuk seseorang yang diberi diagnosis kanser pancreas dan apakah penyebab dan rawatan yang sesuai untuk penyakit ini?
Anonymous
Salam doktor. Ayah saya berumur 60 tahun dan merupakan pesara tentera, sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Jadi, apa itu kanser pankreas (pancreatic cancer)? Ia adalah kanser yang terbentuk di dalam sel pankreas dan ia terbahagi kepada dua kategori utama: (1) kanser daripada pankreas endokrin (bahagian yang menghasilkan insulin dan hormon lain) dipanggil "sel kecil" atau "tumor neuroendokrin pankreas atau PNET" dan (2) kanser daripada pankreas ‘exocrine’ (bahagian yang menghasilkan enzim).
Terima kasih atas soalan anda. Jadi, apa itu<strong> kanser pankreas (pancreatic cancer)</strong>? Ia adalah kanser... See More

Jenis kanser pankreas

Kanser pankreas boleh diklasifikasikan dalam banyak jenis kategori. Antaranya adalah:

93% daripada kanser pankreas adalah ketumbuhan “exocrine” (exocrine tumours). Kanser sebegini bermula di sel-sel exocrine pankreas, yang menghasilkan enzim yang membantu pencernaan. Ketumbuhan yang biasa daripada sel ini adalah Adenocarcinoma berkembang daripada sel-sel yang melapisi sistem saluran yang menyalurkan enzim ke usus kecil dan biasanya dirujuk sebagai “adenocarcinoma” pankreas.

Kanser pankreas endokrin (endocrine tumours) jarang berlaku dan biasanya ia membesar dengan perlahan berbanding dengan kanser pankreas exocrine. Tumor sel kecil selalunya melepaskan hormon ke dalam aliran darah dan seterusnya dicirikan oleh hormon yang dihasilkan olehnya (insulin, glucagon, gastrin, dan hormon lain).

Apakah tanda-tanda awal kanser pankreas?

Tanda-tanda awal untuk seseorang yang mempunyai kanser pankreas ialah:
  • Diabetes: terutama jika ia datang secara tiba-tiba. 40% daripada pesakit kanser pankreas telah diberi diagnosis diabetes satu hingga dua tahun sebelum mendapati mereka mempunyai tumor pankreas. Para penyelidik percaya kencing manis disebabkan oleh tumor yang belum dikesan lagi. Sekarang, mereka mengatakan sejarah keluarga adalah petunjuk penting. Sekiranya anda dikenalpasti menghidapi diabetes yang datang secara tiba-tiba dan anda tidak mempunyai ahli keluarga yang mempunyai diabetes, berjumpalah dengan doktor anda dan jalankan pemeriksaan lanjut untuk kanser pankreas.
  • Kuning mata atau kulit: Walaupun tumor pankreas adalah kecil, ia boleh menghalang saluran hempedu yang terletak di kepala pankreas, menyebabkan hempedu tersumbat dan ini menyebabkan jaundis (jaundice).
  • Kulit, tapak tangan dan tapak kaki akan terasa gatal: Kesan sampingan jaundis adalah tangan dan kaki akan mengalami kegatalan. Ini adalah disebabkan oleh reaksi kulit terhadap bilirubin, bahan kimia daripada hati berwarna coklat kekuningan yang menyebabkan penyakit kuning.
  • Kurang selera makan: Satu kajian Itali mendapati bahawa enam hingga lapan bulan sebelum diberi diagnosis dengan tumor pankreas, pesakit melaporkan penurunan secara tiba-tiba dalam selera makan mereka dan kecenderungan untuk merasa kenyang walaupun selepas makan sedikit.
  • Perubahan deria rasa: Dalam kajian yang sama, beberapa pesakit yang ditinjau berkata mereka tiba-tiba kehilangan rasa terhadap kopi, wain, dan merokok. Malah, mereka berkata, mereka rasa "jijik" untuk bau dan merasai kopi dan alkohol.
  • Sakit perut: Penghidap kanser pankreas akan mengalami kesakitan seperti nyeri-nyeri, daripada kejang tajam atau sakit, dan ia merebak ke arah belakang. Rasa sakit akan hilang apabila anda bengkokkan badan ke hadapan.
  • Pundi hempedu yang membesar: Penyumbatan terhadap saluran hempedu yang menyebabkan penyakit kuning juga boleh menyebabkan pundi hempedu membesar, kerana hempedu tersumbat di belakang saluran. Pundi hempedu yang membesar dapat dilihat melalui ujian pengimejan, dan mungkin juga seorang doktor boleh merasainya semasa ujian fizikal.
  • Najis berbau, pucat dan terapung: Jika tumor pankreas menghalang enzim pencernaan daripada disalurkan ke usus, ia akan menyebabkan kesukaran untuk mencerna makanan berlemak. Jadi ini akan menyebabkan najis yang cair, berbau dan terapung dalam air akibat daripada lemak yang berlebihan. Doktor mengatakan gejala ini, khususnya, boleh menjadi tanda awal dan terlalu sering diabaikan.
  • Najis yang gelap dan berwarna seperti tar: Pendarahan di bahagian awal usus menyebabkan gejala ini.
  • Penurunan berat badan secara tiba-tiba yang tidak dapat dijelaskan: Penurunan berat badan tidak semestinya tanda bahawa kanser tersebut telah merebak ke hati. Ia juga boleh berlaku kerana kekurangan enzim pankreas menyebabkan lemak dibuang daripada badan tanpa dicerna.

Apakah penyebab kanser pankreas?

Kebanyakan orang yang menghidap kanser pankreas tidak mempunyai sebarang faktor risiko. Antara faktor yang boleh menyumbang kepada risiko mendapat kanser pankreas adalah:

  • Faktor risiko yang terbesar adalah peningkatan usia; berumur lebih daripada 60 tahun meletakkan individu tersebut pada risiko yang lebih besar.

  • Merokok meningkatkan risiko mendapat kanser pankreas sebanyak 2-5 kali ganda

  • Sindrom genetik keluarga atau keturunan yang terhasil daripada mutasi genetik yang terdapat dalam keluarga dan meletakkan individu pada risiko yang lebih tinggi, seperti mutasi gen p16 dan K-ras. Sindrom familial adalah luar biasa, tetapi penting untuk memberitahu doktor jika orang lain dalam keluarga telah mendapat diagnosis kanser, terutama kanser pankreas.

  • Etnik Afrika-Amerika mungkin berisiko lebih tinggi kerana individu yang mempunyai anggota keluarga terdekat yang sebelum ini diberi diagnosis dengan kanser pankreas

  • Sejarah diabetes

  • Radang pankreas kronik (chronic pancreatitis)

  • Obesiti, gaya hidup yang tidak aktif, diet berlemak

Apakah gejala kanser pankreas?

Gejala kanser pankreas boleh jadi agak samar-samar dan ia boleh datang dan pergi. Gejala yang biasa terjadi termasuklah:
  • Sakit di bahagian abdomen
  • Hilang selera makan
  • Sakit belakang
  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • senak atau ketidakhadaman
  • Perubahan terhadap tabiat usus - termasuk steatorrhoea (najis pucat, berbau dan mungkin terapung), cirit-birit atau sembelit
  • Jaundis (kulit dan mata kuning, dan gatal-gatal)
  • Loya dan muntah
  • Kesukaran untuk menelan
  • Baru diberi diagnosis diabetes

Apakah rawatan kanser pankreas?

Rawatan untuk kanser pankreas bergantung kepada peringkat dan lokasi kanser serta status kesihatan anda. Bagi kebanyakan orang, matlamat pertama rawatan kanser pankreas adalah untuk menghapuskan kanser, jika boleh. Apabila itu bukan satu pilihan, fokusnya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup anda dan mencegah kanser daripada berkembang atau menyebabkan lebih banyak mudarat. Apabila kanser pankreas berada pada tahap terakhir atau semakin teruk, dan rawatan ini tidak memberikan sebarang manfaat, doktor anda akan menawarkan penjagaan paliatif yang menjadikan anda lebih selesa sebaik mungkin.
A) Pembedahan
Pembedahan yang digunakan untuk pesakit kanser pankreas termasuklah:
  • Pembedahan untuk tumor di kepala pankreas. Jika kanser anda terletak di kepala pankreas, anda mungkin dipertimbangkan untuk pembedahan yang dipanggil prosedur Whipple (pancreaticoduodenectomy).
  • Pembedahan untuk tumor melibatkan badan pankreas dan ekor pankreas.
  • Pembedahan untuk membuang seluruh pankreas.
  • Pembedahan untuk tumor yang menjejaskan pembuluh darah berhampiran.
Setiap pembedahan ini membawa risiko pendarahan dan jangkitan. Selepas pembedahan, sesetengah orang mengalami loya dan muntah sekiranya mengalami kesukaran untuk mengosongkan perut. Kemungkinan anda mengalami masa pemulihan yang panjang selepas mana-mana pembedahan ini. Anda akan menghabiskan beberapa hari di hospital dan kemudian pulih selama beberapa minggu di rumah.
B) Kemoterapi
  • Kemoterapi menggunakan ubat-ubatan untuk membantu membunuh sel kanser. 
  • Ubat-ubatan ini boleh disuntik ke dalam pembuluh darah atau diambil secara oral. Anda mungkin menerima satu ubat kemoterapi atau gabungannya.
  • Kemoterapi juga boleh digabungkan dengan terapi radiasi (kemoradiasi). Ia biasanya digunakan untuk merawat kanser yang telah merebak luar dari pankreas, tetapi hanya kepada organ-organ berdekatan dan bukan ke organ lain yang jauh dari pankreas.
C) Terapi radiasi
  • Terapi radiasi menggunakan tenaga yang tinggi, seperti yang diperbuat dari sinar-X dan proton, untuk memusnahkan sel kanser. 
  • Anda mungkin terima rawatan radiasi sebelum atau selepas pembedahan kanser, selalunya digabungkan dengan kemoterapi. 
  • Atau doktor anda boleh mengesyorkan kombinasi radiasi dan rawatan kemoterapi apabila kanser anda tidak dapat dirawat melalui pembedahan.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References