Berikut merupakan langkah pencegahan kanser servik:
1. Pengambilan vaksin
Oleh kerana punca utama kanser ini adalah disebabkan jangkitan HPV, maka pengambilan suntikan vaksin HPV dapat mencegah penyakit ini sehingga 70%. Ianya berfungsi dengan merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus tersebut. Supaya, sekiranya dijangkiti oleh virus tersebut, sistem pertahanan badan sudah bersedia untuk menghalang virus tersebut.
Bermula pada tahun 2010, vaksin HPV telah dimasukkan ke dalam jadual vaksin nasional Malaysia. Ia diberikan kepada remaja wanita berumur 13 tahun. Selain itu, ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser anogenital yang lain. Walaubagaimanapun, kesan optimum daripada vaksin ini cuma akan diperoleh oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks.
2. Ujian lumuran pap (pap smear)
Kaedah ini untuk mendiagnos kehadiran sel-sel yang tidak normal dan berpotensi untuk bertukar menjadi kanser. Garis panduan mencadangkan untuk semua wanita yang terdedah dengan hubungan intim mula membuat ujian ini pada umur 21 sehingga umur 65 tahun.
Sekiranya keputusan didapati positif, ujian ulangan boleh dibuat setahun sekali.
Wanita yang berikut boleh berhenti melakukan ujian ini:
- Berumur lebih dari 65 tahun dengan ujian lumuran pap negatif sepanjang tiga tahun berturut-turut disertai dengan keputusan normal sepanjang 10 tahun yang lepas.
- Telah melakukan pembedahan pembuangan rahim yang bukan disebabkan oleh ketumbuhan yang malignan.
3.Visual Inspection with acetic acid
Kaedah ini menggunakan asid acetic yang disapu ke pangkal rahim. Sekiranya sel di kawasan tersebut bertukar berwarna putih ia menunjukkan bahawa sel di kawasan tersebut tidak normal. Namun begitu kaedah ini tidak sesuai untuk wanita yang telah menopaus.
4. HPV DNA test
Kaedah ini mengesan kehadiran virus tersebut. Sampel diambil seperti mana sampel lumuran pap diambil. Oleh kerana kaedah ini lebih spesifik, sekiranya keputusan menunjukkan negatif, ujian ulangan boleh dibuat setiap 5 tahun.
Anda risau tentang darah haid keluar dengan banyak sehingga berasa letih? Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan !