Kantung mata biasanya adalah masalah kosmetik dimana ia menyebabkan penampilan yang kurang menarik. Akan tetapi masalah ini jarang menjadi tanda keadaan perubatan yang serius.
Kantung mata adalah keadaan yang disebabkan pembengkakan ringan atau kembang di bawah mata. Salah satu faktor yang tidak dapat diubah yang menyebabkan kantung mata adalah usia. Struktur dan otot tisu yang menyokong kelopak mata anda menjadi lemah seiring dengan peningkatan usia. Kulit mungkin mulai kendur, dan lemak yang biasanya berada di kawasan sekitar mata (orbit) boleh bergerak ke kawasan di bawah mata anda. Bukan itu sahaja, ruang di bawah mata boleh mengumpulkan cecair, menjadikan kawasan bawah mata kelihatan bengkak. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menyumbang atau memburukkan lagi kesan ini. Antaranya adalah:
- Pengumpulan cecair, terutama selepas bangun atau selepas makan masin- makanan yang masin mengandungi kandungan sodium yang tinggi. Terlalu banyak sodium akan menahan air di dalam badan. Hal ini menyebabkan kulit nipis di sekitar matalebih berisiko tinggi menjadi bengkak
- Kurang tidur- hal ini boleh menyebabkan otot di sekitar mata lemah selain dari kehilangan kolagen di bawah mata. Ini menyebabkan cecair terkumpul di kawasan itu dan menyebabkan bengkak.
- Alahan- Alahan menyebabkan cairan berkumpul di sinus dan di sekitar mata anda. Ini berlaku kerana sel pelindung di mata anda (sel mast), mengeluarkan histamin untuk melawan alergen. Ini menjadikan mata anda sensitif dan berair.
- Merokok- ianya boleh merengsakan mata. Ia juga boleh menyebabkan reaksi alergi sekiranya seseorang berada dekat dengan perokok. Ini boleh menjadikan air mata berair dan menyumbang kepada pembengkakan bawah mata.
- Keturunan - kantung mata boleh diwarisi dalam keluarga