Memandangkan gas ini amat berbahaya, adalah penting bagi anda untuk mengamalkan langkah mudah ini agar anda tidak lagi berisiko menghadapi keracunan gas tersebut.
- Memasang alat pengesan gas karbon monoksida
- Buka pintu garaj anda jika anda sedang menghidupkan enjin kenderaan
- Gunakan peralatan gas untuk memasak yang diiktiraf
- Gunakan peralatan memasak anda diruang yang mempunyai pengudaraan yang baik
- Jika anda ada corong membakar dirumah, pastikan pengudaraan di dalam ruang tersebut dalam keadaan baik
- Berhati-hati dalam menggunakan cecair yang menghasilkan gas ini
Kenal pasti juga golongan yang berisiko tinggi untuk alami gejala serius gas ini. Awasi gejala-gejala keracunan gas tersebut pada golongan berikut:
Bayi dalam kandungan amat mudah mengalami kekurangan oksigen sehingga menyebabkan keguguran atau kematian
Kanak-kanak lebih kerap bernafas dengan laju berbanding orang dewasa. Maka, mereka akan menghirup udara yang dipenuhi gas dengan lebih tinggi berbanding orang dewasa.
Mereka mempunyai risiko tinggi untuk mengalami kerosakan otak secara kekal.
Pesakit ini akan lebih berisiko mengalami kegagalan fungsi jantung
- Mangsa keracunan yang telah pengsan
Mereka ini telah terdedah kepada gas karbon monoksida pada kadar yang tinggi dan dalam tempoh yang lama.
Kenal pasti jika anda berada pada ruang bahaya yang boleh mengumpulkan gas ini pada tahap yang tinggi, kenal pasti jika anda adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi teruk keracunan gas ini dan ketahui langkah-langkah segera serta kecemasan yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda tidak mengalami komplikasi buruk gejala ini.