Banyakkah kebaikan epal hijau (Green Apple) dari aspek khasiat dan kesihatan?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pesara polis berumur 62 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya yang berumur 54 tahun adalah seorang ahli peniaga bagi sebuah syarikat. Kami mempunyai 4 orang anak yang sedang belajar di sekolah menengah dan juga universiti. 

Sejak belakangan ini, saya mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Oleh itu, saya mudah sakit kepala serta pening dan keletihan dari semasa ke semasa. Masalah ini mengganggu keupayaan saya untuk membantu isteri saya dalam hal ehwal rumah tangga. Lawatan ke klinik berdekatan beberapa minggu yang lalu telah mengejutkan doktor apabila melihat tekanan darah saya yang tinggi lalu telah memberi rawatan kecemasan dengan preskripsi ubat untuk masalah tekanan darah tinggi saya. Saya tidak suka untuk mengambil sebarang ubat kerana bimbang kesan sampingan pengambilan ubat untuk jangka masa panjang.

Pada pendapat saya, bahan-bahan semula jadi lebih efektif untuk merawat masalah kesihatan. Saya telah membaca sebuah artikel mengenai khasiat buah epal hijau yang dapat merawat tekanan darah tinggi ini. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya mengenai kebaikan epal hijau ini?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pesara polis berumur 62 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya yang berumur... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Pengambilan epal hijau untuk membantu menurukan tekanan darah tinggi  kerana epal hijau merupakan bahan semula jadi yang berfaedah untuk kesihatan. Selain itu, buah epal hijau ini bukan sahaja dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi malah dapat memastikan aliran darah dalam badan sentiasa lancar serta membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Justeru itu, penyakit berkaitan dengan sistem kardiovaskular dapat dihindari. Epal hijau ini bukan sahaja mempunyai khasiat dalam buahnya sahaja malah kulit buah ini juga mengandungi vitamin bagi membantu permukaan kulit agar sentiasa cantik berseri.
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Pengambilan<strong>&nbsp;epal hijau</strong>&nbsp;untuk membantu&nbsp;<str... See More

Apakah itu epal hijau

Epal merupakan sejenis buah yang ditanam secara meluas di Asia Barat. Buah ini terdiri daripada dua warna iaitu warna merah dan warna hijau. Kebanyakan orang lebih berminat mengambil epal merah kerana ianya lebih manis berbanding epal hijau. Namun demikian, epal hijau mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding epal merah kerana ianya mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Apakah kebaikan epal hijau

  • Epal hijau seperti yang diketahui ramai mempunyai banyak kebaikannya yang dapat membantu dalam menangani penyakit tiga serangkai dalam masyarakat Malaysia.
  • Kebaikan utama epal hijau ialah membantu menurunkan tekanan darah yang tinggi. Hal ini demikian kerana dikatakan bahawa epal hijau ini mengandungi bahan-bahan yang membolehkan tekanan darah yang tinggi diturunkan serta banyak membantu melancarkan pengaliran darah kita.
  • Epal hijau banyak digunakan oleh mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan mereka kerana epal hijau memberi tenaga yang cukup sekali gus mencegah kelaparan. Justeru itu, jika diamalkan secara konsisten, anda akan dapat melihat perubahan secara progresif.
  • Di samping itu juga, pengambilan jus epal hijau yang dikisar bersama sayur saleri dikatakan dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Jus ini haruslah diminum setiap pagi dengan perut kosong setiap hari untuk menyingkirkan segala toksin dalam badan sekali gus melancarkan proses pembuangan air besar.
  • Epal hijau yang kaya dengan vitamin A, B dan C juga dapat menyerikan dan memastikan kecantikan kulit. Selain itu, khasiat serta vitamin yang terkandung dalam buah ini dapat memastikan kulit kita tidak dicemari pertumbuhan jerawat dan meninggalkan parut.
  • Tambahan pula, golongan individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi disarankan untuk banyak mengambil epal hijau. Pengurangan tahap kolesterol dititikberatkan oleh pakar perubatan kerana dapat membantu mencegah penyakit jantung serta masalah kesihatan yang lain.
  • Kebaikan epal hijau yang lain adalah dalam menghalang kerosakan gigi. Hal ini demikian kerana apabila mengunyah epal, air liur yang banyak akan dihasilkan. Penghasilan banyak air liur dapat mengurangkan bakteria dalam mulut sekali gus mencegah kerosakan gigi.
  • Khasiat epal hijau yang berfaedah ini juga terdapat pada bahagian kulit buah ini. Oleh itu, anda disarankan untuk memakan buah epal bersertakan kulitnya kerana vitamin dan mineral kulit epah membantu membina malah memperkukuhkan sistem imunisasi.

Apakah perbezaan epal hijau dan epal merah

Walaupun kedua-dua ini adalah buah epal namun masih terdapat perbezaan yang ketara antara mereka. Antara perbezaannya adalah dari segi:

  1. Kandungan gula: Didapati buah epal merah mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding dengan buah epal hijau. Justeru itu, buah epal hijau lebih bersesuaian bagi golongan yang ingin berdiet.
  2. Kandungan asid: Dipercayai kandungan asid “malic” dalam epal hijau jauh lebih banyak berbanding epal merah. Hal ini demikian kerana epal hijau mempunyai sifat asidik yang terbukti dengan rasa masam dibandingkan dengan epal merah yang rasanya manis. Justeru itu, epal hijau lebih sesuai digunakan untuk golongan yang dipercayai mempunyai masalah batu karang.
  3. Kandungan antioksidan: Antara kedua-dua epal ini, kandungan antioksidan lebih tinggi dalam epal merah berbanding dengan epal hijau. Antioksidan sangat penting dalam badan kerana dapat mengurangkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas merupakan punca banyak masalah kesihatan.
  4. Rasa: Kedua-dua epal ini mempunyai rasa yang berbeza. Epal merah lebih manis dan digemari oleh kanak-kanak kecil. Epal hijau yang masam pula disukai oleh segelintir orang dewasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai kebaikan epal hijau, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References