Manfaat dan kebaikan spirulina kepada kesihatan tubuh badan?

Anonymous
Hello doktor. Saya seorang suri rumah berumur 42 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai kebaikan pengambilan spirulina. Saya sedang mencari suplemen tambahan untuk diambil setiap hari. Saya sudah mencuba pelbagai jenis suplemen tambahan tetapi kesemuanya tidak memberi kesan terhadap kesihatan malahan saya turut mengalami komplikasi daripada pengambilan suplemen tersebut. Sehubungan dengan itu, saya telah berhenti mengambil sebarang suplemen tambahan. Tetapi baru-baru ini, kawan saya ada mengesyorkan spirulina sebagai suplemen. Menurut kawan saya, spirulina ini mengandungi banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan tetapi saya masih ragu-ragu dengan keberkesanan spirulina ini.

Pada pendapat doktor, patutkah saya ambil spirulina ini sebagai suplemen tambahan? Apakah khasiat dan kesan sampingan yang saya akan peroleh daripada mengambil spirulina ini. Saya harap doktor dapat berkongsi sedikit pendapat dengan saya.
Anonymous
Hello doktor. Saya seorang suri rumah berumur 42 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya ingin ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Terlebih dahulu, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat dengan lebih terperinci. Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai jenis suplemen tambahan yang mudah didapati tetapi anda harus berhati-hati dengan sumbernya dan berbincang dengan doktor sebelum menggunakannya. Menurut kajian, khasiat spirulina untuk tubuh badan diiktiraf seluruh dunia tetapi untuk sebilangan kecil pengguna, ia masih boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan.
Terima kasih atas soalan anda. Terlebih dahulu, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu unt... See More

Apakah itu spirulina

Spirulina adalah serbuk semulajadi "alga" (cyanbacteria) yang kaya dengan protein dan sumber antioksidan yang berfaedah, B-vitamin dan nutrien lain.. Apabila diproses dengan betul dari kolam dan air yang tidak tercemar, ia adalah sumber nutrien yang paling mudah didapati.

Sebahagian besar spirulina mengandungi protein dan asid amino penting, dan biasanya lebih disyorkan untuk ‘ vegetarian’ disebabkan zat besi semulajadi yang tinggi dalam spirulina sekali gus menjadikannya sesuai digunakan semasa kehamilan, selepas pembedahan, atau apabila sistem imun memerlukan rangsangan.

Apakah fungsi spirulina

Spirulina mempunyai beberapa elemen nutrisi yang dapat meningkatkan kesihatan. Antaranya:

Ia adalah sumber yang baik untuk:
  • Protein: Spirulina dianggap sebagai sumber lengkap protein yang berkualiti tinggi dan sering dibandingkan dengan telur untuk jumlah protein setiap gram.
  • Vitamin B1: Juga dikenali sebagai Thiamin. Vitamin ini diperlukan untuk penghadaman lemak dan protein. Ia sering diambil untuk meningkatkan tenaga, fungsi otak dan fungsi saraf serta menambahbaikkan kesihatan mata.
  • Zat Besi: Spirulina adalah makanan kegemaran untuk vegetarian dan vegan kerana ia merupakan salah satu sumber tumbuhan terbaik untuk zat besi. Bagi mereka yang mengambil daging, ia mempunyai bentuk besi yang mudah diserap oleh sistem pencernaan.
  • Kalsium: Mempunyai lebih daripada 26 kali kalsium yang terdapat dalam susu.
  • Spirulina Mempunyai lebih daripada 26 kali kalsium yang terdapat dalam bahan tenusu. Spirulina adalah sumber utama nutrien lain termasuklah vitamin B-1 (tiamin), B-2 (riboflavin), B-3 (nikotinamida), B-6 (pyridoxine), B-9 (asid folat), vitamin C, vitamin D, vitamin A dan vitamin E. 
  • Ia juga merupakan sumber kalium, kalsium, kromium, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, selenium, sodium dan zink.
  •  Spirulina mengandungi banyak pigmen yang bermanfaat pada badan.
2) Mengandungi Gamma Linolenic Acid (GLA) & Omega-3s

Spirulina mengandungi Gamma Linolenic Acid dan Omega-3s. Spirulina mengandungi 65% protein dan asid amino termasuk asid gamma linolenic (GLA) yang berfaedah dari segi sifat anti-radangnya terutamanya apabila diambil dengan suplemen Omega-3 yang lain.

3) Boleh Membantu Seimbangkan Gula dalam Darah

Kajian menunjukkan bahawa spirulina mungkin dapat membantu dalam mengimbangkan gula dalam darah dan mungkin berfungsi sebagai suplemen tambahan untuk ubat diabetes. Kajian lain menunjukkan bahawa ia bukan sahaja menurunkan gula dalam darah malah dapat menurunkan kadar HbA1c. HbA1c merupakan penanda jangka masa panjang bagi paras gula dalam darah.

4) Antioksidan yang kuat
Antioksidan adalah komponen yang melindungi sel tubuh badan daripada kerosakan. Penyelidikan bertahun-tahun telah memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengambil bahan semula jadi yang mempunyai antioksidan.

5) Boleh Membantu Mereka yang Mempunyai Alergi
Sesetengah penyelidikan mencadangkan bahawa Spirulina dapat membantu mereka yang mempunyai alahan dan tindak balas alergi. Hal ini demikian kerana ia mungkin mampu mengurangkan keradangan yang menyebabkan kesesakan hidung dan isu-isu lain. Berdasarkan kajian saintifik, sesetengah pengguna spirulina menyedari bahawa terdapat perbezaan dalam tahap serius simptom allergi mereka seperti kurang kesesakan hidung, gatal-gatal, dan bersin.

6) Membantu Menyingkirkan Logam Berat dalam Badan

Spirulina boleh bergabung dengan logam berat di dalam badan dan membantu menyingkirkannya. Ia juga tinggi dengan kandungan klorofil yang membantu menghilangkan toksin dalam darah dan meningkatkan sistem imunisasi. Malah terdapat kajian yang mendapati bahawa kombinasi 500 miligram spirulina dan suplemen zink setiap hari boleh mengurangkan separuh daripada tahap arsenik dalam badan.

7) Ketahanan otot

Spirulina boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak semasa senaman. Kandungan antioksidannya yang tinggi bermanfaat dalam mengurangkan proses oksidasi sel yang selalunya mengakibatkan keletihan otot.

Apakah kesan sampingan spirulina

Kesan sampingan yang memerlukan perhatian pengguna Spirulina adalah:

  • Mereka yang mempunyai PKU (‘phenylketonuria’) harus berunding dengan doktor sebelum mengambil spirulina kerana ia mengandungi asid amino.
  • Mereka yang mengambil  ubat anti-darah beku perlu berunding dengan doktor sebelum memulakan (atau berhenti) mengambil Spirulina.
  • Sesetengah orang yang mempunyai penyakit autoimun tidak sesuai mengamalkan suplemen ini.
  • Jika anda sedang mengandung, menyusu atau mempunyai sebarang masalah kesihatan, berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu kerana ia tidak digalakkan untuk wanita hamil atau menyusu.

Apakah cara untuk ambil spirulina

Terdapat dua cara pengambilan spirulina iaitu:
*Serbuk Spirulina - Paling mahal tetapi mempunyai rasa yang kurang menyelerakan.
*Kapsul Spirulina - Tablet kecil yang dipanggil "EnergyBits." Sangat mudah untuk diambil dan tiada rasa yang tidak menyelerakan.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh di klinik atau hospital. Jika tiada sebarang kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.
 Terima kasih.

References