Dikemaskini pada: Jun 5, 2020
Terima kasih atas soalan anda. Gejala-gejala yang anda alami tidak mungkin disebabkan oleh keracunan nikotin. Ini adalah kerana keracunan nikotin mempunyai gejala-gejala lain yang lebih serius dan parah. Mujurnya, anda tidak mengalami gejala yang serius. Gejala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh punca-punca lain seperti minum kopi dan stres. Tidak semestinya semua orang mesti mengalami keracunan nikotin. Keracunan nikotin berlaku jika mengambil sumber nikotin lebih daripada apa yang badan boleh tahan. Orang yang mengalami ciri-ciri keracunan nikotin yang serius haruslah berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin untuk mendapatkan rawatan segera kerana jika tidak memperoleh rawatan yang secukupnya dalam tempoh tertentu, keadaan boleh menjadi lebih teruk dan menyebabkan kematian.
Rujukan
Soalan berkenaan - keburukan vape kepada kesihatan, bahaya vape, kesan hisap vape, bahaya vape bagi wanita, bahaya vape untuk anak kecil
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my