Terapkan Amalan Ini Apabila Berada Di Luar Rumah Semasa Wabak COVID-19!

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 11, 2020

Soalan:
Selamat sejahtera doktor. Semenjak wabak COVID-19 ni melanda, kita tahu yang kerajaan telah menguatkuasakan PKP. Hal ini akan memberi manfaat untuk masa depan serta kesihatan rakyat di negara kita. Tetapi saya ada persoalan, bagaimanakah caranya kalau kita masih hendak keluar rumah? Maksud saya, kita kan ada barang keperluan yang hendak dibeli dan sebagainya. Selamat ke jika kita keluar rumah? Tetapi kalau hanya duduk di rumah, nanti takut kebulur sebab barang keperluan dan makanan tidak dibeli. Jadi bagaimana ya doktor? Ada ke tips untuk kekalkan kesihatan dan kebersihan semasa berada di luar rumah untuk jangka masa tempoh PKP dan wabak COVID-19 ini? Terima kasih doktor.
Jawapan:
Selamat sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan dan soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, ya memang benar kita berada di waktu yang genting dimana penguatkuasaan PKP adalah diwajibkan dan terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa berada di luar rumah terutamanya berkenaan aspek kebersihan diri dan penjarakan sosial. Dengan mengamalkan penjarakan sosial dan tata tertib semasa di luar, keselamatan diri dan orang awam yang tidak mempunyai gejala akan terjaga. Anda disarankan untuk baca dengan lebih lanjut berkenaan tips untuk memastikan keselamatan diri jika berada di luar rumah semasa wabak COVID-19 di bawah.

Krisis wabak COVID-19 yang melanda dunia kini telah memaksa banyak negara untuk menguatkuasakan undang-undang perintah kawalan pergerakan. Hal ini untuk membendung wabak ini daripada terus merobek kesihatan rakyat di negara yang terjejas. Dengan adanya undang-undang tersebut, rakyat akan cenderung untuk duduk di rumah berbanding keluar dan hal ini akan mengurangkan kadar jangkitan dan penyebaran penyakit tersebut. Namun, persoalannya di sini adalah sejauh manakah kita mampu bertahan hanya duduk di rumah tanpa membeli barang keperluan untuk melangsungkan kehidupan seharian? Jika keluar rumah, tidakkah kita akan terdedah dengan risiko jangkitan penyakit tersebut dan apakah ada langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan semasa berada di luar rumah? Jadi, adalah penting untuk mengetahui langkah-langkah yang patut diambil ketika keluar rumah semasa wabak COVID-19 bagi mengelakkan dan mengurangkan risiko jangkitan.

  • Memakai topeng muka semasa berada di luar rumah

Topeng muka adalah disarankan untuk dipakai lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergejala. Topeng muka yang sesuai adalah yang mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) lapis dan topeng muka yang sama digunakan oleh anggota dan petugas kesihatan. Hal ini kerana topeng muka tersebut mampu mencegah penyebaran atau transmisi titisan cecair mereka yang batuk atau bersin dan hal ini secara tidak langsung boleh menghalang si pemakai daripada dijangkiti wabak berkenaan.

  • Elakkan menggunakan jari untuk menyentuh sesuatu

Kedengaran seperti mustahil. Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan tanpa menggunakan jari apabila berada di luar rumah? Seperti contoh, jika hendak menolak pintu atau membuka pintu di kedai, adalah disarankan untuk menggunakan anggota badan yang jarang digunakan untuk menyentuh muka seperti menggunakan siku atau lutut. Oleh kerana tangan digunakan untuk menyentuh muka, maka jika tangan tersebut tercemar dengan memegang permukaan yang telah terjejas, menggunakan anggota badan lain untuk melakukan sesuatu di luar mampu mengatasi masalah tersebut.

  • Kurangkan masa ketika membeli barang & beli apa yang perlu sahaja

Apabila keluar rumah untuk membeli barang keperluan rumah, jangan mengambil peluang tersebut untuk bersiar-siar dan menikmati keindahan dunia luar. Sebaliknya, kita dinasihatkan untuk mengurangkan masa ketika membeli barang dan membeli barang keperluan sahaja kerana selagi kita berada di luar dan bersemuka dengan orang lain, risiko jangkitan juga meningkat.

  • Amalkan penjarakan sosial

Sentiasa ingat akan penjarakan sosial iaitu dengan memastikan jarak kita dengan orang lain adalah sekurang-kurangnya 2 meter. Hal ini boleh diamalkan lebih-lebih lagi ketika beratur di tempat awam samada ketika beratur untuk melakukan pembayaran di kaunter, di bank atau di mana-mana tempat lagi. Langkah ini mampu mengelakkan diri daripada dijangkiti orang terdekat yang sedang batuk atau bersin.

  • Hadkan penggunaan wang tunai

Cuba bayangkan betapa ramainya orang yang telah menggunakan atau memegang wang kertas yang ada di dalam dompet kita. Apakah yang akan terjadi jika wang kertas tersebut adalah kepunyaan mereka yang telah dijangkiti sebelum ini. Alangkah eloknya jika kita memanfaatkan kemudahan teknologi yang ada sekarang dimana pembayaran tidak semestinya dilakukan melalui wang tunai tetapi ianya boleh dilakukan menggunakan kemudahan kad bank, menggunakan aplikasi pembayaran melalui telefon pintar dan sebagainya.

  • Sentiasa basuh tangan apabila berada di rumah

Tips yang diketahui ramai dan juga yang paling penting adalah untuk basuh tangan apabila sampai di rumah. Setelah keluar rumah dan bersusah payah mencari barang keperluan, apabila tiba di rumah, adalah sangat digalakkan untuk menukar baju dan membersihkan badan ataupun mandi untuk memastikan kebersihan diri sentiasa terjamin seterusnya dapat mengelakkan penyebaran wabak COVID-19 secara tidak langsung.

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!