Adakah kencing berbuih (Foamy Urine) berkaitan dengan sakit pinggang?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Mac 18, 2021

Sulit
Salam doktor, saya seorang wanita berumur 35 tahun. Saya sudah berkahwin selama 15 tahun. Saya ada 3 orang anak beranak berumur 10 tahun, 7 tahun dan 2 tahun. Saya mengalami masalah air kencing berbuih sejak 1 minggu dan sakit perut di bahagian bawah perut. Saya juga ada sakit belakang sejak 1 minggu. Saya tidak dapat membonggok untuk mengambil barang dari lantai ataupun mengangkat anak saya.  Sakit tersebut bertambah teruk setiap pagi bila saya bangun dari tidur.
Saya selalu tidak dapat minum air sepanjang hari kerana kerja saya selalu sibuk sejak 2 bulan ini. 

Kencing saya juga berbau busuk sejak 3 hari lepas. Saya pernah mengalami masalah yang sama bila saya mengandung dengan anak yang ketiga tetapi masa itu mereka berkata bahawa air kencing saya kotor dan saya diberi ubat antibiotik selama satu minggu. Selepas masa itu sekarang sahaja saya mengalaminya sekali lagi.Ada sesetengah artikel yang mengatakan bahawa air kening berbuih adalah tanda hamil. Adakah saya mengandung? 

Ayah saya pernah mengalami masalah air kencing berbuih  dan dia didiagnosi dengan masalah buah pinggang dan terpaksa mengalami dialisis. Apakah punca air kencing berbuih dan apakah cara mengatasi air kencing berbuih?

Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam puan, saya akan menjawab soalan puan. Pada masa ini puan tidak perlu panik. Saya akan jelaskan sedikit sebahagian mengenai air kencing berbuih. Air kencing berbuih adalah satu keadaan yang dianggapi bermasalah tetapi selalunya adalah normal. Mengeluarkan air kencing berbuih sesetengah masa adalah normal, kerana kelajuan kencing dan faktor lain boleh mempengaruhi ini. Tetapi anda perlu berjumpa dengan doktor anda jika anda mempunyai air kencing berbuih yang berterusan yang menjadi lebih ketara dari semasa ke semasa. Padahal untuk rawatan, ia adalah berdasarkan punca air kencing berbuih yang berbeza - beza mengikuti punca air kencing berbuih. Tahap air kencing normal adalah apabila anda tiada masalah kesihatan lain dan tiada tanda - tanda masalah kesihatan lain. Pada masa ini anda tidak perlu risau. Jikalau anda masih ada sebarang soalan mengenai tahap air kencing berbuih yang normal, anda boleh berbingcang dengan doktor kami.

Punca air kencing berbuih adalah banyak. Sesetengah masa punca air kencing berbuih bukanlah masalah kesihatan, dan buih dalam air kencing adalah normal. Misalnya, 

  1. Pencuci tandas yang berinteraksi dengan air kencing dan menyebabkan ia berbuih.
  2. Kelajuan air kencing juga menyebabkannya sesetengah masa.
  3. Dihydrasi 

Air kencing berbuih yang tidak normal disebabkan oleh masalah kesihatan seperti :

  1. Jangkitan kuman pundi kencing 
  2. Masalah buah pinggang
  3. Kehamilan
  4. Masalah darah tinggi masa mengandung
  5. Eklampsia
  6. Diet tinggi dengan protein

Punca air kencing berbuih yang disebabkan oleh masalah kesihatan boleh dipastikan dengan ujian air kencing. Untuk jangkitan kuman pundi kencing, ujian akan menunjukkan tahap sel putih yang tinggi. Masalah buah pinggang boleh dipastikan ujian ultrasound dan juga ujian air kencing. Kehamilan boleh dipastikan dengan ujian hamil. Masalah darah tinggi semasa mengandung dan juga eklampsia boleh didiagnosi dengan ujian air kencing dan ujian darah. Diet tinggi dengan protein boleh dipastikan dengan tabiat makanan. 

Selain daripada ini, anda juga boleh berbincang dengan doktor kami untuk memastikan cara mendiagnosis masalah air kencing berbuih.

Tanda - tanda yang selalu mengiring air kencing berbuih adalah:

  • Sakit perut
  • Rasa mual
  • Sakit belakang
  • Sakit pinggang
  • Muntah
  • Air kencing pedih
  • Air kencing berdarah
  • Kesakitan kencing
  • Air kencing berwarna gelap
  • Air kencing mendung
  • Perubahan dalam jumlah air kencing yang dihasilkan
  • Masalah tidur
  • Kehilangan selera makan
  • Keletihan
  • Bengkak di bahagian kaki, tangan dan muka

Tanda air kencing berbuih adalah tanda sakit buah pinggang bila ia diikuti dengan tanda - tanda seperti :

  • Demam
  • Mual 
  • Muntah
  • Sakit belakang
  • Sakit pinggang
  • Bengkak di bahagian kaki, tangan atau muka

Tanda - tanda ini selalunya adalah disebabkan punca air kencing yang dinyatakan diatas. Anda perlu pastikan tanda - tanda lain yang anda mangalami selain daripada air kencing berbuih untuk mendapatkan diagnosi yang tepat dengan bercakap dengan doktor kami.


Rawatan untuk air kencing berbuih adalah berdasarkan punca air kencing berbuih. 

  • Untuk air kencing berbuih yang tidak disebabkan oleh masalah kesihatan anda tidak perlu membuat apa- apa. Anda hanya perlu minum lebih banyak air dan juga air yang berkhasiat dan kaya dengan minerals dan vitamins. 

  • Anda juga perlu minum sekurang - kurang 8 gelas air setiap hari.

  • Untuk punca air kencing berbuih yang disebabkan oleh masalah kesihatan anda perlu merawat masalah yang menyebabkan air kencing berbuih dan masalah tersebut akan hilang dengan sendiri.


Jangkitan kuman pundi kencing

Untuk jangkitan kuman pundi kencing anda boleh mengambil ubat antibiotik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dos untuk ubat antibiotik adalah berdasarkan pada berat badan anda, bagi wanita yang mengandung anda mempunyai jenis antibiotik yang berlainan dengan individu biasa. Ubat - ubat antibiotik ini hanya boleh diambil selepas konsultasi dengan doktor kerana anda tidak boleh mengambil ubat - ubat ini tanpa preskripsi dan perlu diambil mengikut keterukan jangkitan tersebut.

Bagi wanita yang mengandung, anda mempunyai jenis ubat antibiotik khas yang berlainan daripada individu lain. Justeru amat penting untuk anda memaklumkan status kehamilan anda kepada doktor sewaktu pemeriksaan kesihatan dilakukan.

Untuk mendapatkan ubat - ubat yang sesuai dengan diri anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami.


Masalah buah pinggang 

Manakala untuk masalah buah pinggang anda perlu memastikan punca masalah buah pinggang tersebut. Punca - punca masalah buah pinggang adalah :

  • Kencing manis

  • Sakit darah tinggi

  • Jangkitan kuman Streptococcus

  • Masalah autoimun

Rawatan untuk air kencing berbuih jikalau puncanya ialah masalah buah pinggang adalah untuk menyelesaikan masalah tersebut mengikut sebabnya dengan ubat yang sesuai. Sesetengah masalah buah pinggang memerlukan dialisis sebagai rawatan.


Kehamilan

Ada sesetengah masanya punca kencing berbuih adalah disebabkan oleh kehamilan. Anda boleh memastikannya dengan ujian hamil. Jikalau anda memang mengandung dan tiada tanda - tanda lain anda tidak perlu risau dan ia akan hilang dengan sendiri.


Sakit Darah Tinggi & Eklampsia masa mengandung

20% peratus daripada wanita yang mengandung akan mengalami sakit darah tinggi dan eklampsia, dan satu daripada tandanya adalah air kencing berbuih. Ia boleh dirawat dengan ubatan yang diberikan melalui preskripsi doktor.

Semua jenis ubatan hanya boleh diambil selepas mendapat konsultasi daripada doktor dan juga selepas didiagnosis dengan penyakit tersebut kerana ia mengandungi risiko - risiko tersendiri. Anda boleh berbincang dengan doktor kami untuk memastikan ubat yang terbaik untuk anda.


Diet tinggi dengan protein

Ada sesetengah orang yang berdiet dan hanya makan protein sahaja sebagai sumber makanan, dalam kes - kes ini mereka juga akan mengalami air kencing berbuih. Untuk menyelesaikannya mereka hanya perlu mengubah diet mereka dan masalah kencing berbuih akan selesai dengan sendiri.


Rawatan di rumah untuk air kencing berbuih

Anda boleh merawati air kencing berbuih di rumah juga pada sesetengah masa. Misalnya jika anda mengalami jangkitan kuman anda juga mencuba rawatan tradisional tersebut :

  • Minum air kelapa ataupun jus kranberi, ia akan membersihkan saluran kencing

  • Makan ubat vitamin C, vitamin C dikatakan akan melawan jangkitan kuman tersebut

  • Kurangkan air yang berkarbonat dan juga kopi kerana ia akan menyebabkan jangkitan kuman pundi kencing untuk bertambah teruk

  • Makan lebih lobak putih dan juga labu botol, dikatakan akan mengurang kepedihan semasa kencing dan juga jangkitan kuman pundi kencing.

  • Anda juga boleh mengelak daripada mendapatkan masalah air kencing berbuih dengan tidak menahan air kencing. Jika anda menahan air kencing anda, ia akan menggalakkan kuman untuk membiak dalam pundi kencing anda. 

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda ada sebarang tanda - tanda selain daripada air kencing berbuih, sebagai demam, sakit pinggang, sakit perut, air kencing berdarah dan sebagainya. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jikalau anda mengalami masalah ini semasa mengandung kerana jangkitan kuman ataupun masalah buah pinggang boleh menyebabkan masalah untuk kandungan anda. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jikalau anak anda mengalami masalah tersebut, kerana masalah air kencing berbuih di kalangan kanak - kanak adalah bahaya dan boleh menunjuk kepada masalah yang lebih serius. 

Saya berharap jawapan yang saya berikan boleh menyelesaikan keraguan anda. Jikalau anda ada sebarang keraguan ataupun soalan lain, anda boleh berbincng dengan doktor kami.

Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Soalan berkenaan - kencing berbuih tanda penyakit apa, kencing berbuih tanda mengandung, cara menghilangkan kencing berbuih, Tanda sakit pinggang, Foamy Urine

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)