Punca Menyebabkan Kentut Vagina Serta Cara Untuk Mengatasi Dan Juga Rawatan

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Februari 7, 2020

Soalan:

Salam sejahtera doktor, saya merupakan ibu kepada 4 orang anak dan kini berumur 43 tahun. Soalan saya mungkin kedengaran agak kelakar kerana ia melibatkan perbuatan membuang angin atau lebih mudah dikenali sebagai kentut. Namun isu kentut yang saya ingin utarakan ini sedikit berbeza daripada kebiasaan kerana ia keluar dari organ kemaluan saya iaitu vagina ataupun miss v. Perkara ini berlaku tanpa kawalan dan sangat memalukan kerana pernah sekali berlaku ketika saya duduk di khalayak ramai. Rakan sekerja saya menegur dan memberitahu bahawa kentut vagina ini merupakan petanda bagi masalah kesihatan yang serius. Kenapakah perkara ini berlaku dan adakah saya mengalami apa-apa sakit penyakit ?

Soalan berkenaan - kentut faraj maksud, cara mengatasi kentut miss v, kentut faraj batal wudhu, senaman kagel

Jawapan:

Terima kasih kerana mengajukan soalan berikut. Ya, saya akui masalah ini mungkin bunyinya agak melucukan tetapi harus juga dikupas supaya pembaca lain mendapatkan info yang tepat. Untuk pengetahuan anda, masalah ini merupakan perkara lazim yang melanda wanita di luar sana namun jarang dibincangkan. Kentut faraj ini berlaku akibat daripada angin terperangkap dalam rongga faraj dan dilepaskan seperti kentut biasa. Namun harus diingat bahawa kentut vagina ini tidak sepatutnya disusuli dengan bau dan cecair. Oleh itu, segeralah berjumpa dengan doktor jika kentut dari miss v ini berlaku dan disertai dengan bau, lendir, darah serta menimbulkan rasa yang tidak selesa.

Ketahui konsep disebalik kentut faraj ini

Pada waktu-waktu tegang, kentut ini terkadang menjadi pemecah kesunyian dan bahan gelak jika dilepaskan di tempat awam. Namun disebalik gelak ketawa tersebut, fahamkah kita misteri terjadinya kentut ini ? Untuk pengetahuan lanjut, kentut faraj maksud sebenar ialah gas yang terperangkap dalam badan di lepaskan melalui ronggga tubuh. Menjadikan sistem pencernaan sebagai contoh, udara dibawa masuk bersama sewaktu menyuap makanan dan terperangkap dalam organ pencernaan. Makanan yang telah dicerna akan diproses dan menghasilkan bahan kumuhan yakni najis yang mana akan bercampur dengan gas yang terperangkap tersebut. Sebab itu kentut dari dubur selalunya mengeluarkan bau yang kurang enak. Bagi kentut vagina pula, gas tersebut menyelinap terus ke dalam rongga faraj dan dilepaskan dari rongga yang sama. 

Punca berlakunya masalah kentut Miss V

  • Aktiviti senaman dan bersukan

Percaya atau tidak, senaman ataupun aktiviti sukan yang banyak melibatkan pergerakan punggung boleh menyumbang kepada masalah ini. Hal ini kerana, pergerakan ketika bersenam berpotensi untuk membuka rongga faraj dan menyebabkan angin terperangkap dalam organ tersebut. Contoh aktiviti sukan ialah, gimnastik, yoga dan sukan menunggang kuda. Namun tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk mematahkan semangat bersukan bagi kaum hawa kerana satu faktor sahaja tidak cukup untuk mencetuskan permasalahan ini.

  • Aktiviti seksual dan pengunaan barang mainan seks

Konsep mudah yang menyebabkan terjadinya masalah ini ialah melalui apa-apa perbuatan yang menyebabkan angin masuk ke dalam badan dan ini termasuklah aktiviti seks. Perbuatan memasukkan jari, zakar termasuklah barang mainan seks secara berulang kali membawa angin sekaligus memerangkap angin di dalamnya.

  • Otot bahagian pungung yang lemah

Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyumbang kepada otot punggung yang lemah. Antaranya ialah, obesiti, trauma atau pembedahan kepada otot punggung, masalah saraf serta ketika proses melahirkan anak. Apabila otot bahagian punggung lemah, keanyalannya juga tergangggu menyebabkan angin mudah masuk ke faraj. 

  • Pembentukan fistula pada faraj

Terma fistula ini mungkin jarang didengari oleh orang awam namun pembentukannya mudah untuk difahami. Bayangkan terowong keretapi yang menghubungkan satu kawasan dengan yang lain, begitulah fistula yang menghubungkan faraj ke organ lain dalam badan. Pembentukannya selalunya diakibatkan oleh kecederaan dalam badan seperti trauma, jangkitan, keradangan serta nanah. Bagi permaslahan fistula faraj pula ia berlaku antara vagina dan organ seperti usus, rektum dan ruang dalam abdomen. Ekoran itu, angin dalam perut akan disalurkan ke miss v melalui fistula dan akhirnya dilepaskan sebagai kentut. Fenomena seperti ini perlu mendapat perhatian pengamal perubatan dan rawatan segera perlu diberikan bagi menutup fistula tersebut.

  • Prosedur pemeriksaan kesihatan bahagian kemaluan

Wanita terutamanya yang terutamanya yang telah memasuki zaman menimang cahaya mata pastinya sudah biasa melakukan pemeriksaan pada bahagian sulit untuk pemeriksaan bagi masalah sakit puan. Prosedur yang dilakukan pula selalunya berkaitan dengan memasukan alatan perubatan seperti spekulum dan corong khas. Perbuatan ini juga boleh menyebabkan gas masuk ke dalam faraj seseorang. Namun begitu, perkara ini tidaklah membahayakan kesihatan am wanita.

Cara mengatasi kentut miss v

Seperti yang telah dituliskan pada awal artikel ini, masalah kentut faraj boleh disebabkan oleh banyak perkara dan antaranya ialah otot punggung yang lemah. Bagi masalah ini, seseorang bolehlah untuk melakukan senaman kagel. Pasti ramai yang masih asing berkenaan dengan terma senaman ini namun antara sedar ataupun tidak, ia merupakan pebuatan yang amat sebati dalam kehidupan harian kita iaitu kemutan. Bagi memudahkan pemahaman, kemut merupakan perbuatan menahan daripada membuang air besar. Pada waktu tersebut, otot pada bahagian punggung akan mengecut dan lubang dubur akan mengetat. 

Cara melakukan senaman kagel

Senaman kagel merupakan adaptasi daripada proses kemutan. Teknik bagi melakukan senaman ini mungkin berbeza untuk setiap individu namun secara asasnya, seseorang perlulah untuk mengetatkan otot punggung dan perkara ini sama sahaja dengan teknik kemutan.

  1. Bagi posisi, anda boleh untuk mengambil apa-apa posisi seperti baring, duduk mahupun berdiri mengikut keselesaan masing-masing.
  2. Selepas itu, bemulalah proses kemutan dan bayangan yang anda sedang menahan kentut atupun berak.
  3. Kemut selama 5 ke 10 saat dan kemudian rehat selama 5 saat untuk meregangkan otot punggung. Sila pastikan bahawa anda tidak megecutkan otot lain seperti abdomen.
  4. Ulang langkah ini sebanyak sepuluh kali. Jika anda sudah mula selesa dengan teknik ini, anda digalakkan untuk meningkatan kekerapan senaman ini sehingga 40 kali dalam sehari.

Memandangkan senaman ini tidak memerlukan apa-apa peralatan dan tidak disedari oleh orang sekeliling, anda bolehlah melakukan ia di mana-mana mengikut keselesaan. Sebagai contoh, semasa menunggu bas, ketika berdiri di eskalator mahupun ketika membeli belah.

Selain mengatasi fenomena kentut faraj, senaman ini juga mampu juga untuk menyelesaikan masalah kencing yang tidak terkawal (urinary incontinence). Hal ini kerana, otot untuk mengawal kencing juga berkongsi sama yakni di bahagaian punggung. Senaman kagel menaikan rahim terutamanya bagi ibu yang telah melahirkan anak.

Secara amnya, kentut faraj merupakan perkara yang lazim berlaku kepada sesetengah wanita. Fenomena ini bukanlah perkara yang membimbangkan kecuali apabila berlaku disebabkan oleh saluran fistula dan disusuli dengan bau, cecari, kegatalan dan ketidakselesaan. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh untuk berhubung secara maya berasama doktor panel kami secara pangilan telefon, interaksi video atapun melalui laman forum (DoctorOnCall).

 


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy