Gejala Withdrawal Symptoms Dan Bagaimanakah Masalah Ini Boleh Berlaku?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 12, 2020

Soalan:
Salam sejahtera doktor. Saya seorang pelajar lelaki yang berumur 16 tahun. Ayah saya seorang perokok tegar. Dia akan merokok sekurang-kurangnya 1 kotak untuk dua hari semenjak dari saya kecil lagi. Saya sangat bimbang akan kesihatan ayah saya kerana beliau telah terkena serangan jantung baru-baru ini. Saya yakin masalah tersebut adalah disebabkan oleh tabiat merokok ayah saya. Selepas sembuh dan keluar daripada hospital dia telah kembali merokok. Saya sudah menangis dan meminta dia berhenti tetapi usaha beliau tidak kekal lama. Bolehkah doktor menerangkan kenapa ayah saya sukar untuk berhenti merokok dan bagaimanakah cara untuk saya boleh membantu ayah saya berhenti merokok? Terima kasih doktor.
Jawapan:
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang menimpa ayah anda. Rokok mengandungi nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan. Oleh yang demikian, sangat sukar perokok untuk berhenti merokok walaupun beliau telah merasai sendiri kesan buruk rokok tersebut. Selain itu, apabila mereka berhenti merokok secara mengejut, mereka juga akan mengalami gejala yang dipanggil withdrawal syndrome yang menyukarkan lagi usaha mereka untuk berhenti. Saya akan mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini melalui artikel di bawah. Untuk membolehkan ayah anda berhenti merokok dengan berkesan, beliau sememangnya memerlukan bantuan. Oleh itu, saya sarankan untuk beliau menghadiri klinik berhenti merokok di klinik kesihatan berdekatan dengan anda.

Nikotin yang merupakan kandungan dalam rokok akan menyebabkan banyak kesan terhadap otak. Antaranya adalah menaikkan mood, mengurangkan kemurungan, mengurangkan perasaan mudah marah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan jangka pendek serta mengurangkan selera makan. Kesannya terhadap otak ini jugalah yang menyebabkan para perokok ketagih akan rokok dan sukar untuk mereka berhenti merokok. Walaupun anda merasakan bahawa kesan nikotin ini nampak baik, akan tetapi rokok juga mengandungi kandungan lain yang lebih merbahaya melebihi kebaikannya. 

Oleh kerana nikotin memberi kesan kepada otak, ia boleh menyebabkan masalah withdrawal symptoms sekiranya perokok berhenti mengambil rokok. Untuk anda memahami bagaimana masalah ini boleh berlaku, bayangkan otak adalah seperti pegas (spring) dan nikotin adalah seperti beban yang diletakkan di atas pegas tersebut. Apabila beban tersebut tiba-tiba diangkat, pagas akan tiba-tiba melantun. Hal ini menyebabkan otak menghasilkan lonjakan adrenalin yang menyebabkan gejala withdrawal symptoms.

Berikut merupakan antara gejala yang dialami oleh individu yang berhenti merokok:

  • Mengidam atau keinginan yang kuat untuk nikotin
  • Rasa semut-semut di tangan dan kaki
  • Berpeluh
  • Loya dan kekejangan perut
  • Sembelit dan perut kembung
  • Sakit kepala
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Insomnia(sukar untuk tidur)
  • Kesukaran menumpukan perhatian
  • Kegelisahan
  • Mudah marah
  • Kemurungan
  • Naik berat badan

Gejala ini biasanya memuncak dalam dua hingga tiga hari selepas anda berhenti merokok sepenuhnya. Walaupun gejala ini sangat tidak selesa, namun, sekiranya anda kuat dan mengabaikannya, gejala ini akan mula berkurangan. Kebiasaannya, masalah ini akan hilang dalam tempoh dua hingga empat minggu. Ada juga sebilangan individu yang mengalami gejala ini selama beberapa bulan.


Ada yang mendakwa berhenti merokok dengan nanostix atau berhenti merokok dengan pod adalah berkesan untuk menggantikan nikotin dalam badan. Akan tetapi, amat disarankan untuk anda menghadiri kaunseling berhenti merokok di klinik kesihatan agar rawatan yang sesuai boleh diberikan bagi mengurangkan gejala ini. Tempoh terapi klinik berhenti merokok mungkin berbeza bagi setiap individu. Ada yang perlu menghadirkan diri untuk jangka masa yang panjang. Akan tetapi, usaha ini penting supaya anda konsisten dalam usaha untuk berhenti merokok.

Tiada istilah terlambat untuk berhenti merokok. Hal ini kerana setiap sedutan rokok yang anda ambil akan mengurangkan peluang anda untuk melihat hari esok pada masa akan datang. Oleh itu, semakin awal anda berhenti merokok, semakin baik. Berhenti merokok sebelum usia 40 tahun mengurangkan risiko kematian berkaitan dengan rokok sekitar 90%.

Antara kesan baik yang dapat anda rasakan dengan serta merta selepas berhenti merokok adalah duit anda tidak berkurang. Perubahan lain adalah seperti rasa makanan anda akan menjadi lebih sedap, deria bau akan bertambah baik, anda tidak akan berbau rokok yang menyakitkan hidung, serta gigi dan kuku anda berhenti menguning. Anda juga akan perasan bahawa anda mampu melakukan aktiviti fizikal dengan lebih baik tanpa menyebabkan anda mengalami sesak nafas. Bukan itu sahaja, anda juga mampu menghentikan kesan buruk tembakau pada penampilan anda. Kedutan pramatang pada kulit, masalah gusi, dan juga kerapuhan gigi akan berkurangan.

Selain itu berikut merupakan kesan baik yang dapat anda rasakan mengikut tempoh selepas anda berhenti merokok:

  • 20 minit: Degupan jantung dan tekanan darah anda menurun
  • 12 jam: Tahap karbon monoksida dalam darah anda turun menjadi normal.
  • 2 minggu-3 bulan: Peredaran darah bertambah baik dan fungsi paru-paru anda meningkat.
  • 1-9 bulan: Batuk dan sesak nafas berkurang. Struktur seperti rambut kecil (cilia) yang mengeluarkan lendir dari paru-paru mula kembali berfungsi seperti normal. Hal ini meningkatkan kemampuan mereka untuk menangani lendir, membersihkan paru-paru, dan mengurangkan risiko jangkitan.
  • 1 tahun:Risiko terhadap penyakit jantung koronari berkurangan kepada separuh berbanding dengan risiko individu yang masih merokok. Risiko serangan jantung juga menurun secara mendadak.
  • 5 tahun: Risiko barah mulut, tekak, esofagus, dan pundi kencing menjadi separuh. Risiko barah serviks sama seperti individu yang tidak merokok. Risiko strok anda boleh jatuh seperti individu yang tidak merokok setelah 2 hingga 5 tahun.
  • 10 tahun:Risiko kematian akibat barah paru-paru adalah sekitar separuh berbanding dengan individu yang masih merokok. Risiko anda menghidap barah larynx (kotak suara) dan pankreas berkurang.
  • 15 tahun:Risiko anda menghidap penyakit jantung koronari adalah sama seperti individu yang bukan perokok.

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20