Berkesankah ubat lactul (Lactul Solution) dalam menangani sembelit?

Mac 22, 2021 | Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Sulit
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pemandu teksi yang berusia 40 tahun. Saya tinggal di Seremban. Saya selalu berulang alik ke Kuala Lumpur dan Seremban kerana kebanyakan para penumpang saya berasal dari Seremban yang hendak pergi ke Kuala Lumpur. Oleh kerana saya berulang alik kira-kira 5-7 kali setiap hari, waktu makan saya tidak teratur. Saya akan makan makanan ringan sebelum makan tengah hari dan makan malam. Makan tengah hari dan malam selalunya pada pukul 2 atau 3 tengah hari dan 9 malam masing-masing. Walaubagaimanapun, sejak sebulan yang lalu, saya sedang mengalami masalah sembelit. Ini adalah kali kedua saya mengalami masalah ini. Kali pertama merupakan beberapa tahun yang dulu dan telah diubati dengan ubat yang saya tidak dapat ingati. Selalunya, saya membuang air besar sekurang-kurangnya sekali pada setiap hari. Namun, sekarang saya hanya dapat membuang air besar setiap 2 atau 3 hari. Saya juga mengalami sakit perut oleh kerana masalah sembelit ini. Saya ada dapatkan ubat sembelit iaitu lactul dari farmasi dan cuba menggunakannya tetapi tidak ada kesan yang ketara. Masalah sembelit ini mengganggu kerja saya kerana saya alami sakit perut yang tidak menyenangkan ketika bekerja. Apakah itu lactul, doktor? Apakah cara lain untuk merawat masalah sembelit ini?
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Masalah sembelit yang sedang anda alami boleh dirawat. Ubat lactulose adalah ubat yang sering digunakan untuk menangani masalah sembelit. Ubat ini mudah didapati di pasaran.

Lactulose adalah gula sintetik yang digunakan untuk merawat sembelit. Ia dihadam dalam usus besar menjadi produk yang menyerap air keluar dari badan dan masuk ke usus besar. Air ini melembutkan najis.


Anda perlu ingat bahawa doktor telah memberikan ubat ini kerana dia telah menilai bahawa faedah kepada anda adalah lebih besar berbanding risiko kesan sampingannya. Ramai yang menggunakan ubat ini tanpa sebarang kesan sampingan yang serius.
Antara kesan sampingan yang boleh disebabkan oleh lactulose adalah:

  1. Cirit-birit

  2. Rasa loya

  3. Sakit perut atau kekejangan

  4. Muntah-muntah

  5. Kembung perut

Sekiranya anda mengalami gejala berikut, anda haruslah berjumpa dengan doktor anda dengan segera:

  1. Cirit-birit

  2. Kejang otot

  3. Lemah badan

  4. Denyutan jantung yang tidak teratur

  5. Perubahan mental atau mood


Alahan yang serius seperti ruam, gatal-gatal, bengkak (terutama muka, lidah atau tekak), pening kepala, dan sukar bernafas.


  • Simpan ubat ini dalam bekas yang boleh ditutup rapat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak. Simpan antara 2-30°C dan jauh dari panas matahari dan kelembapan berlebihan. 

  • Jangan bekukan ubat ini kerana ia akan mengakibatkan ubat terlalu pekat untuk dituangkan. Jika ubat ini beku, cairkan pada suhu bilik. 

  • Cara terbaik untuk melupuskan ubat anda adalah melalui program pengambilan ubat di farmasi. Sila berhubung dengan ahli farmasi anda atau hubungi jabatan sampah atau kitar semula tempatan untuk mengetahui tentang program pengambilan balik ubat dalam komuniti anda. 

  • Untuk melindungi kanak-kanak dari termakan ubat ini, simpan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh mereka.


Sebelum mengambil lactulose, pastikan anda memberitahu doktor dan ahli farmasi anda sekiranya:

  • Anda ada alahan kepada laktulosa atau ubat lain.

  • Ubat-ubatan preskripsi dan bukan preskripsi yang anda ambil, terutamanya antacid, antibiotik termasuk neomycin dan lain-lain

  • Anda menghidap penyakit kencing manis atau memerlukan diet rendah laktosa.

  • Anda hamil, merancang untuk hamil, atau menyusu. Jika anda hamil semasa mengambil lactulose, hubungi doktor anda.

  • Anda akan menjalani pembedahan atau ujian pada kolon atau rektum anda

Jangan mengambil sebarang ubat laxative lain ketika menggunakan ubat ini tanpa arahan doktor. Penggunaan julap yang berlebihan boleh mengakibatkan kekurangan air dalam badan (dehidrasi). Ini berlaku lebih kerap dalam kalangan kanak-kanak atau orang tua. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami sebarang gejala dehidrasi berikut: lemah otot, kejang otot, pening kepala.


Sekiranya masalah sembelit anda bertambah buruk dan disertai dengan gejala lain, anda harus berjumpa dengan doktor anda secepat yang mungkin atau anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


Rujukan

Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Soalan berkenaan - kegunaan ubat lactul solution, lactul untuk sembelit, lactul solution untuk ibu mengandung

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)
Need Help?