Ketahui Cara Memerangi Coronavirus Dengan Efektif Dari Doktor- DoctorOnCall

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 11, 2020

Soalan:
Salam sejahtera doktor. Saya seorang pengguna tegar internet dan media sosial yang. Selain itu saya juga mempunyai banyak kumpulan di Whatsapp. Maka, sejak kita mengalami wabak COVID-19 ini, terlalu banyak maklumat dan berita yang saya baca dari internet dan whatsapp. Sebahagian daripadanya bermanfaat dan ada juga yang tidak masuk akal. Yang mengejutkan saya, ibu saya percaya dengan petua yang dia baca dari whatsapp keluarga kami. Dia menggantung daun-daun di pintu kami untuk mengelakkan virus ketika kami memasuki rumah. Oleh itu, boleh saya dapatkan nasihat mengenai apa yang harus dan tidak boleh dilakukan semasa wabak? Saya perlu mendakwa bahawa maklumat yang saya perolehi adalah dari seorang doktor yang bertauliah sebelum saya sebarkannya melalui whatsapp agar dapat menghentikan ibu saya dari mempercayai petua yang mengarut. Terima kasih.
Jawapan:
Salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan anda dan perkongsian cerita lucu mengenai kisah ibu anda. Saya pasti ibu anda tahu ia tidak akan berjaya namun dia melakukannya sebagai langkah terakhir bagi mengelak virus ini. Saya juga ada terbaca pelbagai petua untuk memerangi virus ini. Seperti yang dilakukan oleh ibu anda, ia jelas tidak akan memberi apa-apa faedah, namun ia boleh mendatangkan mudarat jika mereka bergantung pada hal tersebut dan mengabaikan langkah berjaga-jaga yang betul untuk melawan coronavirus ini. Saya pasti bukan anda sahaja yang menghadapi masalah ini. Oleh itu, saya akan menulis langkah yang harus dan tidak boleh dilakukan semasa wabak coronavirus di sini. Jangan ragu-ragu untuk menyebarkan maklumat ini kepada semua orang mereka mengamalkan dan melakukan perkara yang betul.

1. Mencuci Tangan

Setiap kali anda membaca artikel tentang wabak COVID-19, tentu anda akan temui arahan mencuci tangan atau membasuh tangan. Mengapa perlu cuci tangan. Apa yang begitu istimewa dengan mencuci tangan sehingga diulang berkali-kali? 

Jika anda perasan, tangan adalah anggota badan yang paling banyak terdedah dengan kotoran. Bahagian tubuh inilah yang menyentuh permukaan permukaan yang mungkin tercemar dengan virus. Tidak kira di besi pemegang, kenderaan awam, tandas awam, tombol pintu pejabat, meja makan dan sebagainya. 

Oleh itu, langkah mencuci tangan begitu penting dalam mencegah diri anda dan orang sekeliling daripada dijangkiti. Sebaiknya, cuci tangan dengan air serta sabun dan hanya gunakan sanitiser jika tiada air sahaja. Ini kerana penggunaan sabun dan air lebih efektif dalam membunuh virus yang mengandungi lapisan lemak pada permukaannya.

Jangan culas. Cuci tangan setiap kali sebelum dan selepas menyentuh sesuatu.

2. Ambil tahu tentang maklumat COVID-19 khususnya gejala jangkitan ini

Anda disarankan agar sentiasa cakna dengan perkembangan semasa wabak ini. Namun begitu, pastikan anda mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah seperti laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia dan WHO.

WHO menyenaraikan gejala yang sering berlaku kepada pesakit jangkitan COVID-19 adalah seperti berikut:

    1. Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
    2. Keletihan
    3. Batuk
    4. Lenguh dan sakit sendi
    5. Sakit tekak
    6. Sakit kepala
    7. Kesukaran bernafas

3. Elakkan daripada berada di tempat awam jika anda tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi

Mereka yang berusia 60 tahun ke atas, yakni warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti masalah jantung lebih berisiko untuk jatuh sakit dengan keadaan yang lebih serius jika dijangkiti COVID-19 ini. 

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, elakkan daripada berkunjung ke tempat awam atau melakukan aktiviti yang menyebabkan anda terdedah kepada risiko jangkitan.

4. Elakkan daripada menghadiri perhimpunan atau majlis keramaian

Seperti yang telah sedia maklum, virus ini amat mudah tersebar dan menjangkiti orang lain. Kawasan yang sesak dengan ramai orang lebih memudahkan virus ini tersebar kepada ramai orang. Apatah lagi, sukar untuk mengetahui status jangkitan seseorang. Oleh itu, elakkan daripada menghadiri keramaian sebegini bagi mengurangkan risiko jangkitan.

5. Duduk di rumah jika tiada keperluan atau urusan di luar 

Semua orang dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak ini dengan lebih meluas lagi. Sekiranya perlu untuk keluar rumah, pergi ke tempat yang ingin dituju sahaja. Ambil masa yang paling singkat dan jangan keluar beramai-ramai. 

6. Elakkan perjalanan ke negara-negara terjejas

Bukan mudah untuk mendapatkan harga tiket penerbangan ke luar negara dengan kadar yang murah. Namun tidak kira betapa murah tiket penerbangan, jangan ambil risiko kerana nyawa lebih penting.

7. Bersiap sedia untuk menghadapi keadaan darurat seperti “Total Lockdown” di negara serta kawasan anda atau jika anda perlu untuk melakukan isolasi iaitu kuarantin diri

Anda juga dinasihatkan untuk bersiap sedia untuk menghadapi keadaan darurat seperti sekiranya seluruh negara diarahkan untuk “Lockdown” atau anda perlu mengkuarantinkan diri selama 14 hari. Pastikan anda mempunyai bekalan asas yang cukup, namun tidak perlu berlebihan sehingga membazir dan menyusahkan orang lain.

8. Mengamalkan Penjarakkan Sosial

Penjarakkan Sosial atau “Social-Distancing” amat perlu bagi memutuskan rangkaian jangkitan ini daripada berterusan. Selain mengelakkan kawasan yang sesak dan perhimpunan umum serta keramaian, anda juga disarankan agar menjaga jarak sekurang-kurangnya satu meter dengan orang lain terutamanya dengan orang yang mengalami gejala batuk atau bersin.

9. Mengutamakan kesihatan anda

Tubuh yang sihat memudahkan kita melawan jangkitan penyakit. Walaupun diarahkan untuk kuarantin dan duduk di rumah, anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang. Anda juga boleh bergerak aktif di dalam rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti mengemas rumah atau melakukan senaman ringan.

10. Ambil tahu tentang orang sekeliling anda seperti jiran anda yang berisiko yang tinggi

Walaupun diarahkan untuk berada di rumah, ia bukanlah alasan untuk anda tidak mengambil tahu tentang masyarakat di sekeliling anda terutamanya mereka yang menghidap sakit kronik dan yang telah berusia. Pastikan mereka mempunyai bekalan makanan yang cukup dan hubungi pihak berkuasa jika mereka perlukan pertolongan.

11. Dapatkan rawatan awal jika anda sakit

Sila segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti sakit tekak, batuk, sesak nafas dan demam. Namun, jangan terjah doktor anda, sebaiknya hubungi klinik sebelum datang untuk pemeriksaan atau dapatkan konsultasi secara atas talian.

12. Amalkan etika bersin dan batuk yang betul

Tutup mulut dan hidung dengan siku atau tisu apabila batuk atau bersin dan bukannya dengan tangan.

13Pakai topeng muka dengan betul

Gunakan topeng muka yang betul iaitu jenis topeng muka pembedahan (surgical mask) atau topeng muka N95

14. Bersihkan rumah dan barangan peribadi anda

Bersihkan ruangan dalam rumah terutamanya bahagian yang sering disentuh seperti tombol pintu, perabot, dan barang barang lain seperti alat kawalan jauh televisyen, telefon bimbit, kunci dan sebagainya.



Most households have a scrambled Rubik's Cube that has never been solved. Use the Rubik's solver to calculate the solution in only 20 steps!

  1. Panik
  2. Mementingkan diri sendiri
  3. Sentuh muka, hidung, mulut atau mata anda
  4. Pakai topeng muka jika anda tidak sakit
  5. Melakukan sebarang perjalanan ke tempat awam atau mana-mana tempat selain untuk mendapatkan rawatan jika anda sakit
  6. Melakukan perjalanan ke negara berisiko tinggi
  7. Tidak mengambil vaksin
  8. Boikot dari membeli barangan dari negara berisiko tinggi
  9. Keluar rumah dan berinteraksi dengan orang awam jika anda sakit atau disyaki menghidap jangkitan COVID-19
  10. Bersantai dengan keluarga atau kawan jika anda disyaki dengan virus COVID-19
  11. Datang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan antibiotik
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20