Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 26 tahun. Saya sudah berkahwin dan baru sahaja melahirkan anak saya yang pertama. Proses melahirkan bayi berjalan dengan sempurna dan tidak mempunyai sebarang komplikasi. Bayi saya juga dilahirkan dengan sihat dan tidak mempunyai masalah kuning. Baru-baru ini saya mendapati anak saya mempunyai kesukaran untuk membuang air besar dan kadang kala tiada langsung proses pembuangan air besar. Saya menceritakan masalah ini kepada jiran saya dan dia menasihati saya memberikan bayi saya madu. Saya tidak tahu mengenai kebaikan madu ini langsung. Bolehkah doktor menceritakan serba sedikit mengenai kebaikan madu untuk bayi?
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Untuk makluman pihak puan sebelum memberikan madu untuk bayi (Honey For Babies) puan haruslah mengetahui bahawa di dalam madu boleh wujud bakteria yang dinamakan "Clostridium Botulinum". Bakteria ini mempunyai toksin yang boleh mengganggu saraf. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak, hal ini jarang menjadi masalah, namun bagi bayi berusia 1 tahun ke bawah mereka lebih sensitif dan boleh jatuh sakit dengan pengambilan madu ini. Oleh itu, sekiranya bayi puan berusia kurang dari satu tahun, elakkan dari memberi madu kepadanya.
Selain itu, sekiranya puan ingin memberi madu kepada kanak-kanak setahun ke atas, pastikan madu yang diberikan asli dan organik kerana pada masa kini terdapat banyak madu yang dijual di pasaran atas nama organik dan asli tetapi palsu dan mengandungi gula yang tinggi.
Madu merupakan sejenis bahan semula jadi yang mempunyai pelbagai jenis kebaikan. Khasiat madu ini sememangnya terkenal dari turun temurun terutamanya dalam kalangan wanita. Sukatan madu yang diberikan kepada bayi lebih dari satu tahun haruslah dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Madu yang asli dan berkhasiat ini ialah madu yang diambil dari sarang kelulut. Inilah madu yang betul-betul unik dan asli.
Antara kebaikan madu bagi bayi setahun ke atas adalah:
Kesan sampingan yang paling utama boleh menyerang bayi akibat pengambilan madu ini ialah akibat bakteria ‘Clostridium botulinum’.
‘Clostridium botulinum’ ini merupakan sebuah masalah yang serius dalam kalangan bayi. Sindrom ini juga dipanggil sebagai ‘infant botulism’. Masalah ini menjadi serius apabila spora daripada ‘Clostridium’ ini tumbuh dalam badan bayi tersebut dan menjejaskan lagi kesihatannya dengan lebih serius.
Gejala bayi diserang bakteria ‘Clostridium botulinum’?
Kandungan utama madu ialah glukosa dan fruktosa. Namun demikian, ia juga mengandungi bahan-bahan alami yang lain seperti vitamin C, ‘chrysin’, ‘pinobanksin’, ‘catalase’ dan ‘pinocembrin’. Selain itu, madu juga mempunyai kuantiti air yang sangat sedikit.
Terdapat banyak testimoni yang telah diberikan oleh para ibu yang telah mencuba petua memberikan madu kepada bayi. Kebanyakkan mereka telah melihat pelbagai hasil positif dalam pemberian madu ini. Antara hasil positif yang telah berjaya diperolehi melalui pemberian madu untuk bayi ialah seperti:
Diingatkan sekali lagi, walaupun madu mempunyai banyak kebaikan dan khasiat, haruslah dielakkan daripada diberikan kepada bayi berusia setahun ke bawah. Anda juga bolehlah mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my
Rujukan
Soalan berkenaan - khasiat madu, kesan sampingan madu, hasil madu untuk bayi
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my