Manfaaat Karbohidrat; Klasifikasi Serta Jumlah Pengambilannya Dalam Sehati

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Ogos 25, 2020

Soalan:
Salam sejahtera, nama saya Amelina dan saya merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata yang masing-masingnya berumur 4 dan 6 tahun. Untuk pengetahuan doktor, anak sulung saya tidak gemar makan nasi seperti adiknya dan asyik meminta ayam goreng lalu dimakan begitu sahaja. Saya amat risau kerana pertumbuhan anak sulung saya agak lambat berbanding adiknya dari segi ketinggian dan dia juga mudah jatuh sakit. Adakah masalah ini berlaku kerana dia tidak makan nasi yang mana merupakan sumber karbohidrat. Selain itu, boleh doktor syorkan sumber karbohidrat alternatif selain nasi dan kebaikannya. Semoga penerangan doktor dapat membantu saya untuk memujuk anak saya untuk mengambil karbohidrat.
Jawapan:
Terima kasih atas soalan berikut dan saya memahami kebimbangan anda kerana masalah ini merupakan dilema lazim yang dialam oleh para ibu bapa. Untuk pengetahuan anda, karbohidrat merupakan antara empat jenis biomolekul yang penting untuk tubuh badan manusia selain daripada protein, lemak dan juga nukleotide. Antara kesemua biomolekul tersebut, karbohidrat merupakan sumber yang senang dan banyak diperolehi. Tahukah anda, selain dengan nama karbohidrat, ia juga dikenali dengan nama sakarida. Untuk mengetahui lanjut tentang kebaikan karbohidrat contoh makanan karbohidrat, senarai makanan karbohidrat, contoh karbohidrat, kelas makanan karbohidrat dan jenis karbohidrat, mari baca artikel ini.

Negara asia tenggara terkenal dengan makanan rujinya iaitu nasi dan begitu juga dengan negara eropah yang kebanyakkannya menjadikan kentang, bijirin serta produk berasaskan gandum sebagai makanan harian. Di india pula, roti diolah dalam pelbagai bentuk untuk disajikan bersama kuah kari dan lauk pauk. Tanpa menggira benua dan negara, setiap tamadun menjadikan karbohidrat sebagai makanann ruji yang disertakan dengan lauk pauk lain yang juga mengandungi protein, sayuran, lemak dan nutrisi lain yang diperlukan oleh tubuh badan. Persoalannya, apakah kebaikan dan fungsi karbohidrat untuk badan manusia ?

  1. Karbohidrat merupakan makanan yang memberikan sumber tenaga kepada tubuh badan. Hal ini kerana, karbohidrat akan dipecahkan ke dalam bentuk yang lebih mudah iaitu glukose dan diserap ke dalam sel untuk dijadikan sebagai sumber tenaga. 
  2. Lebihan glukose akan di simpan dalam hati dalam bentuk lemak sebagai simpanan dan akan digunakan dalam bentuk tenaga apabila diperlukan. 
  3. Karbohidrat juga penting bagi memastikan bahawa jisim otot kekal pada bentuk dan kuantiti yang ideal. Jika badan seseorang kurang sumber karbohidrat, otot akan akan dipecahkan dalam bentuk asid amino dan glukose untuk digunakan sebagai sumber tenaga.
  4. Karbohidrat juga penting dalam sistem reproduksi, ketahanan immuniti badan dan fungsi yang menghentikan pendarahan iaitu (blood clotting).

Tingkatkan Ketahanan Badan Dan Tenaga Dengan Mengambil Makanan Yang Mengandungi Karbohidrat Secukupnya !

Terdapat beberapa pengkelasan terhadap karbohidrat dari segi jenis mahupun kandungan molekulnya.

  1. Gula. Gula merupakan bentuk paling ringkas karbohidrat dan paling cepat untuk diserap. Ia boleh didapati secara natural daripada pelbagai jenis sumber. Contohnya, gula daripada sumber buah-buahan iaitu fruktose ataupun gula daripada sumber susu iaitu laktose.
  2. Kanji. Dikenali sebagai starch dan merupakan karbohidrat dalam bentuk yang kompleks yakni rantaian gula yang diikat membentuk molekul yang lebih kompleks. Sebagai contoh, sayuran, bijirin dan kekacang.
  3. Serat. Sumber serat juga merupakan karbohidrat dan ia dikenali sebagai karbohidrat kompleks. Antara contoh karbohidrat dalam bentuk serat ialah sayuran, buah-buahan dan kacang pea.

Sumber karbohidrat boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas. Karbohidrat kompleks bermaksud bahawa rantaian molekulnya lebih rumit berbanding karbohidrat ringkas. Oleh itu, karbohidrat kompleks mengambil masa yang lebih lama untuk dipecahkan berbanding karbohidrat ringkas. Kedua-dua bentuk karbohidrat ini akhirnya akan dicerna ke dalam bentuk glukose dan diserap ke dalam sel untuk dijadikan sebagai sumber tenaga. Antara contoh makanan karbohidrat kompleks adalah seperti berikut:

  • Nasi
  • Roti
  • Biskut
  • Sayur-sayuran
  • Pasta

Berbeza dengan karbohidrat kompleks, karbohidrat ringkas pula telah tersedia dalam bentuk yang ringkas iaitu glukose dan boleh diserap dengan mudah serta cepat oleh badan. Antara contoh karbohidrat ringkas adalah seperti berikut:

  • Gula-gula
  • Susu
  • Gula
  • Air sirap
  • Minuman bikarbonat

Perlu diketahui bahawa pengambilan makanan seimbang merupakan kaedah afdal untuk mendapatkan nutrisi yang secukupnya. Hal ini bermaksud pengambilan hanya karbohidrat juga tidak menjamin pertumbuhan yang sihat dan seimbang. Setiap jenis makronutrisi merupakan komponen yang wajib untuk diambil tidak kira protein, lemak mahupun karbohidrat. 

Terdapat banyak pandangan serta kajian berkenaan dengan jumlah karbohidrat yang perlu diambil oleh seseorang. Secara puratanya, seseorang perlu untuk memastikan bahawa pengambilan karbohidrat adalah pada jumlah 300 sehingga 400 gram sehari. Berdasarkan saranan daripada Dietry Guideline for Americans, kalori seharian seseorang perlulah merangkumi 40 - 65 % dariapda jumlah kalori seharian. Jika pengambilan kalori seseorang berjumlah 2000, maka 900 sehinggalah 1000 hendaklah disumbangkan daripada sumber karbohidrat. Hal ini bermakna, sebanyak 250 hingga 350 gram karbohidrat diperlukan oleh seseorang dalam masa sehari.

Bagi membantu orang awam mebuat penggiraan jumla karbohidrat, setiap produk makanan ada tertera jumlah karbohidrat pada pelekat makanan yakni pada pelekat Label Nutrisi. Label tersebut akan menunjukkan jumlah kanji, kandungan gula, serat dan juga lemak. Kandungan karbohidrat mungkin diletakkan secara berasingan atau ada juga yang telah dikira secara kesuluruhannya.

Namun begitu, keperluan nutrisi kanak-kanak adalah berbeza berbanding orang dewasa. Hal ini bergantung kepada umur serta jantina kanak-kanak tersebut. Secara amnya, keperluan kalori juga berbeza mengikut lapisan umur. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur 3 tahun memerlukan kalori sebanyak 1000 sehari manakala kanak-kanak yang berumur 4 tahun perlu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1300 kalori dalam sehari.

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20