Kenali Cara Terbaik Untuk Turunkan Kolesterol Anda, Iaitu Makanan Seperti Buah

September 10, 2020 | Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Sulit
Salam Sejahtera Doktor. Saya ingin bertanyakan tentang penyakit yang ayah saya hadapi. Ayah saya baru sahaja diberitahu oleh doktor bahawa dia memerlukan rawatan untuk kolesterol tinggi. Saya risau kerana penyakit ini boleh menyebabkan serangan sakit jantung. Saya dan ibu saya berpendapat untuk menukarkan diet yang ayah saya ambil. Bolehkah doktor jelaskan dengan lebih lanjut tentang apakah makanan yang ayah saya digalakkan ambil bagi menurunkan kadar kolesterolnya. Saya benar-benar risau dan berharap doktor akan bantu saya dan ayah saya. Terima Kasih.
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall. Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko serangan jantung lebih-lebih lagi ayah anda menghidap kolesterol tinggi. Terlebih dahulu saya ingin memuji anda kerana anda merupakan anak yang baik dan menginginkan yang terbaik untuk kesihatan ayah anda. Saya amat berbesar hati untuk membantu anda memberi pencerahan tentang makanan yang boleh membantu menurunkan kolesterol ayah anda disamping pengambilan rawatan perubatan yang disarankan oleh doktor yang telah mendiagnos ayah anda. Kadar kolesterol berbeza mengikut usia, berat dan jantina. Namun, pihak perubatan telah menetapkan beberapa jumlah bacaan yang memerlukan rawatan. Oleh itu, ujian saringan berkala amat penting untuk dijalankan bagi memastikan tahap kolesterol masih dalam keadaan terkawal. Hal ini kerana, kebanyakan pesakit yang tinggi kolesterol tidak mempunyai sebarang gejala awal dan hanya mendapat komplikasi akhir seperti serangan jantung.

Kolesterol merupakan selaput lemak yang memenuhi ruang salur darah anda. Terdapat pelbagai jenis kolesterol yang ada dalam badan. Saintis mendapati terdapat kolesterol jenis baik dan terdapat juga kolesterol jenis tidak baik. Apabila kolesterol jenis tidak baik tinggi dalam saluran darah, ini akan meningkatkan risiko saluran darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung atau kerosakan organ lain. 

Kadar kolesterol adalah berbeza mengikut umur, jantina dan berat badan. Semakin meningkat usia seseorang, semakin tinggi tahap kolesterol yang dihasilkan badan. Oleh sebab itu juga, semakin meningkat usia seseorang, semakin kerap seseorang itu memerlukan ujian saringan tahap kolesterol mereka. Namun, faktor pemakanan juga akan mempengaruhi tahap kolesterol seseorang. Jika seseorang suka makan makanan yang tinggi kandungan minyak, kolesterolnya mungkin akan lebih tinggi daripada biasa. 

Ujian kolesterol merangkumi tiga aspek. Apabila doktor mengambil darah pesakit untuk diuji, mereka akan melihat aspek-aspek berikut: 

  • Tahap Kolesterol secara total
  • Tahap Kolesterol jenis tidak baik yang dikenali sebagai LDL
  • Tahap Kolesterol jenis baik yang dikenali sebagai HDL

Keseimbangan kolesterol ini merupakan cabaran utama pesakit kerana mereka harus mencapai tahap kolesterol total dan kolesterol jenis tidak baik iaitu LDL dengan rendah manakala kolesterol baik iaitu HDL digalakkan untuk tinggi dalam badan. Apabila kadar ketiga-tiga jenis kolesterol ini seimbang, maka, risiko serangan jantung akan berkurang. 

Kadar Kolesterol Yang Membimbangkan untuk orang dewasa ialah seperti berikut: 

  • Kolesterol total; 6.2mmol/L dan keatas
  • Kolesterol jenis tidak baik, LDL; 4.1mmol/L dan keatas
  • Kolesterol jenis baik, HDL; 1.0 mmol/L dan kebawah

Seperti yang kita ketahui, gaya pemakanan boleh mempengaruhi tahap kolesterol seseorang. Hal ini kerana, sesetengah makanan boleh meningkatkan atau mengurangkan tahap kolesterol. Maka, ambil peluang ini dengan meningkatkan kandungannya dalam menu makanan harian anda. Antara makanan penurun kolesterol ialah: 

  • Oat dan Makanan yang tinggi serat

Makanan seperti Oat mengandungi serat yang larut dan boleh mengurangkan kolesterol jenis tidak baik. Serat yang larut ini juga boleh dijumpai dalam pelbagai jenis makanan lain seperti buah epal, pear dan sebagainya. 

Makanan ini mencegah penyerapan kolesterol yang tinggi ke dalam saluran darah. Oleh sebab itu, ia amat bagus untuk diamalkan. Individu disarankan untuk mengambil makanan jenis ini sebanyak sekurang-kurangnya 10 gram sehari. Semangkuk oat mengandungi 3-4 gram serat dan jika anda mengambilnya dengan buah-buahan, kandungan serat anda akan mencapai tahap rekomendasi. 

  • Ikan dan Makanan yang tinggi lemak Omega-3

Terdapat sejenis lemak lain yang boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung iaitu Triglycerides. Ikan yang kaya dengan lemak Omega-3 seperti ikan tuna, salmon, ikan tenggiri, ikan hering dan sebagainya boleh mengurangkan lemak jenis Triglycerides

  • Kacang badam dan kekacang jenis lain

Kajian juga mendapati kacang badam berupaya untuk mengurangka tahap kolesterol tidak baik dalam badan. Walaubagaimanapun, kandungan kalori kacang badam amat tinggi. Maka, segenggam kacang sudah memadai untuk menjalankan fungsi baiknya itu. Jangan ambil secara berlebih-lebihan. 

  • Avokado

Kajian mendapati Avokado mempunyai kebolehan mengurangkan kolesterol tidak baik dalam badan. Ia juga amat berkesan kepada golongan yang mempunyai berat berlebihan dan obes. Anda boleh menjadikannya sebagai hidangan bersama dengan roti atau dihidang secara salad. Ia enak dan menyelerakan. 

  • Minyak Zaitun

Kebanyakan masakan akan menggunakan minyak sebagai bahan utama untuk menumis. Anda boleh menggantikan minyak masak lain yang kurang sihat dengan minyak zaitun. Selain itu, anda juga boleh menggantikan mentega dengan minyak zaitun ini. Ia bukan sahaja sihat untuk badan anda, bahkan juga lazat. 

  • Protein Jenis Whey

Anda boleh mendapatkan makanan yang kaya dengan protein jenis whey ini dimana ia boleh dijumpai di minuman tenusu. 

  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak

Nasihat ini sememangnya tidak asing lagi lebih-lebih lagi kerana kolesterol adalah berpunca daripada makanan yang tinggi dengan kandungan lemak. Walaupun enak, namun, jika diambil pada kadar yang tinggi dan berterusan, ia boleh memudaratkan kesihatan. 

Rujukan

Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)
Need Help?