Pastinya ramai yang mengetahui bahawa manusia makan untuk kekal hidup dan untuk mendapatkan nutrisi yang secukupnya agar badan kekal sihat. Setiap makanan mengandungi khasiat seperti karbohidrat, vitamin, serat, lemak dan juga protein. Dalam artikel ini, terdapat penerangan lanjut berkenaan dengan khasiat protein dan kegunaannya untuk tubuh badan. Untuk pengetahuan am, protein merupakan konkrit kepada tubuh badan dan penting dalam pembentukan sel. Ia terbentuk daripada gabungan asid amino melekat dan bergabung antara satu sama lain yang membentuk struktur protein. Terdapat 20 jenis asid amino dan gabungan setiap komponen akan membentuk protein yang berbeza dari segi fungsi serta tujuan.