Bolehkah doktor menjelaskan jenis-jenis makanan untuk cepat hamil (Food to Aid Pregnancy)?

Anonymous

Hello, doktor. Saya berumur 28 tahun dan saya sedang merancang untuk mendapatkan anak dengan cepat. Saya sudah berkahwin setahun yang lepas tapi masih tidak memiliki anak dan saya juga ada berjumpa dengan doktor untuk memeriksa bahagian reproduktif dan mengikut keputusan doktor, tiada sebarang yang tidak normal terhadap tubuh badan dan saya berasa agak lega. Saya juga ada bercadang untuk membuat rawatan kesuburan tetapi ia agak mahal. Baru-baru ini, kawan saya ada mengesyorkan supaya saya mula mengamalkan pengambilan makanan untuk bagi cepat mengandung. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, adakah sebarang petua mengenai jenis-jenis makanan untuk cepat hamil?

Anonymous
Hello, doktor. Saya berumur 28 tahun dan saya sedang merancang untuk mendapatkan anak dengan cepat. Saya sudah berkah... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda tentang makanan untuk cepat hamil (Food to Aid Pregnancy). Sememangnya terdapat beberapa cara atau petua yang digunakan oleh wanita zaman sekarang untuk mendapatkan zuriat dengan cepat. Salah satu caranya ialah dengan pengambilan beberapa jenis makanan yang membantu anda untuk mengandung dengan cepat dan anda juga disyorkan untuk berjumpa dengan pakar pemakanan untuk membincangkan dengan lebih terperinci mengenai jenis-jenis makanan yang boleh diambil. Anda diingatkan bahawa senarai bawah adalah petua dan tiada kajian utuh untuk menyokongnya. Walaubagaimanapun, secara umumnya makanan yang disenaraikan adalah makanan yang sememangnya baik untuk kesihatan.

Terima kasih atas soalan anda tentang <strong>makanan untuk cepat hamil </strong>(Food to Aid Pregnancy). Sememangnya te... See More

10 makanan untuk cepat hamil

1) Sayur-sayuran

  • Sayur-sayuran berdaun hijau yang kaya dengan asid folik dan zat besi adalah makanan yang sempurna untuk wanita yang merancang untuk hamil. Di samping membantu pembentukan lapisan endometrium yang kuat (lapisan dalam rahim), zat besi membantu melekatkan janin ke atas rahim.
  • Kubis: Sayur ini sesuai untuk kesuburan kerana ia mengandungi di-indole metana, sebuah kimia yang memainkan peranan penting dalam metabolisme estrogen dengan menghalang pembentukan fibroid dan endometriosis.
  • Brokoli: Kehadiran asid folik, zat besi dan nutrien penting yang lain menjadikannya makanan lengkap. Ia juga mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi yang diperlukan oleh ovari untuk mematangkan telur dan proses ovulasi.
  • Kentang: Setiap wanita yang merancang untuk mengandung harus memasukkan kentang panggang dalam diet mereka. Mengandungi vitamin B dan E, kentang meningkatkan pembahagian sel dan dengan itu, meningkatkan peluang bagi penghasilan ovum yang sihat.
2) Buah-buahan

  • Buah sitrus: Buah ini membentuk bahagian penting pada setiap diet bagi wanita yang ingin cepat hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi membantu dalam pembebasan telur daripada ovari.
  • Delima: Selain memberikan pelbagai manfaat kesihatan, buah delima meningkatkan libido bagi kedua-dua jantina.
  • Pisang: Seorang wanita dengan kitaran haid yang teratur dikatakan mempunyai risiko yang lebih rendah bagi kemandulan dan komplikasi kehamilan . Oleh itu, wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan untuk makan pisang yang mempunyai kandungan vitamin B6 yang tinggi. Vitamin ini penting untuk kitaran haid yang teratur dan dengan itu, meningkatkan kesuburan.
  • Nanas: Ia mempunyai jumlah “manganese” yang tinggi, mineral yang memainkan peranan penting dalam penghasilan pelbagai hormon pembiakan. Selain itu, ketidaksuburan didapati dikaitkan dengan tahap “manganese” yang rendah di dalam badan.
3) Makanan bukan vegetarian

  • Telur: Ia pastinya salah satu makanan yang terbaik untuk kesuburan. Ia kaya dengan “choline”, folik, asid lemak omega 3 dan vitamin D menjadikan ia makanan lengkap untuk setiap wanita yang merancang untuk hamil.
  • Salmon: Jika anda ingin makan ikan, salmon adalah yang terbaik. Ia kaya dengan asid lemak omega 3 dan nutrien penting lain yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesuburan wanita.
  • Tiram: Makanan laut ini mengandungi sejumlah besar zink yang membantu dalam pembentukan telur dalam ovari dan meningkatkan kesuburan.
  • Kerang: Ia adalah makanan laut yang lazat yang dilengkapi dengan vitamin B12, yang penting untuk mengekalkan tahap estrogen yang normal dalam tubuh dan implantasi bagi telur yang disenyawakan.
4) Rempah-ratus - Makanan super untuk hari esok yang bahagia

  • Kunyit: Tambah kunyit setiap kali anda menyediakan makanan untuk meningkatkan rasa dan untuk menggalakkan kehamilan yang sihat. Ia juga kaya dengan antioksidan.
  • Cili: Makanan pedas seperti cili perlu dimasukkan dalam diet anda kerana ia bertindak sebagai makanan kesuburan. Ia meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh selain memastikan bekalan darah yang sihat ke sistem reproduktif. Selain itu, cili membantu dalam penghasilan endorphin (“de-stressing hormone”) dengan itu dapat melegakan badan dan meningkatkan kesuburan.
  • Bawang putih: Apabila menyebut mengenai makanan yang kaya dengan nutrien yang meningkatkan kesuburan, bawang putih adalah yang terbaik. Bawang ini mengandungi selenium, mineral yang memberikan perlindungan terhadap keguguran awal dan dengan itu meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil.
5) Biji yang berkhasiat dan minyak

  • Biji labu: Ia adalah makanan yang baik bagi wanita yang merancang untuk hamil kerana ia penuh dengan pelbagai nutrien yang baik untuk kesihatan reproduktif. Walau bagaimanapun, jumlah zink yang tinggi dalam biji ini memainkan peranan penting dalam proses pembahagian sel semasa peringkat embrio.
  • Biji “Flax”: Ia kaya dengan asid lemak omega 3 dan “lignins”, yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesuburan bagi wanita. “Lignins” membantu dalam mengurangkan saiz fibroid dan seterusnya meningkatkan kesuburan.
  • Minyak zaitun: Kepentingan minyak zaitun dalam mengekalkan jantung dan badan yang sihat telah diketahui umum. Tetapi, kehadiran lemak “monounsaturated” dalam minyak ini mengurangkan keradangan di dalam badan dan kemudian, membantu dalam kehamilan yang bebas daripada komplikasi.
6) Minyak hati ikan kod

Asid lemak Omega 3 adalah lemak yang sihat yang membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan yang normal di samping pencegahan pelbagai komplikasi kesihatan pada wanita. Ia juga membantu dalam pengawalan hormon pembiakan wanita yang normal dalam badan dan meningkatkan kesuburan pada wanita.

7) Susu penuh krim 

Wanita yang merancang untuk hamil haruslah mengamalkan pengambilan susu penuh krim dan bukan susu skim. Ini kerana, susu penuh krim (termasuk produk tenusu) mengandungi lemak yang sihat dan kalsium yang meningkatkan kesuburan dan penting untuk kehamilan.

8) Badam

Walaupun, hampir semua kacang dianggap baik untuk wanita yang cuba hamil, kacang badam dianggap yang terbaik. Kehadiran sejumlah besar vitamin E dan asid lemak omega 3 menjadikan buah kering ini sebagai makanan kesuburan.

9) Pengambilan multivitamin

Wanita yang mengambil multivitamin mungkin kurang cenderung untuk mengalami ketidaksuburan ovulasi. Malah, anggaran 20% ketidaksuburan ovulasi dapat dielakkan jika wanita mengambil 3 atau lebih multivitamin setiap minggu.

Lebih-lebih lagi, satu kajian mendapati bahawa wanita yang mengambil multivitamin mempunyai 41% risiko lebih rendah untuk mengalami kemandulan. Bagi wanita yang cuba untuk mengandung, multivitamin yang mengandungi folat mungkin bermanfaat.

10) Makan makanan yang kaya dengan antioksidan

Antioksidan seperti folat dan zink boleh meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan wanita.

Ia menyahaktifkan radikal bebas dalam tubuh anda, yang boleh merosakkan sel-sel sperma dan telur. Satu kajian berkaitan lelaki dewasa mendapati bahawa makan 75 gram walnut yang kaya dengan antioksidan setiap hari dapat meningkatkan kualiti sperma.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.

Terima kasih.

References