Apakah nasihat dan petua tentang makanan untuk cacar air (Chicken Pox)?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Februari 7, 2020

Soalan:
Hello doktor. Saya berumur 40 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang anak. Saya ingin bertanya soalan mengenai makanan yang sesuai diambil untuk orang yang mengalami demam cacar atau ‘chicken pox’.3 hari yang lepas, anak saya yang berusia 12 tahun telah didiagnosis dengan demam cacar apabila dia mula mengadu yang dia mengalami gejala seperti ruam-ruam yang gatal di seluruh badan. Ruam itu bermula dengan kemerahan dan kemudian membentuk ketulan-ketulan yang mengandungi cecair di dalamnya. Anak saya mengadu bahawa ruam tersebut sangat gatal dan mengganggu tidurnya pada malam hari.

Ruam tersebut terbentuk mula daripada bahagian tengan badan dan mula merebak ke kawasan yang lain seperti anggota tangan dan kaki.Saya tahu bahawa penyakit ini adalah penyakit yang berjangkit dan saya harap ahli keluarga saya yang lain tidak terkena jangkitan demam cacar ini. Ini merupakan kali pertama anak saya mengalami penyakit ini dan menurut doktor, tiada sebarang komplikasi yang terjadi setakat ini.

Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai pantang larang makanan untuk demam cacar seperti anak saya ini. Adakah petua pemakanan yang sesuai untuk penyakit ini dan adakah jenis minuman yang boleh dia minum untuk mengurangkan kegatalan yang dia alami?

Soalan berkenaan - tanda demam campak orang dewasa, pantang larang chicken pox, chicken pox boleh mandi atau tidak

Jawapan:
Terima kasih atas soalan anda. Demam cacar atau ‘chicken pox’ ini adalah penyakit berjangkit dan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk sembuh. Mengenai pantang larang dalam pemakanan bagi orang yang mengalami demam cacar ini, kalau boleh anda haruslah kurangkan memberi makanan bergoreng, makanan yang pedas dan makanan laut seperti udang, sotong ikan kerang kerana semua ini boleh membuatkan gatal menjadi lebih teruk.

Anda juga boleh cuba untuk minum air kelapa yang mempunyai banyak khasiat dan yang paling penting, banyakkan minum air masak kerana dehidrasi boleh berlaku dengan adanya jangkitan.

Apakah itu ezerex

Demam cacar, yang juga dikenali sebagai cacar air, dicirikan sebagai penyakit yang terdiri daripada lepuh kemerahan yang sangat gatal yang akan muncul di seluruh badan. Virus adalah penyebab keadaan ini berlaku. Ia sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan terdapat risiko komplikasi yang serius, seperti radang paru-paru bakteria tetapi ia jarang berlaku.

Demam cacar, yang juga dikenali sebagai cacar air, dicirikan sebagai penyakit yang terdiri daripada lepuh kemerahan yang sangat gatal yang akan muncul di seluruh badan.

Virus adalah penyebab keadaan ini berlaku. Ia sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan terdapat risiko komplikasi yang serius, seperti radang paru-paru bakteria tetapi ia jarang berlaku.Individu yang telah menghidap demam cacar akan mendapat imuniti seumur hidup (bermakna anda tidak mungkin mendapatnya semula). Bagaimanapun, virus itu tetap tidak aktif di dalam badan dan ia dapat diaktifkan semula di kemudian hari ada beberapa sebab tertentu dan menyebabkan kayap.

Namun, sangat jarang demam cacar berlaku lebih daripada sekali. Dan sejak vaksin demam cacar diperkenalkan pada pertengahan tahun 1990-an, kes demam cacar telah menurun.

Apakah punca demam cacar

Virus Varicella-Zoster (VZV) merupakan punca bagi penyakit demam cacar.Kebanyakan kes terjadi melalui sentuhan dengan orang yang dijangkiti. Virus ini boleh berjangkit terhadap orang-orang di sekeliling anda lebih kurang satu hingga dua hari sebelum lepuh muncul. VZV kekal menular sehingga semua lepuh mengeras. Virus ini boleh tersebar melalui:

  • Air liur
  • Batuk
  • Bersin
  • Terkena cecair dari lepuh/’blisters’

Apakah gejala demam cacar

Ruam-ruam gatal adalah gejala yang paling biasa terjadi ketika demam cacar. Jangkitan ini berada di badan anda selama tujuh hingga 21 hari sebelum ruam dan lain-lain gejala mula terbentuk. Anda akan menyebabkan orang-orang di sekeliling anda dijangkiti virus ini selama 48 jam sebelum ruam kulit mula berlaku.


Simptom selain dari ruam mungkin berlanjutan untuk beberapa hari dan ini termasuklah:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Satu atau dua hari selepas mengalami gejala-gejala ini, ruam akan mula terbentuk. Ruam akan melalui tiga fasa sebelum anda pulih. Ini termasuklah:

  • Anda akan mengalami gumpalan merah atau pink di seluruh badan.
  • Gumpalan akan menjadi lepuh yang mengandungi cecair yang akan mengalami kebocoran.
  • Gumpalan menjadi berkerak, kuping terbentuk, dan mula sembuh.
Gumpalan pada badan anda tidak semua berada dalam fasa yang sama . Gumpalan baru akan terus muncul sepanjang jangkitan. Ruam mungkin sangat gatal, terutamanya sebelum kuping terbentuk dengan kerak.

Anda masih boleh menjangkiti orang lain sehingga semua lepuh pada badan anda telah hilang. Kawasan berkerak dengan kuping akhirnya akan pulih. Ia mengambil masa lebih kurang tujuh hingga 14 hari untuk hilang sepenuhnya.

Apakah rawatan demam cacar

Ibu bapa akan diberitahu untuk memastikan kanak-kanak tidak pergi ke sekolah atau pusat penjagaan untuk mencegah daripada penyebaran virus. Orang dewasa yang telah dijangkiti juga perlu tinggal di dalam rumah.

Doktor mungkin akan memberi ubat antihistamin atau ubat sapu, atau anda juga boleh membeli ubat-ubat ini di farmasi untuk membantu melegakan gatal-gatal. Anda juga boleh mengurangkan kulit gatal melalui beberapa petua seperti:

  1. Mandi air suam
  2. Menyapu losyen tanpa wangian
  3. Memakai pakaian yang ringan dan lembut
Doktor juga boleh memberikan ubat antivirus sekiranya anda mengalami komplikasi daripada virus atau berisiko untuk kesan yang lebih buruk. Orang yang berisiko tinggi biasanya adalah orang dewasa , warga tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Ubat antiviral ini tidak menyembuhkan demam cacar. Ia akan membuatkan simptom menjadi kurang teruk dengan melambatkan aktiviti virus. Ini akan membolehkan sistem imun tubuh anda sembuh dengan lebih cepat

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy