Apakah nasihat dan petua tentang makanan untuk demam campak (Measles)?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: September 11, 2020

Soalan:
Hello doktor. Saya berumur 40 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang anak. Saya ingin bertanya soalan mengenai makanan yang sesuai diambil untuk orang yang mengalami demam campak atau ‘measles’. Tiga hari yang lepas, anak saya yang berusia 12 tahun telah didiagnosis dengan demam campak apabila dia mula mengadu yang dia mengalami gejala seperti ruam-ruam yang gatal di seluruh badan. Ruam itu bermula dengan kemerahan yang rata dan sesetengah ruam tersebut menjadi benjolan kecil. Anak saya mengadu bahawa ruam tersebut agak gatal, panas badan dan mengganggu tidurnya pada malam hari. Ruam tersebut terbentuk mula daripada bahagian muka dan mula merebak ke kawasan yang lain seperti anggota leher, dada, tangan dan kaki. Saya tahu bahawa penyakit ini adalah penyakit yang berjangkit dan saya harap ahli keluarga saya yang lain tidak terkena jangkitan demam campak ini. Ini merupakan kali pertama anak saya mengalami penyakit ini dan menurut doktor, tiada sebarang komplikasi yang terjadi setakat ini. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai pantang larang dalam pemakanan bagi seseorang yang mengalami demam campak seperti anak saya ini. Adakah petua pemakanan yang sesuai untuk penyakit ini dan adakah jenis minuman yang boleh dia minum untuk mengurangkan kegatalan yang dia alami?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan anda. Demam campak atau ‘measles’ ini adalah penyakit berjangkit yang serius dan boleh menjangkiti orang sekeliling. Mengenai pantang larang dalam pemakanan untuk orang yang mengalami demam campak ini, kalau boleh anda haruslah kurangkan makanan yang menyebabkan keradangan seperti makanan bergoreng dan makanan tinggi lemak trans. Makanan laut seperti udang, sotong dan kerang juga harus dielakkan kerana semua ini boleh membuatkan kegatalan menjadi lebih teruk. Anda juga boleh cuba untuk melebihkan makanan tinggi antioksida bagi menguatkan imunisasi badan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran . Dan yang paling penting, banyakkan minum air masak kerana dehidrasi boleh berlaku dengan adanya jangkitan.

Demam campak, yang juga dikenali sebagai ‘measles’, adalah dicirikan sebagai penyakit yang terdiri daripada ruam merah yang rata yang akan muncul di seluruh badan. Ruam ini boleh jadi gatal atau tidak. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh jangkitan virus. Ia sering tejadi dalam kalangan kanak-kanak dan terdapat risiko komplikasi yang serius, seperti radang paru-paru bakteria tetapi ia jarang berlaku. Orang yang telah menghidap demam campak akan mendapat imuniti seumur hidup (bermakna anda tidak mungkin mendapatnya semula). 

Sangat jarang demam campak berlaku lebih daripada sekali. Dan sejak vaksin demam campak diperkenalkan pada pertengahan tahun 1960-an, kes demam campak telah menurun.

Virus Rubeola merupakan punca bagi penyakit demam campak. Kebanyakan kes terjadi melalui cecair dengan orang yang dijangkiti. Virus ini boleh berjangkit terhadap orang-orang di sekeliling anda 4 hari sebelum ruam muncul dan 4 hari selepas ruam muncul. Virus ini boleh tersebar melalui:

  • Air liur
  • Batuk
  • Bersin

Ruam-ruam merah yang rata adalah gejala yang paling biasa terjadi ketika demam campak. Jangkitan ini berada di badan anda selama 10 hingga 14 hari sebelum ruam dan lain-lain gejala mula terbentuk. Anda akan menyebabkan orang-orang di sekeliling anda mula terjangkit selama  4 hari sebelum ruam kulit mula berlaku.

Simptom bukan ruam mungkin berlanjutan untuk beberapa hari dan ini termasuklah:

  • Demam
  • Batuk kering
  • Radang selaput mata
  • Hidung berair
  • Hilang selera makan

Dua atau tiga hari selepas mengalami gejala-gejala ini, ruam akan mula terbentuk. Ruam akan melalui bebrapa fasa sebelum anda pulih. Ini termasuklah:

  • Anda akan mengalami ruam merah yang bermula di bahagian muka
  • Selepas beberapa hari ruam akan mula merebak ke bahagian badan yang lain seperti dada, tangan, peha dan kaki.
  • Pada waktu yang sama anda akan mengalami demam yang tinggi lingkungan 40-41 darjah celsius.
  • Kemudian ruam akan mula berkurangan. Ia bermula daripada bahagian muka dan akhirnya di bahagian kaki.

Anda boleh menjangkiti orang lain selama 4 hari sebelum ruam muncul dan 4 hari selepas semua ruam pada badan anda telah hilang. 

Kebanyakan orang yang didiagnosis dengan demam campak akan dinasihatkan untuk menguruskan simptom-simptom semasa mereka menunggu virus itu melalui sistem badan. Ibu bapa akan diberitahu untuk memastikan kanak-kanak tidak pergi ke sekolah atau pusat penjagaan untuk mencegah daripada penyebaran virus. Orang dewasa yang telah dijangkiti juga perlu tinggal di dalam rumah.

Doktor mungkin akan memberi ubat antiradang untuk mengurangkan demam. Sekiranya ruam yang terjadi gatal anda juga boleh mengurangkan kegatalan melalui beberapa petua seperti:

  • Mandi air suam
  • Menyapu losyen tanpa wangian
  • Memakai pakaian yang ringan dan lembut

Doktor juga boleh memberikan ubat antivirus sekiranya anda mengalami komplikasi daripada virus atau berisiko untuk kesan yang lebih buruk. Orang yang berisiko tinggi biasanya adalah kanak kanak berumur 5 tahun kebawah , warga tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Ubat antiviral ini tidak menyembuhkan demam campak. Mereka akan membuatkan simptom menjadi kurang teruk dengan melambatkan aktiviti virus. Ini akan membolehkan sistem imun tubuh anda sembuh dengan lebih cepat.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman webwww.doctoroncall.com.my.

Terima kasih.

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - tanda demam campak orang dewasa, pantang larang chicken pox, chicken pox boleh mandi atau tidak

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20