Akibat & Gejala Penyakit Malnutrisi: Kenali Penyakit Yang Menyebabkannya

Malnutrisi: Penyakit Kekurangan Atau Zat Berlebihan - DoctorOncall
Anonymous
Salam dan Selamat Sejahtera. Nama saya Aminah dan saya berusia 22 tahun. Saya mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Saya seorang pekerja kilang dan ibu tunggal. Saya risau akan kesihatan fizikal anak saya. Saya perasan anak saya lebih kecil berbanding kanak-kanak sebayanya. Rambutnya juga lebih nipis berbanding kanak-kanak lain. Saya sebenarnya nak mengaku bahawa saya seorang yang sangat sibuk. Sejak kematian ayahnya, saya terpaksa bekerja lebih masa untuk menyara keluarga kecil kami. Saya tidak menghantarnya ke mana-mana tadika namun meletakkan anak saya di rumah pengasuh. Saya perhatikan kadang-kala anak saya ada tabiat memakan pasir. Saya risau jika dia tidak cukup makan atau mempunyai penyakit yang berbahaya.
Anonymous
Salam dan Selamat Sejahtera. Nama saya Aminah dan saya berusia 22 tahun. Saya mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Sa... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami. Kami memahami kebimbangan yang anda hadapi tentang isu kesihatan fizikal anak anda. Berdasarkan keterangan yang anda nyatakan, kami merasakan anak anda sedang mengalami masalah malnutrisi. Walaubagaimanapun, kami memerlukan maklumat lanjut tentang berat dan ketinggian anak anda untuk dibandingkan dengan kanak-kanak seusia anak anda. Kami memerlukan beberapa bacaan untuk melihat progres anak anda membesar. Terdapat pelbagai sebab yang menyumbang kepada masalah malnutrisi. Jangan gusar kerana kami akan membantu anda menjelaskan masalah yang anak anda hadapi dengan lebih terperinci melalui artikel ini.
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami. Kami memahami kebimbangan yang anda hadapi tentang isu kesihatan fizi... See More

Apakah Malnutrisi?

Jika anda bandingkan saiz anak anda dan kanak-kanak seusianya, adakah anda merasakan anak anda sedang mengalami malnutrisi? Tahukah anda, malnutrisi bukan sahaja merujuk kepada kekurangan zat namun nutrisi berlebihan juga boleh merujuk kepada masalah yang sama. Secara khususnya, menurut Organisasi Kesihatan Dunia, malnutrisi ialah masalah kekurangan, berlebihan atau ketidakseimbangan nutrisi atau kandungan kalori seseorang. Ia merangkumi dua jenis aspek termasuklah kekurangan nutrisi dan nutrisi yang berlebihan. 

Kekurangan nutrisi ialah jenis malnutrisi yang sering kita gambarkan seperti kanak-kanak yang jauh lebih pendek berbanding kanak-kanak lain kerana pertumbuhannya yang telah terbantut, saiz badan yang kecil sehingga seolah-olah tulang tanpa otot atau lemak, memiliki berat badan yang benar-benar rendah dan kekurangan mikronutrien seperti vitamin dan mineral sehingga menyebabkan penyakit.

Nutrisi yang berlebihan pula ialah jenis malnutrisi dimana kanak-kanak bersaiz besar dan mempunyai berat yang berlebihan, mengalami obesiti serta menghidap penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan sebagainya.

Apakah Kesan Malnutrisi?

Tahukah anda bahawa bilangan orang dewasa yang mempunyai nutrisi berlebihan adalah jauh lebih tinggi berbanding orang dewasa yang kekurangan nutrisi? Masalah malnutrisi ini boleh berlaku kepada pelbagai lapisan umur tanpa mengira kanak-kanak atau orang dewasa. Bagi kanak-kanak, masalah malnutrisi jenis kekurangan nutrisi masih mendominasi kondisi ini. Kebanyakan keluarga di seluruh pelusuk dunia tidak mampu membeli makanan seperti sayur-sayuran, daging, susu dan buah-buahan. Oleh kerana makanan yang mengandungi gula serta lemak lebih murah untuk didapati, mereka lebih mampu untuk membeli makanan yang kurang sihat ini sehingga menyebabkan peningkatan bilangan kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan serta obesiti. 

Kami akan mengulas lebih lanjut tentang komplikasi masalah malnutrisi. 

  • Kekurangan Zat Besi

Kebanyakan kanak-kanak mengalami kekurangan zat besi kerana mereka kurang diberi makanan yang mengandungi zat besi. Selain itu, golongan yang tidak memakan daging haiwan juga berisiko tinggi mengalami masalah malnutrisi ini. 

Antara komplikasi utama kekurangan zat besi ini ialah anemia iaitu sel darah merah dalam darah yang rendah. Pesakit boleh mengalami gejala sakit dada, sesak nafas, keletihan melampau, sakit kepala dan sebagainya. 

  • Kekurangan Iodin

Iodin ialah mineral penting yang berfungsi sebagai bahan yang menghasilkan hormon tiroid. Hormon tiroid ialah hormon yang terlibat dalam pertumbuhan otak dan mengekalkan kesihatan tulang. 

Jika kekurangan iodin dalam badan, terdapat risiko mendapat goiter iaitu bengkakan pada kelenjar tiroid. Jika ia berlaku pada wanita hamil, terdapat risiko kepada kandungan untuk mengalami masalah hipotiroidisme. Hal ini akan mengganggu perkembangan otak dan tubuh badan.

  • Kandungan Vitamin A yang rendah

Apakah kepentingan Vitamin A? Vitamin A berfungsi untuk menjaga kesihatan mata kerana kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun malam. 

  • Kurang Vitamin B

Terdapat pelbagai jenis Vitamin B yang diperlukan badan. Antaranya ialah vitamin B7, B12, B9,B1-2. Setiap jenis vitamin B mempunyai fungsinya tersendiri. Misalnya, vitamin B12 berfungsi untuk kesihatan saraf, vitamin B6 berfungsi untuk kesihatan pertumbuhan otak bayi dalam kandungan, Vitamin B2 juga penting untuk kesihatan saraf, Vitamin B1 pula berfungsi untuk mengekalkan mata yang sihat. Vitamin B9 atau turut dikenali sebagai Asid Folik memainkan peranan penting untuk kesihatan sel darah merah dan juga mengurangkan risiko kecacatan dalam rahim pada kandungan. 

  • Kurang Vitamin C

Mengapa vitamin C penting? Jika mikronutrien ini kurang dalam badan terdapat risiko penyakit “Scurvy”. Pesakit akan mengalami gejala seperti lemah dan lesu, kurang sel darah merah, gusi akan berpenyakit dan terdapat risiko mengalami masalah kulit. 

  • Rendah Vitamin D

Vitamin D amat penting untuk kesihatan tulang kerana ia menggalakkan penyerapan kalsium pada usus. 

  • Vitamin E yang Rendah

Apakah kepentingan vitamin E untuk badan? Ia penting untuk kesihatan saraf dan juga otot. 

  • Kurang Vitamin K 

Vitamin ini penting untuk kebolehan darah membeku lebih- lebih lagi bagi ketika pendarahan berlaku.

Apakah Simptom Malnutrisi?

Jika anda mengalami malnutrisi, anda mungkin mengalami gejala berikut:

  • Rabun malam
  • Kebas kaki dan tangan
  • Tidak stabil apabila berjalan
  • Kerap berdarah dan lebam
  • Lemah otot
  • Sakit pinggang atau kerap patah tulang 
  • Sakit dada kerana tinggi kolestrol
  • Kerap kencing, hilang berat badan dan dahaga kerana tinggi kandungan gula dalam darah