Terdapat banyak manfaat lidah buaya untuk rambut, bibir dan badan. Namun, kami akan mengulas tentang manfaat pokok ini untuk wajah. Adakah manfaat Lidah Buaya dari segi perubatan? Adakah manfaat lidah buaya untuk kecantikan? Jawapannya, ya untuk kedua-dua aspek. Kami akan mengulas tentang manfaat tumbuh-tumbuhan ini dari segi kecantikan dan perubatan.
MANFAAT KECANTIKAN
Anda mengalami masalah kulit kering? Aloe Vera boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut. Antara manfaat utama pokok ini ialah ia mempunyai tinggi kandungan air dan berfungsi untuk melembapkan kulit anda.
Pernahkah anda terdengar tentang khasiat lidah buaya untuk muka tumbuh-tumbuhan ini sebagai pencerah kulit wajah? Jika tidak, ia merupakan sumber semula jadi yang boleh digunakan untuk mencerahkan kulit kusam. Bahan seperti Aloesin dan Aloin berfungsi mengurangkan sel melanin yang menyebabkan bintik-bintik hitam pada wajah. Walaubagaimanapun, ia mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan hasil yang berkesan. Maka, ia harus digunakan dengan kerap bagi mendapatkan hasil yang diingin.
Jika anda melihat pencuci muka di pasaran mengandungi Aloe vera, anda tidak lagi perlu berasa was-was. Hal ini kerana, pokok ini digunakan sebagai pencuci muka untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan jerawat pada wajah. Apabila anda melihat terdapat jerawat pada wajah anda, sapukan gel tersebut pada permukaan jerawat dan biarkan ia semalaman. Iritasi dan kulit kemerah-merahan akan menjadi lebih kurang daripada biasa.
- Mengecilkan pori-pori wajah
Jika anda sering terganggu dengan pori-pori yang kerap timbul pada wajah anda, anda boleh gunakan pokok Lidah Buaya untuk mengatasinya. Aloe vera memiliki kebolehan untuk mengurangkan pori-pori pada wajah.
MANFAAT PERUBATAN
Jika anda sedang mengalami masalah kulit yang kronik, anda boleh menggunakan tumbuh-tumbuhan ini untuk mengelakkan masalah tersebut.
- Meredakan iritasi pada kulit yang terbakar
Bagi kecederaan akibat bahan panas seperti minyak masak yang terpercik pada kulit, anda boleh meletakkan gel aloe vera ini pada bahagian kulit yang terjejas. Ia berupaya untuk mengurangkan iritasi dan keradangan pada kawasan terjejas. Gunakan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Luka-luka kecil yang boleh menyebabkan gejala seperti pedih boleh dirawat menggunakan tumbuh-tumbuhan ini. Bahan ini mengandungi bahan yang boleh mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan parut luka tersebut.
- Membantu merawat Ekzema, Seborrheic Dermatitis
Manfaat melembabkan kulit juga boleh membantu merawat penyakit kulit kering ini. Walaubagaimanapun, rawatan yang diberikan doktor harus dilaksanakan dan diberi keutamaan.
- Merawat lesi vesikular jangkitan virus Herpes pada bibir ‘cold sore’
Anda boleh meletakkan gel tersebut dua kali sehari pada permukaan vesikular tersebut. Ia boleh membantu menyembuhkan jangkitan tersebut.