Kebanyakan kes mata berair tidak memerlukan rawatan dari doktor jika tidak disebabkan punca yang serius dan beransur pulih sendiri. Jika anda memerlukan rawatan, ia akan disarankan mengikuti kesesuaian berdasarkan penyebab mata berair supaya dapat mengatasinya dengan efektif.
- Antibiotik: Jika mata berair berlaku disebabkan jangkitan mata ‘conjunctivitis’ ubat antibiotik boleh disapukan di mata untuk membunuh kuman tersebut.
- ‘Antihistamine’: Jika mata berair disebabkan alahan, ubat jenis ‘antihistamine’ akan mengurangkan proses radang yang membawa kepada air mata berair. Ia juga akan mengurangkan rasa gatal
- Jika terdapat serpihan di atas lapisan mata, doktor akan cuba untuk membuangnya apabila dikesan supaya tiada kesan berpanjangan. Jika perlu, pakar mata akan terlibat dalam kes yang sulit.
- Membesarkan saluran air mata: Jika terdapat sekatan di mana-mana bahagian saluran air mata, saluran boleh dibesarkan untuk memastikan pengaliran yang lebih lancar. Saluran boleh dibesarkan dengan mengepam saluran atau meletak sebuah belon.
- Pembedahan: Jenis pembedahan selalunya hanya akan disarankan sebagai jalan terakhir. Sebagai contoh jika ‘ectropion’ atau ‘entropion’ yang terlalu teruk memerlukan pembedahan. Jika terdapat masalah sekatan di saluran air mata yang tidak dapat diselesaikan dengan mengepam saluran tersebut.
Sebagai kesimpulan, kebanyakan kes mata berair adalah disebabkan sebab yang tidak serius seperti alahan. Walaubagaimanapun jika mata berair disertai dengan gejala yang merisaukan seperti yang disenaraikan di atas, sila terus berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian. Terima kasih.