Kenapa pengambilan mecobalamin (Vitamin B12) bermanfaat?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita yang berusia 62 tahun dan telah bersara. Saya mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan telah mengambil ubat selama 5 tahun. Sejak berusia 20-an, saya mengalami masalah sel darah merah kurang. Saya sentiasa rasa pening terutamanya apabila bangun dari tidur atau berdiri dari posisi menduduk. Saya juga akan sentiasa berasa letih dan lemah. Denyutan jantung akan menjadi laju sekiranya saya naik tangga dan ada kalanya saya rasa susah untuk bernafas. Oleh kerana sel darah merah saya rendah, saya tidak pernah menderma darah.


Saya dinasihati doktor untuk mengambil makanan kaya dengan zat besi untuk membantu meningkatkan sel darah merah. Sejak itu, gejala saya telah pulih dan saya dapat menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang masalah. Saya juga telah menderma darah beberapa kali. Walaubagaimanapun, kini saya sedang mengalami tanda-tanda seperti kebas dan kesakitan pada tangan dan kaki saya. Simptom ini telah mengehadkan pergerakan saya dan mengganggu keselesaan saya. Seorang ahli farmasi telah mencadangkan saya untuk mengambil tablet mecobalamin untuk simptom yang dialami. Bolehkah doktor menerangkan secara lanjut mengenai tablet mecobalamin?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita yang berusia 62 tahun dan telah bersara. Saya mempunyai penyakit tekanan da... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Mecobalamin juga dikenali sebagai Vitamin B12 atau metilkobalamin. Vitamin B12 boleh larut dalam air jadi ia tidak disimpan di dalam badan. Setiap orang memerlukan vitamin B12 dalam kadar yang mencukupi melalui diet mereka. Namun begitu, anda perlu mengetahui kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila anda mengambil melebihi keperluan anda. Tablet mecobalamin boleh didapati di mana-mana farmasi dan anda boleh selidik harga pasaran sebelum membelinya.

Terima kasih atas soalan anda. <strong>Mecobalamin</strong> juga dikenali sebagai Vitamin B12 atau metilkobalamin. Vi... See More

Apakah itu mecobalamin

  • Metilkobalamin atau mecobalamin adalah nama saintifik untuk nutrien vitamin B12.
  • Ia digunakan sebagai makanan tambahan dan juga untuk merawat mereka yang mengalami masalah sel darah merah kurang (anemia).
  • Ia diperlukan untuk fungsi tisu saraf, otak dan dalam penghasilan sel darah merah.
  • Vitamin B12 boleh larut dalam darah. Badan manusia boleh menyimpan vitamin B12 sehingga empat tahun.
  • Vitamin B12 berlebihan atau tidak diingini disingkirkan melalui air kencing.
    Vitamin B12 wujud secara semulajadi dalam produk daging dan hanya boleh dihasilkan melalui sintesis penapaian bakteria.

Apakah jenis-jenis VItamin B12?

Walaupun terdapat beberapa bentuk vitamin B12 yang wujud secara semula jadi, ada yang dibuat secara sintetik di makmal menggunakan bakteria. Vitamin B12 buatan manusia yang paling biasa digunakan ialah “cyancobalamin”, metilkobalamin/mecobalamin, dan hidroksikobalamin.

  • Anda boleh membeli tablet “cyanocobalamin over-the-counter” (OTC) dalam dos yang rendah, tetapi preskripsi diperlukan untuk mendapatkan dos yang lebih tinggi dalam bentuk cecair atau semburan.
  • Metilkobalamin atau mecobalamin adalah bentuk vitamin B12 yang paling mudah diproses oleh badan. Anda tidak memerlukan preskripsi untuk membeli metilkobalamin, tetapi ia lebih sukar untuk dicari dan lebih mahal daripada bentuk lain.
  • Hidroksikobalamin adalah bentuk vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria "baik" atau "sihat" dalam usus anda. Ia boleh didapati dalam bentuk suntikan dan hanya boleh dibeli menggunakan preskripsi doktor.
  • Selain membantu meningkatkan tahap vitamin B12 dalam badan, hidroksikobalamin juga digunakan untuk merawat keracunan sianida.

Apakah fungsi mecobalamin?

  • Mecobalamin penting untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi normal metabolisme dan saraf anda.
  • Ia juga terlibat dalam pembentukan sel darah merah dan mengawal penghasilan DNA.
  • Badan manusia menghasilkan berjuta-juta sel darah merah setiap minit. Sel-sel ini tidak boleh didarab dengan betul tanpa vitamin B12. Pengeluaran sel darah merah akan mengurang jika tahap vitamin B12 terlalu rendah.
  • Metabolisme setiap sel dalam tubuh juga bergantung kepada vitamin B12 misalnya penghasilan asid lemak dan tenaga.
  • Vitamin B12 menghasilkan tenaga dengan membantu dalam penyerapan asid folik.

Kesan kekurangan Vitamin B12

Kekurangan vitamin B12 yang serius boleh mengakibatkan penghasilan sel darah merah berkurang (anemia), masalah perut / usus, dan kerosakan saraf. Tahap vitamin B12 yang rendah boleh berlaku dengan masalah kesihatan tertentu misalnya diet pemakanan yang tidak seimbang, kanser, jangkitan HIV, kehamilan, usia tua dan alkohol berlebihan. Ia juga mungkin berlaku kepada pengamal diet vegetarian atau vegan.

Apakah kesan sampingan mecobalamin

Tablet mecobalamin selamat untuk kebanyakan orang termasuk untuk suntikan intravena. Vitamin B12 dianggap selamat walaupun dalam dos yang besar. Sekiranya doktor anda menasihatkan anda untuk ambil ubat ini, anda harus ingat bahawa beliau telah menilai manfaat serta risiko kesan sampingan tablet mecobalamin. Ramai pengguna ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius. Antara kesan sampingan yang mungkin boleh dialami adalah seperti yang berikut:

  • Kegatalan
  • Kekejangan otot
  • Kelemahan
  • Denyutan jantung yang tidak teratur
  • Reaksi alergi seperti ruam, bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening yang teruk, masalah pernafasan
  • Sakit kepala
  • Tahap potasium yang rendah dalam darah
  • Kegagalan jantung
  • Darah beku pada tangan dan kaki
  • Pengumpulan cecair di dalam paru-paru
  • “Restenosis” selepas penempatan stent (penyempitan saluran darah yang berulang)
  • Tekanan darah tinggi
  • Perubahan warna air kencing
  • Cirit-birit
  • Episod gout yang berulang

Apakah dos mecobalamin

Dos adalah berdasarkan keadaan perubatan anda, tindak balas terhadap rawatan, dan keputusan ujian darah.

Apakah makanan yang mengandungi Vitamin B12

Sumber haiwan yang diperkaya dengan Vitamin B12 termasuklah:

  1. Produk tenusu
  2. Telur
  3. Ikan
  4. Daging merah
  5. Ayam
  6. Keju
  7. Kerang
  8. Hati
  9. Buah pinggang

Apakah cara untuk ambil mecobalamin

Sekiranya anda mengambil mecobalamin tanpa preskripsi, sila teliti arahan pada pakej produk sebelum mengambil tablet ini. Sekiranya anda mempunyai preskripsi untuk pengambilan ubat ini, sila ambil menurut arahan doktor.

  1. Tablet mecobalamin biasanya diambil sekali sehari dengan atau tanpa makanan atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau pada pakej produk. Untuk membantu anda ingat, ambil tablet ini pada waktu yang sama setiap hari.
  2. Jika anda mengambil ubat cecair, berhati-hati semasa mengukur dos dengan cara menggunakan peranti pengukur/sudu khas. Jangan guna sudu rumah kerana anda mungkin tidak mengukur dos yang betul. Sesetengah jenama cecair mungkin memerlukan anda menggoncang botol sebelum mengguna.
  3. Jika anda mengambil tablet jenis “sustained release”, jangan mengunyahnya. Jangan membelah tablet ini melainkan terdapat garisan skor dan doktor atau ahli farmasi mengatah anda untuk berbuat demikian. Anda harus menelan seluruh tablet.
  4. Jika anda mengambil tablet yang perlu dikunyah, kunyah ubat itu dengan teliti sebelum telan.
  5. Jika anda mengambil tablet yang cepat larut, larut dalam mulut dengan atau tanpa air seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau pakej produk.
  6. Vitamin C (asid askorbik) boleh mengurangkan penyerapan vitamin B12. Elakkan mengambil dos vitamin C dalam tempoh satu jam sebelum atau selepas mengambil produk ini.

Jika keadaan anda bertambah teruk atau jika anda mengalami kesan sampingan, dapatkan rawatan perubatan segera. Anda boleh mendapatkan penerangan lanjut daripada ahli farmasi atau doktor anda mengenai tablet mecobalamin. Anda juga boleh menghubungi para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References